RSS

Tuesday, November 24, 2009

Salam 'IdulAdha

Sekadar coretan sebelum pulang beraya di kampung.


10 Zulhijjah bakal menjengah tidak lama lagi. InsyaAllah aku akan pulang ke kampung halaman aku malam ni. Bas bertolak jam 1030mlm, insyaAllah. Perasaan gembira memang tidak disangkal. Apalagi rasa tidak sabar untuk berjumpa si kecik Fakhri tu. Aiman takde plak raya kali ni. Pulang ke Sabah, berhari raya dengan keluarga atuk belah ayah dia. Sunyi sikit raya kali ni. Takpa, ada Fakhri. Budak kecik ni plak aku belasah kali ni.


Minggu dukacita. Aku teringat status seorang sahabat beberapa minggu lepas. Kutidak tahu apa penyebabnya. Namun kedatangan Zulhijjah kali ini disambut beberapa berita kurang enak. Ya, kurang enak pada pandanganku, Mungkin. Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu berita. Seorang sahabatku mungkin terpaksa dihalang sementara dari meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru lantaran penyakit yang dialaminya sebelum ini tidak pulih sepenuhnya. Aku baru sahaja pergi melawatnya hujung Oktober yang lalu. Berbeza, sungguh berbeza fizikalnya berbanding kali terakhir kami bertemu. Terlalu kurus. Hampir menitis air mata tatkala melihat dirinya. pertemuan kami tidak lama. sebentar Cuma. Pertemuan air mata? Haha..mungkin juga. Ahh..abaikan. diri ini terlalu sensitive barangkali.


Begitu juga minggu ni. Berita yang lebih kurang sama kuterima walaupun berbeza situasinya. Dalam keserabutan persediaan beberapa kerja yang terpaksa aku tinggalkan dan hadapi sebaik sahaja pulang dari bercuti raya kali ni, aku tak rasa aku akan berasa tenang di kampung. Namun keserabutan ini menyebabkan aku berfikir.Mmm..mungkin perkataan “terfikir” lebih sesuai digunakan berbanding “berfikir”. Malang, aku tak mampu nak huraikan apa yang aku fikirkan lewat kata2 dan perkataan. Pendek kata beberapa ibrah dari peristiwa sempena kedatangan Iduladha yang perlu aku hayati dan selami. Buat pengingat diri yang semakin hari semakin terleka dengan pesona dunia yang walaupun sudah diketahui hanya sementara, namun tetap dikejar juga. Astaghfirullah…


Walau bagaimanapun, salam iduladha untuk semua. Aku mahu pulang dahulu. Assalamu’alaikum.

3 comments:

aNaK eMaS said...

betul la kak z..
mcm2 duk TERFIKIR
pas2 haha.. asik duk kne migrain jerk
asal2 x nk pk.. tp dah TER.. nk wt gane
hehe...
k la kak z..
moge pulang ke kg dgn slamat
moge jiwa x kaco lg ble dah blk smule
riso tgk duk ckp sensorg. keh3
Salam Aidiladha...

Sifrulmind said...

Uits, mana den ada cakap sorang2. Auta ni.Ish3.

่”ฅ็ˆ†็‰›่‚‰Frank said...
This comment has been removed by a blog administrator.