RSS

Sunday, August 2, 2009

Orang Paling Bijak

Kira2 3 minggu yang lepas, aku pergi menziarahi keluarga seorang sahabat yang tinggal di Gurun (kalau tak silap aku la tempat dia nama camtu). Ketika menziarahi keluarganya, aku berkesempatan juga untuk menziarahi jiran2nya yang juga merupakan pak sedara dan mak sedara sahabat ni. Kedua-dua mereka sakit dan tidak mampu lagi untuk duduk, hanya berbaring di tilam. Sedih. Aku jarang melawat orang sakit sebab masa aku banyak dihabiskan di asrama/kampus. Kebiasaannya mak dan ayah aku takkan beritahu tentang saudara-mara yang sakit sebab tak nak susahkan aku balik jauh2. Huhu..


Ya, ziarah kali ini benar2 memberi kesan terhadap diri aku. Melihat kepayahan mereka, benar2 menimbulkan keinsafan. Terdetik di hatiku, mungkinkah aku juga akan begitu, atau lebih teruk lagi?? Adakah aku akan bersendirian ketika itu? Jika ibu bapaku yang berada di tempat merka, mampukah aku menjadi seorang anak yang benar2 berusaha untuk menjaga mereka? mampukah aku menjaga mereka sepertimana merka menjaga aku ketika aku kecil dulu?? Tidak hairanlah, mengapa Rasulullah begitu menganjurkan kita menziarahi orang2 sakit, kerana ia benar2 memberi kesan terhadap diri kita.bagi yang tidak terkesan, aku tak mahu komen. Maybe bleh cek balik diri tu, mana2 wayar yang terputus, short circuit, fius terbakar, perintang terlebih, capacitor dah meletup ataupun suhu badan terlalu tinggi. Owh, merepek plak. Berbalik kepada cerita asal.



Tidak sampai seminggu selepas aku menziarahi keluarga tersebut, aku mendapat berita yang pak sedara sahabatku ini meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Aku tidak berkesempatan melawat kerana mendapat berita lewat. Dan lebih kurang seminggu selepas itu (minggu lepas), mak sedara sahabat aku ni plak menyusul. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Aku berkesempatan untuk melawat walaupun dalam kekecohan orang tentang serangn H1N1 kat kampus aku yang menyebabkan kampus aku ditutup (tapi aku tetap tak dapat cuti. Huhuhu..). setelah memaklumkan kepada supervisorku tentang ketidakhadiran aku ke kampus pada hari tu, aku memulakan perjalanan ke tempat yang dirancang. Sepanjang perjalanan, fikiran menerawang ntah ke mana2. Baru beberapa minggu yang lepas aku menziarahi mereka berdua, tapi pada hari tersebut, kedua-duanya telah dijemput oleh-Nya. Sesungguhnya janji Allah itu pasti, hanya kita sahja yang tidak tahu bilakah masanya kita akan pergi menghadap-Nya.


Dan keesokan harinya, iaitu jumaat lepas, aku mendapat sms dari seorang sahabat memaklumkan tentang pemergian ADUN Permatang Pasir, Dato’ Hamdan Abdul Rahman, kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Hanya itu yang mampu aku lafazkan. Pemergian seorang demi seorang orang2 ang aku kenali (walaupun mereka tidak mengenaliku..), benar2 membuatkan aku berfikir berulangkali. Sudahkah aku bersedia untuk menghadapi ketibaan hari terakhirku?


“Siapakah orang yang paling bijak??”

“Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati,”


Detik kematian


Tertulis kematian

Pada suratan kehidupan

Namun hanya Allah yang tahu

Bilakah ajal bakal bertamu


Detiknya menghampiri

Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti

Tak siapa dapat melarikan diri


Itu hakikat dan kepastian

Hadirnya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda, miskin dan kaya

Semua insan pasti melaluinya


Sakit dirasa tidak terkata

Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya

Hanya amalan bisa redakan

Bebanan derita di ambang kematian


Denyutan nadi akhirnya terhenti

Bersama nafas yang tak terhela lagi

Kerana jiwa meninggalkan pergi

Pulang kembali utk menghadap Ilahi


Dari Allah kita datang

Kepada-Nya kita pasti pulang


Detiknya pasti tiba

Adakah kita bersedia….

0 comments: