RSS

Tuesday, November 24, 2009

Salam 'IdulAdha

Sekadar coretan sebelum pulang beraya di kampung.


10 Zulhijjah bakal menjengah tidak lama lagi. InsyaAllah aku akan pulang ke kampung halaman aku malam ni. Bas bertolak jam 1030mlm, insyaAllah. Perasaan gembira memang tidak disangkal. Apalagi rasa tidak sabar untuk berjumpa si kecik Fakhri tu. Aiman takde plak raya kali ni. Pulang ke Sabah, berhari raya dengan keluarga atuk belah ayah dia. Sunyi sikit raya kali ni. Takpa, ada Fakhri. Budak kecik ni plak aku belasah kali ni.


Minggu dukacita. Aku teringat status seorang sahabat beberapa minggu lepas. Kutidak tahu apa penyebabnya. Namun kedatangan Zulhijjah kali ini disambut beberapa berita kurang enak. Ya, kurang enak pada pandanganku, Mungkin. Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu berita. Seorang sahabatku mungkin terpaksa dihalang sementara dari meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru lantaran penyakit yang dialaminya sebelum ini tidak pulih sepenuhnya. Aku baru sahaja pergi melawatnya hujung Oktober yang lalu. Berbeza, sungguh berbeza fizikalnya berbanding kali terakhir kami bertemu. Terlalu kurus. Hampir menitis air mata tatkala melihat dirinya. pertemuan kami tidak lama. sebentar Cuma. Pertemuan air mata? Haha..mungkin juga. Ahh..abaikan. diri ini terlalu sensitive barangkali.


Begitu juga minggu ni. Berita yang lebih kurang sama kuterima walaupun berbeza situasinya. Dalam keserabutan persediaan beberapa kerja yang terpaksa aku tinggalkan dan hadapi sebaik sahaja pulang dari bercuti raya kali ni, aku tak rasa aku akan berasa tenang di kampung. Namun keserabutan ini menyebabkan aku berfikir.Mmm..mungkin perkataan “terfikir” lebih sesuai digunakan berbanding “berfikir”. Malang, aku tak mampu nak huraikan apa yang aku fikirkan lewat kata2 dan perkataan. Pendek kata beberapa ibrah dari peristiwa sempena kedatangan Iduladha yang perlu aku hayati dan selami. Buat pengingat diri yang semakin hari semakin terleka dengan pesona dunia yang walaupun sudah diketahui hanya sementara, namun tetap dikejar juga. Astaghfirullah…


Walau bagaimanapun, salam iduladha untuk semua. Aku mahu pulang dahulu. Assalamu’alaikum.

Sunday, November 15, 2009

Rehlah Usrah: Menjadi Pengacau

“Ko nak pegi mana?”

“Aku de usrah pagi ni, pas subuh.”

“Usrah? Pas subuh? Awalnye. Ada ka orang nk mai? Selalu orang tido time tu. Eh, apa yang korang bincang dalam usrah tu?”

“Macam2. Dari perkara yang berkaitan agama, tentang fardhu2 ain, kifayah, hal ehwal semasa, sampailah kepada hal2 yang santai macam sukan, games, makan2. Macam2 lagi la. Kalau nak tau, jom la.”

“Hehe..takpelah. aku malu la dengan budak2 usrah ko..”


Itulah respon roommate aku 3 tahun lepas berkenaan tentang usrah. Usrah. Usrah bererti keluarga. Itulah yang aku pelajari ketika berada di tingkatan 1. Namun ketika di tingkatan 3, barulah aku diperkenalkan dengan ‘usrah’ yang satu ini. Usrah pertama aku adalah usrah untuk Exco2 Asrama sekolah aku time tu. Aku ahli paling muda time tu (kes sesat sorang2 la ni. Huhu..), tapi usrah time tu tak konsisten. Kalau tak silap, Cuma ada dua kali sepanjang aku berada di sekolah tersebut. Naqibah (orang yang handle/fasilitator sesebuah usrah) pun aku tak dapat kenalpasti. Huk3. Then, bila aku berpindah ke KISAS, tarbiyah melalui usrahnya yang agak banyak membentukku. Mungkin kerana bilangan naqibah yang mencukupi di kolej membolehkan seorang naqibah menghandle hanya 3 orang adik usrah sahaja. Lebih mudah untuk focus dalam menyampaikan sesuatu. Naqibahku namanya k.Raihan. Anis dan Asmaa, usrahmates aku. Hehe..Bila masuk form 5, aku plak kena handle usrah, tapi jadik co-naqibah je. Naqibah utama dia nama dia Khamisah. Jangan marah arr Humm. Ok, then, bila masuk matrik, aku dipaksarela jadik naqibah gak. Tak nak cite yang ni. Bila buat keje tak ikhlas, mesti hasilnya pun tak best kan? So, nasihat kat sini, kalau nk buat keje, ikhlas2kanlah niat tu. Ok, then, bila masuk USM, aku jadik ahli usrah biasa balik. Yahoo!! Keseronokan yang luarbiasa. K.Ummu Ziyad aka Mrs Jie is my naqibah time tu. 7orang ahli usrah aku time tu (kalau aku tak silap la. Ngeh3). Dan bila masuk 2nd year, usrah itu dirombak dan kekal sampai aku habis. Dan sekarang, 2 orang daripada usrahmates aku ketika tu adalah housemateku sekarang. Hehe..


Bila orang bertanya pada aku, apa yang bestnya tentang usrah, susah aku nak terangkan. Bak kata orang, sukar untuk dilafazkan dengan kata2. Ternanti-nanti bila usrah akan dibuat. Pernah dulu aku merasakan seperti tidak mahu pulang bila dah pergi usrah ni (orang lain aku tak tau la camna kan. Hehe..). Diibaratkan kita suka/minat main bola, mesti bila pergi main bola tu, rasa cam tak nak balik je. Nak main bola sampai termuntah2 darah, rasa dh tak larat, nak pengsan baru nak balik. Haa..sama la gak dengan kes aku ni.


Ok, aku terangkan sikit pe yang dimaksudkan dengan usrah ni. Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.


MATLAMAT USRAH

1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul

2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah

3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam

4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.

Rujukan: Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi, Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna


Minggu ni, disebabkan usrah aku takde aktiviti (aktiviti terpaksa ditangguh atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Huhu..), aku menumpang aktiviti usrah orang lain plak. Usrah salah seorang junior aku jadik mangsa. Usrah Bos. Bos, jangan marah arr. Hehe..Ok, kali ini usrahnya berrehlah di Taman Tasik Taiping (kalau tak silap aku, ginilah nama dia). Bertolak seawal 7pg (walaupun pada mulanya merancang bertolak jam 630pg. huhu..) dengan 3bijik kete Produa, kami tiba di sana lebih kurang jam 815pg. Lebih lama dari biasa sebab salah sebuah kete tak leh bawak laju. Kalu bawak lebih 80km/j je, tangan driver cam kene Parkinson. So, kene bawak slow2. Takpe, biar lambat, asal selamat.


Tiba di tempat kes, kami memanaskan perut dengan memakan nasik lemak daun pisang yang dibeli di tepi signboard Taman Transkrian, Parit Buntar, on the way ke Taiping (bukan promote, tp just nak btau bg sapa2 yg sakit perut pas makan nasik tu, len kali tak yah beli kat situ. Huhu..). Aktiviti diteruskan dengan sesi taaruf sughra. Budu dan laksa jadik topic hangat. Jadik makanan kegemaran walaupun datang dari ceruk rantau mana pun kat Malaysia ni. Begitu juga ayam goreng cafĂ© Halim. 1st time aku dengar ada orang yang begitu tergila-gilakan ayam goreng pakcik halim ni. Apa agaknya pakcik ni bubuh dalam ayam goreng dia. Huhu.. Alhamdulillah, selesai bermain beberapa games pecah perut, pecah lemak dan pecah suara yang dimainkan dalam suasana yang amat ‘tenang’, salah seorang ahli rombongan mengajak kami ke rumah beliau yang terletak di Changkat Jering. Seronok2. Bertambah seronok bila beliau menyatakan rumahnya terletak di kampong dan kami bleh melantak buah-buahan tempatan yang ada di sekeliling rumah beliau. Ohh…kegembiraan ahli rombongan usrah tersebut sememangnya terpancar melalui sinar mata masing2 yang bercahaya, bersinar cemerlang dan gemilang walaupun bibir hanya mengukir senyum. Haha..


Dalam perjalanan ke rumah adik ni, aku ternampak beberapa pokok rambutan kuning (rambutan gading ke nama dia???) yang sedang bebuah ranum. Kalau di utara, aku jarang jumpa rambutan ni, berbanding kat kampong aku di Johor. Kalau kat kampong mak aku, rambutan kuning ni melambak2 orang tak larat nak makan, berbanding rambutan merah yang jadik rebutan. Sebab tu aku jadik perak sikit bila nampak rambutan warna merah yang banyak kat utara ni. Hehe..


Setibanya di rumah adik ni, tanpa menunggu masa yang lama, sebesen rambutan dan langsat serta beberapa biji buah durian yang besar selamat bermastautin di dalam perut2 kami. Alhamdulillah, kenyang. Selesai sesi mentekedarah, kami berjalan2 di sekitar rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan. Tidak lupa juga kat sungai yg cam menarik je kalau buat mandi time tetengahari tu. Dalam berjalan2 tu, aku dan bos berhasil menemui 2 biji durian kuning yang besar (beria-ia mencari durian untuk diambil gambarnya. Huhu..). amik gambo sorang sebijik. Memandangkan ada ahli usrah tersebut yang akan pulang ke kampong pada petang tu, dan pada masa yang sama beberapa orang dh tak sabar nak makan laksa buyong kat area tempat tu (dok meracau-racau sepanjang jalan, dok sebut laksa buyong ja. Huhu..), kami pun terpaksa beransur pulang, untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. Dalam perjalanan pulang, kami memenuhkan perut kami sekali lagi dengan laksa buyong. Alhamdulillah, rezki Allah ada di mana2. Dan ketika makan tu lah baru aku tahu, ada orang makan laksa dengan sambal kicap (de orang panggil kicap berlada, kicap pedas or papela korang nk panggil). Ada gak yang makan laksa dengan budu. Huk, macam2. Akhirnya, kira2 jam 3ptg, kami selamat sampai di bumi kampus. Alhamdulillah..


Mempelbagaikan aktiviti usrah. Tidak semestinya duduk di dalam halaqah untuk membincangkan isu2 tertentu. Mungkin sahaja ada orang yang gemar dengan cara tersebut (macam satu usrah yang aku pernah handle dulu. Hehe..), namun tidak ramai. Kebanyakannya lebih suka aktiviti yang santai. Outdoor. Tak salah untuk mempelbagaikan aktiviti, tapi dengan syarat aktiviti tersebut punya isinya. Jangan hanya berlibur tanpa punya output yang bermanfaat. Jika tidak, samalah sahaja aktiviti kita tu dengan aktiviti2 lain yang tidak punya tujuan. Jika orang lain bergembira untuk menyukakan hati semata-mata, hendaknya kita bergembira untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-NYA, insyaAllah.


“Ish, tak sangka hang camni,”

“Haa..sebab itulah orang kata, kalau kita nk kenal sahabat kita tu, kita kena bermusafir bersama-samanya. Baru kita kenal dia macammana,” [Ayat telah diubah mengikut kefahaman aku].


Mengenal sahabat, menjalinkan/mengeratkan ukhwah. Kebiasaannya kita tidak akan dapat mengenal sahabat kita jika hanya berada di dalam halaqah. Kerana di dalam halaqah usrah kebanyakannya lebih kepada teori, bukan praktikal. Tarbiyah usrah yang sebenar adalah di luar usrah. Jika hanya hebat ketika berada dalam usrah namun zero di luar, tiada gunanya.


Ok, usrah aku ketika di USM dibentuk bawah PMI. Ada orang kata usrah ni just aktiviti tradisi persatuan, dan ada juga kata yang usrah ni just symbol yang menunjukkan PMI ni still ada, sebagai survival untuk PMI dan lain2. Tak kisahlah orang nak kata apa, tapi papehal pun bagi yang nak komen pape tu, masuk dulu dalam usrah tu dan rasai sendiri apa itu usrah. Bagi yang dh masuk usrah tu dan merasakan usrah tu tak best, mengapa tidak anda menjadikannya menarik, selagimana ia tidak melanggar apa yang telah disyariatkan oleh Allah? Usrah kita adalah milik kita dan kita punya hak keatasnya. Aku ingat kata2 seorang senior ni, apabila dia dipilih untuk menjadi YDP untuk sebuah persatuan yang bagi dia tak menarik, tak ceria dan cam tak beri banyak faedah kat student. Apa dia kata? Lebih kurang macam ni bunyi dia.


“Kalau kita rasakan persatuan ni tak menarik/membosankan, kenapa kita tak menjadikannya ceria/bermakna seperti mana yang kita mahu? Sedangkan kita punya kuasa untuk mengubahnya menjadi sepertimana yang kita mahu,”.


Alhamdulillah, di bawah pemerintahannya, dia berjaya menjadikan persatuan pimpinannya itu sebuah persatuan yang banyak memberikan manfaat kepada students, seperti yang dia impikan, walaupun dia dicerca macam2 pada mulanya. Tak kisahlah yang tu, untuk melakukan sesuatu yang baik/baru, sudah tentu banyak ‘musuh’ yang datang/muncul. Sama juga kesnya dengan usrah ni. Kalau usrah kita tidak menarik, jangan cepat menuding jari kepada orang lain. Yang biasa berlaku, naqib/ah menuding ahli usrah, ahli usrah menuding naqib/ah. Jarang yang bertanya kepada diri sendiri, menuding diri sendiri atas ketidakbestan usrah yang diikuti. Namun, ada yang terlalu mencari kesempurnaan sehingga meninggalkan usrah. Naqib/ah merasakan diri tidak layak/sempurna sehingga meninggalkan ahli usrah terkapai-kapai tidak terpandu. Ahli usrah merasakan diri tidak layak untuk duduk di dalam usrah kerana merasakan diri tidak sebaik ahli2 yang lain, sehingga membuatkannya meninggalkan usrah. Rasa rendah diri diletak bukan pada tempatnya sehingga menzalimi diri.


Namun, dalam keseronokan berusrah, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, jangan lupa akan pelajaran masing2. Sesuatu perkara yang dilakukan secara berlebih-lebihan seringkali mendatangkan mudharat. Keseimbangan amat penting. Ahh…aku dah cakap benda ni sebelum ni. Malas nak ulas lagi. Hehe..


Oklah, panjang dah merepek. Mohon maaf pada bos sebab kacau usrah bos. Pada adik2 yang hilang suara akibat penangan rehlah tu, mintak maap la banyak2 ek. Juga pada yang trauma akibat games yang disediakan, yang terpaksa bersilat dalam rumpun pokok bunga dan berjalan cam robot tu. Tak kisahlah geng budu ka, geng laksa ka, nasik goreng ka, ayam goreng Halim ka, diharapkan masing2 mendapat manfaat dari rehlah yang dijalankan tu. Terima kasih juga pada cik Tn rumah, cik Azreen, sebab sudi menerima kedatangan piranha2 ni. Papepun, terima kasih pada semua yang menambahkan seri hidup aku yang semakin singkat ni. Peace!!


Sunday, November 8, 2009

Jasa Mereka yg Tak Ternilai

Pagi sabtu, bangkit tidur dengan penuh semangat, kerna di kepala telah terencana 1 program yang perlu aku hadiri. Seharusnya aku ke Alor Setar, punya urusan di sana namun bila tiba hari jumaat, aku tukar perancangan. Dan pagi ini selepas bersarapan ala kadar (selambe je duduk sarapan sedangkan orang yang nak bawak aku g tmpt program tu dh menunggu di luar rumah), aku bertolak ke tempat kejadian akan berlaku. Tiba di sana, ramai adik2 ni dh sampai dengan mak ayah masing2. Owh, lupa plak nk btau. Aku jadik “fasi tak bertauliah” untuk Kem Solat adik2 PASTI (rasa2 kena p mintak tauliah ke nk jadik fasi ni?? Mmm..). Adik2 umur 4-6 tahun. Sebelum ni tak pernah jadik fasi untuk adik2 sekecik ni. Paling kecik pun sekolah rendah. Dari rumah duk pk lama, camnala aku nk handle adik2 ni. Budak2 kecik ni slalunya mana leh duduk diam lama2. Tapi redah jelah. Lakukan mana yang aku mampu lakukan.


Ok, nak dijadikan cerita, di dalam program tersebut, setiap fasi dibahagi2kan dengan 10orang anak buah (adik buah kot. Huhu..). Aku mendapat 10 orang adik2 yang berumur 4-6 tahun. Pelajaran pertama, bab berwudhuk. Alhamdulillah, lancar. Cepat benar adik2 ni belajar. Senang keje aku. Tapi pastu duk pening kepala apa aku nak buat dengan adik2 ni. Ok, 1st, aku ajak depa makan coklat yang de kat meja sebelah aku time tu (selambe je duk abiskan coklat tu). Sambil2 makan tu borak2 la dengan adik2 ni. Beramah-mesra la katakan. Aku ni pun bukan la ramah sangat. Belasah je la pape aku tanya depa. Ok, habis makan, aku ulang balik tentang cara2 ambik wudu’ tu. Mula2 duduk. Pastu diri. pastu duduk balik. Dekat 10 kali gak la aku ulang2 semua. Memang comel depa time buat demo amik wudu’ ni. Haihhh.. But then, aku buntu balik nak buat apa. Buat demo banyak2 kang depa boring plak. Ok, mari kita bercerita (walaupun aku “langsung takde bakat bercerita”. Dulu masuk pertandingan bercerita asyik kalah je..). Aku mintak idea dari adik2 ni nak cerita apa.


“Cikgu, cerita semut dengan gajah!” jerit salah seorang daripada depa. Ahh, sudah, gajah ngn semut mana aku nak cerita ni?. Huhuhu…

“Okla, akak cerita pasal Rasulullah, nak tak?” aku try bagi cadangan plak. Walaupun depa bahasakan aku sebagai cikgu, tapi aku tetapkan bahasakan diri aku sbg akak (tapi last2 sahut jelah bila depa panggil cikgu…)

“Nak2!! Cerita tentang nabi Adam!”

“Nabi Adam dan Hawa. Macam dalam cerita Sumpah Bunian”

“Cinta Adam dan Hawa (sambil duk nyanyi lagu cinta adam dan hawa. Huhu..)”

“Nabi Isa! Nabi Isa!”

“Nabi Sulaiman! Nabi Sulaiman!”

“Cerita orang tukar jadik beruk”

“Cikgu saya dh tahu semua cerita tu. Nabi Adam dulu tinggal kat syurga. Lepas tu bla bla bla…”

“Adam Idris Nuh Hud Salih...” depa bernasyid nama2 Rasul la plak. Layan jelah….


Aisehhh..cerita mana aku nak cerita ni. Nk sangat jadi penglipur lara sangat, hamik kau! Tiba2 blank plak kepala ni. 1 cerita pun cam takde pape kat kepala ni. Adik2 ni dh mula tak betah nak duduk. Aku try pandang sahabat di sebelah, konon2 nk mintak cadangan nak buat apa. Tapi dia punya masalah yang sama. Maybe situasi dia lebih teruk dari aku kot. Lom sempat nk ajar tentang cara wudu’ lagi, kebanyakan adik2 jagaan dia dh main lari2. Hehe..kiranya adik2 jagaan aku ni baik2 gk la (mana taknya, aku rasuah depa dengan makanan, yang bukan aku bawak, tapi dibawa oleh adik2 ni sendiri. Huhu..). Akhirnya bercerita la aku tentang satu kisah ni, tapi aku rasa, tak sampai 2 minit aku cerita, dh abis dh cerita tu. Huhu..mesti tension je adik2 ni dengan aku.


Ok, cerita di atas hanya sebagai selingan. Tentang gelagat anak2 kecil yang baru mengenal erti kehidupan dunia. Masih suci dari noda2 dunia. Walaupun kadangkala kerenah mereka melemaskan kita, namun itulah kanak2. Namun, apa yang benar2 menarik perhatian aku ialah ketika Ustaz yang handle kem tersebut meminta adik2 ni membaca surah2 ringkas, bacaan2 doa dan ayat kursi. Dengan mudah mereka membacanya. Segar seketika hati aku ketika itu. Teringat aku ketika kecil. Terlalu jauh beza mereka2 yang berada di hadapan aku ketika ini dengan diri aku. Dalam memerhatikan adik2 ni, aku perhatikan jua guru2 mereka, yang menunggu di sekeliling dewan tersebut. Kuperhatikan wajah2 sabar dan cekal mereka. Aku yang baru sahaja melayan adik2 ni beberapa minit, lelahnya Tuhan sahaja yang tahu, bayangkan pula guru2 ini yang setiap hari berhadapan dengan kerenah adik2 ini. Guru2 ini tidak diganjari dengan bayaran yang mahal. Namun mereka tetap dengan tugas mereka. Tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan kalimah terima kasih kepada semua guru2 ini yang berusaha untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan punya kualiti yang sepatutnya untuk memimpin ummah. Ahh..tiba2 aku terkenang guru2ku ketika aku kecik2 dulu. Semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran ang sebaik-baiknya. Ameenn..


p/s: Pada sapa2 yg nak jadik fasi tu, tak kiralah program apa pun, buatlah sedikit persediaan. Study dulu peserta2 yang terlibat. Backup2 pengisian atau pengisian2 tambahan, dll. Jangan main redah je (macam aku. Huhuhu..).