RSS

Tuesday, December 1, 2009

Berulangkali Ia Datang: Ikhlaskah Kita??


“Kita diuji oleh Allah dengan ujian yang sama. Kalau kita belum lulus dengan ujian itu, Dia akan menguji lagi. Kita perlukan kesabaran, kita perlukan tadhiyyah (pengorbanan), kita perlukan keikhlasan.” (Sedutan dari filem Sang Murabbi)


Alhamdulillah, selamat sampai di bumi Penang selepas hampir seminggu bercuti di kampung. Dalam kekecutan hati membuat beberapa persiapan sebelum bertolak menyelesaikan beberapa tugas yang telah diamanahkan oleh supervisorku, aku masih sempat lagi bersiar-siar di alam maya, melawat beberapa blog dan membuat post baru. Hehe... Insya-Allah sekejap je.


Minggu lepas, sebelum pulang ke kampung, aku sempat menghabiskan hujung minggu dengan menonton sebuah filem Indonesia bertajuk Sang Murabbi. Orang lain dh tengok lama dh, aku baru je nk tengok. Lama dah nak tengok cerita ni tapi baru je berkesempatan hujung minggu lepas menontonnya. Mula2 nonton sorang2, then sambung nonton dengan housemate aku, cik Ifah. Dok gelak sorang2. Then aku dengar dia tengok sekali lagi cerita tu. Huhu..memang kalu tengok filem tu tanpa tahu/kenal serba sedikit tentang latar belakang tokoh ni, susah nak faham. So, wat research sikit sebelum tengok cerita ni (mentang2 nak jadik researcher, semua nak dibuat research. Huhu..) Ok, abaikan. Jujur, banyak pengajaran yang boleh didapati dari filem tersebut. Beberapa permasalahan semasa yang sering kali melanda mereka2 yang mendakwa diri mereka pejuang Islam dan pendakwah, dipertontonkan secara ringkas, namun berkesan. Tapi kena tengok betul2 la. Dan salah satu ayat yang menarik perhatian aku adalah ayat di atas ni (setelah dialihbahasa mengikut kefahaman aku).


Dalam kehidupan seharian, kita sering merungut bila diuji dengan ujian yang sama beberapa kali. Kadang2 dalam perkara yang nampak mudah dan remeh. Sebagai contoh, menunaikan solat di awal waktu. Setiap kali usai menunaikan solat, sudah tentu kita berazam untuk menunaikan solat yang seterusnya di awal waktu. Betul? Kalu tak betul, cuba kita hisab balik diri kita. Ok, azam untuk solat di awal waktu dah ada. Namun, bila nak tiba waktu solat, azan berkumandang je, ada saja kerja yang kita kena buat. Kawan telefon, kerja tiba2 datang depan mata/kerja tak siap2 lagi (huh, selalu kena yang ni..), kena jumpa orang sekian2 pada waktu tu, tiba2 time tu slot cerita kegemaran kita (nur kasih ka, sumpah bunian ka, nenek kebaya ka, huhuhu…) sehinggalah kita terlewat untuk menunaikan solat atas sebab kita tak dapat urus kerja/masa dengan betul. Dan benda2 tu akan datang berulang kali. Kita jarang terfikir, kenapa benda ni berlaku berulang2 kali? Kalu kita berjaya atasinya pun, adakah cara penyelesaian kita tu adalah yang terbaik, yang seharusnya diambil? Tidak memudharatkan orang lain mahupun diri kita? Ikhlaskah kita ketika menunaikan solat apabila solat dilakukan dahulu dengan meninggalkan perkara2 yang lain? Huh, susah nak nampak contoh ni? Cam tak sesuai je? Ok2, aku bagi contoh lain. Aku ni memang fail sikit kalau bab terang menerang ni.


Ok, contoh lain, berkenaan bersedekah pulak. Aku ambil skop sedekah duit sebab fasal duit ni biasanya kita nampak sikit. Alangkan budak kecik yang tak tahu mengira pun, bila tiba bab duit, tiba2 jadik pandai kira. Kira duit tahu, tapi kira 1,2,3 tak tahu. Pelik gak kadang2. Ok, abaikan tu kejap. Kita selalu berniat untuk bersedekah tak kira la dalam apa jua lapangan. Selalunya bila dapat gaji ke, elaun ke, biasiswa ke, kita dh niatkan nak sedekah sekian2 untuk sekian2 punya perkara. Namun bila tiba masa nak sedekah tu, tiba2 kita nak beli sesuatu. Keperluan barangkali. Kita pun ta jadik nak sedekah. Kalau sedekah pun, tak capai jumlah awal yang kita peruntukkan awal2 pengiraan kita tu. Kita postpone bulan depan. Bila datang bulan depan, tiba masa kita nak keluar duit untuk bersedekah, datang pulak masalah lain. Tak jadik nak sedekah. Dan benda2 ni berulang2 setiap bulan sehingga akhirnya kita tak berjaya bersedekah seperti yang kita rancangkan walaupun dah banyak kali dapat gaji. Huhuhu… pernah tak kita terfikir, kenapa kita masih tak dapat capai target kita tu? Sememangnya kita mampu buat tapi masih tak dapat dicapai. Maksudnya kita belum lulus bab sedekah ni. Perlu dari situ kita lihat pula pada tahap pengorbanan kita, kesabaran kita dan keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan tersebut. Beberapa pengorbanan perlu dilakukan untuk mencapai standard yang sepatutnya. Kesabaran juga amat dituntut dalam menghadapi ujian2 itu. Keikhlasan dalam mengharungi ujian2 itu, dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Mungkin sahaja kita mudah melalui ujian pengorbanan dan kesabaran, namun keikhlasan itu amat sukar untuk diraih. Satu hadith, untuk renungan bersama.


Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid.

Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid.

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"

Maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran".

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘Alim, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI".

Maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu".

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN".

Maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

(Riwayat Muslim)


Astaghfirullah, astaghfirullah wastaghfirullah. Aku seringkali berasa takut, amalan aku yang terlalu sedikit ini, dicampak kembali kepadaku dan akhirnya aku pulang ke sana dengan tangan kosong. Ketika itu, di mana tempatku? Fikir2kanlah. Mari kita sama2 muhasabah diri, di mana tahap kita. Sama2 juga kita berdoa agar keikhlasan itu hadir dalam diri kita dalam usaha kita untuk mendapatkan hidup yang diredhainya.


**Terbaca artikel berkenaan IKHLAS yang menarik dan bermanfaat di sini. Moga mendapat manfaat.



0 comments: