Sunday, November 15, 2009

Rehlah Usrah: Menjadi Pengacau

“Ko nak pegi mana?”

“Aku de usrah pagi ni, pas subuh.”

“Usrah? Pas subuh? Awalnye. Ada ka orang nk mai? Selalu orang tido time tu. Eh, apa yang korang bincang dalam usrah tu?”

“Macam2. Dari perkara yang berkaitan agama, tentang fardhu2 ain, kifayah, hal ehwal semasa, sampailah kepada hal2 yang santai macam sukan, games, makan2. Macam2 lagi la. Kalau nak tau, jom la.”

“Hehe..takpelah. aku malu la dengan budak2 usrah ko..”


Itulah respon roommate aku 3 tahun lepas berkenaan tentang usrah. Usrah. Usrah bererti keluarga. Itulah yang aku pelajari ketika berada di tingkatan 1. Namun ketika di tingkatan 3, barulah aku diperkenalkan dengan ‘usrah’ yang satu ini. Usrah pertama aku adalah usrah untuk Exco2 Asrama sekolah aku time tu. Aku ahli paling muda time tu (kes sesat sorang2 la ni. Huhu..), tapi usrah time tu tak konsisten. Kalau tak silap, Cuma ada dua kali sepanjang aku berada di sekolah tersebut. Naqibah (orang yang handle/fasilitator sesebuah usrah) pun aku tak dapat kenalpasti. Huk3. Then, bila aku berpindah ke KISAS, tarbiyah melalui usrahnya yang agak banyak membentukku. Mungkin kerana bilangan naqibah yang mencukupi di kolej membolehkan seorang naqibah menghandle hanya 3 orang adik usrah sahaja. Lebih mudah untuk focus dalam menyampaikan sesuatu. Naqibahku namanya k.Raihan. Anis dan Asmaa, usrahmates aku. Hehe..Bila masuk form 5, aku plak kena handle usrah, tapi jadik co-naqibah je. Naqibah utama dia nama dia Khamisah. Jangan marah arr Humm. Ok, then, bila masuk matrik, aku dipaksarela jadik naqibah gak. Tak nak cite yang ni. Bila buat keje tak ikhlas, mesti hasilnya pun tak best kan? So, nasihat kat sini, kalau nk buat keje, ikhlas2kanlah niat tu. Ok, then, bila masuk USM, aku jadik ahli usrah biasa balik. Yahoo!! Keseronokan yang luarbiasa. K.Ummu Ziyad aka Mrs Jie is my naqibah time tu. 7orang ahli usrah aku time tu (kalau aku tak silap la. Ngeh3). Dan bila masuk 2nd year, usrah itu dirombak dan kekal sampai aku habis. Dan sekarang, 2 orang daripada usrahmates aku ketika tu adalah housemateku sekarang. Hehe..


Bila orang bertanya pada aku, apa yang bestnya tentang usrah, susah aku nak terangkan. Bak kata orang, sukar untuk dilafazkan dengan kata2. Ternanti-nanti bila usrah akan dibuat. Pernah dulu aku merasakan seperti tidak mahu pulang bila dah pergi usrah ni (orang lain aku tak tau la camna kan. Hehe..). Diibaratkan kita suka/minat main bola, mesti bila pergi main bola tu, rasa cam tak nak balik je. Nak main bola sampai termuntah2 darah, rasa dh tak larat, nak pengsan baru nak balik. Haa..sama la gak dengan kes aku ni.


Ok, aku terangkan sikit pe yang dimaksudkan dengan usrah ni. Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.


MATLAMAT USRAH

1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul

2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah

3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam

4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.

Rujukan: Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi, Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna


Minggu ni, disebabkan usrah aku takde aktiviti (aktiviti terpaksa ditangguh atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Huhu..), aku menumpang aktiviti usrah orang lain plak. Usrah salah seorang junior aku jadik mangsa. Usrah Bos. Bos, jangan marah arr. Hehe..Ok, kali ini usrahnya berrehlah di Taman Tasik Taiping (kalau tak silap aku, ginilah nama dia). Bertolak seawal 7pg (walaupun pada mulanya merancang bertolak jam 630pg. huhu..) dengan 3bijik kete Produa, kami tiba di sana lebih kurang jam 815pg. Lebih lama dari biasa sebab salah sebuah kete tak leh bawak laju. Kalu bawak lebih 80km/j je, tangan driver cam kene Parkinson. So, kene bawak slow2. Takpe, biar lambat, asal selamat.


Tiba di tempat kes, kami memanaskan perut dengan memakan nasik lemak daun pisang yang dibeli di tepi signboard Taman Transkrian, Parit Buntar, on the way ke Taiping (bukan promote, tp just nak btau bg sapa2 yg sakit perut pas makan nasik tu, len kali tak yah beli kat situ. Huhu..). Aktiviti diteruskan dengan sesi taaruf sughra. Budu dan laksa jadik topic hangat. Jadik makanan kegemaran walaupun datang dari ceruk rantau mana pun kat Malaysia ni. Begitu juga ayam goreng café Halim. 1st time aku dengar ada orang yang begitu tergila-gilakan ayam goreng pakcik halim ni. Apa agaknya pakcik ni bubuh dalam ayam goreng dia. Huhu.. Alhamdulillah, selesai bermain beberapa games pecah perut, pecah lemak dan pecah suara yang dimainkan dalam suasana yang amat ‘tenang’, salah seorang ahli rombongan mengajak kami ke rumah beliau yang terletak di Changkat Jering. Seronok2. Bertambah seronok bila beliau menyatakan rumahnya terletak di kampong dan kami bleh melantak buah-buahan tempatan yang ada di sekeliling rumah beliau. Ohh…kegembiraan ahli rombongan usrah tersebut sememangnya terpancar melalui sinar mata masing2 yang bercahaya, bersinar cemerlang dan gemilang walaupun bibir hanya mengukir senyum. Haha..


Dalam perjalanan ke rumah adik ni, aku ternampak beberapa pokok rambutan kuning (rambutan gading ke nama dia???) yang sedang bebuah ranum. Kalau di utara, aku jarang jumpa rambutan ni, berbanding kat kampong aku di Johor. Kalau kat kampong mak aku, rambutan kuning ni melambak2 orang tak larat nak makan, berbanding rambutan merah yang jadik rebutan. Sebab tu aku jadik perak sikit bila nampak rambutan warna merah yang banyak kat utara ni. Hehe..


Setibanya di rumah adik ni, tanpa menunggu masa yang lama, sebesen rambutan dan langsat serta beberapa biji buah durian yang besar selamat bermastautin di dalam perut2 kami. Alhamdulillah, kenyang. Selesai sesi mentekedarah, kami berjalan2 di sekitar rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan. Tidak lupa juga kat sungai yg cam menarik je kalau buat mandi time tetengahari tu. Dalam berjalan2 tu, aku dan bos berhasil menemui 2 biji durian kuning yang besar (beria-ia mencari durian untuk diambil gambarnya. Huhu..). amik gambo sorang sebijik. Memandangkan ada ahli usrah tersebut yang akan pulang ke kampong pada petang tu, dan pada masa yang sama beberapa orang dh tak sabar nak makan laksa buyong kat area tempat tu (dok meracau-racau sepanjang jalan, dok sebut laksa buyong ja. Huhu..), kami pun terpaksa beransur pulang, untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar. Dalam perjalanan pulang, kami memenuhkan perut kami sekali lagi dengan laksa buyong. Alhamdulillah, rezki Allah ada di mana2. Dan ketika makan tu lah baru aku tahu, ada orang makan laksa dengan sambal kicap (de orang panggil kicap berlada, kicap pedas or papela korang nk panggil). Ada gak yang makan laksa dengan budu. Huk, macam2. Akhirnya, kira2 jam 3ptg, kami selamat sampai di bumi kampus. Alhamdulillah..


Mempelbagaikan aktiviti usrah. Tidak semestinya duduk di dalam halaqah untuk membincangkan isu2 tertentu. Mungkin sahaja ada orang yang gemar dengan cara tersebut (macam satu usrah yang aku pernah handle dulu. Hehe..), namun tidak ramai. Kebanyakannya lebih suka aktiviti yang santai. Outdoor. Tak salah untuk mempelbagaikan aktiviti, tapi dengan syarat aktiviti tersebut punya isinya. Jangan hanya berlibur tanpa punya output yang bermanfaat. Jika tidak, samalah sahaja aktiviti kita tu dengan aktiviti2 lain yang tidak punya tujuan. Jika orang lain bergembira untuk menyukakan hati semata-mata, hendaknya kita bergembira untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-NYA, insyaAllah.


“Ish, tak sangka hang camni,”

“Haa..sebab itulah orang kata, kalau kita nk kenal sahabat kita tu, kita kena bermusafir bersama-samanya. Baru kita kenal dia macammana,” [Ayat telah diubah mengikut kefahaman aku].


Mengenal sahabat, menjalinkan/mengeratkan ukhwah. Kebiasaannya kita tidak akan dapat mengenal sahabat kita jika hanya berada di dalam halaqah. Kerana di dalam halaqah usrah kebanyakannya lebih kepada teori, bukan praktikal. Tarbiyah usrah yang sebenar adalah di luar usrah. Jika hanya hebat ketika berada dalam usrah namun zero di luar, tiada gunanya.


Ok, usrah aku ketika di USM dibentuk bawah PMI. Ada orang kata usrah ni just aktiviti tradisi persatuan, dan ada juga kata yang usrah ni just symbol yang menunjukkan PMI ni still ada, sebagai survival untuk PMI dan lain2. Tak kisahlah orang nak kata apa, tapi papehal pun bagi yang nak komen pape tu, masuk dulu dalam usrah tu dan rasai sendiri apa itu usrah. Bagi yang dh masuk usrah tu dan merasakan usrah tu tak best, mengapa tidak anda menjadikannya menarik, selagimana ia tidak melanggar apa yang telah disyariatkan oleh Allah? Usrah kita adalah milik kita dan kita punya hak keatasnya. Aku ingat kata2 seorang senior ni, apabila dia dipilih untuk menjadi YDP untuk sebuah persatuan yang bagi dia tak menarik, tak ceria dan cam tak beri banyak faedah kat student. Apa dia kata? Lebih kurang macam ni bunyi dia.


“Kalau kita rasakan persatuan ni tak menarik/membosankan, kenapa kita tak menjadikannya ceria/bermakna seperti mana yang kita mahu? Sedangkan kita punya kuasa untuk mengubahnya menjadi sepertimana yang kita mahu,”.


Alhamdulillah, di bawah pemerintahannya, dia berjaya menjadikan persatuan pimpinannya itu sebuah persatuan yang banyak memberikan manfaat kepada students, seperti yang dia impikan, walaupun dia dicerca macam2 pada mulanya. Tak kisahlah yang tu, untuk melakukan sesuatu yang baik/baru, sudah tentu banyak ‘musuh’ yang datang/muncul. Sama juga kesnya dengan usrah ni. Kalau usrah kita tidak menarik, jangan cepat menuding jari kepada orang lain. Yang biasa berlaku, naqib/ah menuding ahli usrah, ahli usrah menuding naqib/ah. Jarang yang bertanya kepada diri sendiri, menuding diri sendiri atas ketidakbestan usrah yang diikuti. Namun, ada yang terlalu mencari kesempurnaan sehingga meninggalkan usrah. Naqib/ah merasakan diri tidak layak/sempurna sehingga meninggalkan ahli usrah terkapai-kapai tidak terpandu. Ahli usrah merasakan diri tidak layak untuk duduk di dalam usrah kerana merasakan diri tidak sebaik ahli2 yang lain, sehingga membuatkannya meninggalkan usrah. Rasa rendah diri diletak bukan pada tempatnya sehingga menzalimi diri.


Namun, dalam keseronokan berusrah, seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, jangan lupa akan pelajaran masing2. Sesuatu perkara yang dilakukan secara berlebih-lebihan seringkali mendatangkan mudharat. Keseimbangan amat penting. Ahh…aku dah cakap benda ni sebelum ni. Malas nak ulas lagi. Hehe..


Oklah, panjang dah merepek. Mohon maaf pada bos sebab kacau usrah bos. Pada adik2 yang hilang suara akibat penangan rehlah tu, mintak maap la banyak2 ek. Juga pada yang trauma akibat games yang disediakan, yang terpaksa bersilat dalam rumpun pokok bunga dan berjalan cam robot tu. Tak kisahlah geng budu ka, geng laksa ka, nasik goreng ka, ayam goreng Halim ka, diharapkan masing2 mendapat manfaat dari rehlah yang dijalankan tu. Terima kasih juga pada cik Tn rumah, cik Azreen, sebab sudi menerima kedatangan piranha2 ni. Papepun, terima kasih pada semua yang menambahkan seri hidup aku yang semakin singkat ni. Peace!!


Sunday, November 8, 2009

Jasa Mereka yg Tak Ternilai

Pagi sabtu, bangkit tidur dengan penuh semangat, kerna di kepala telah terencana 1 program yang perlu aku hadiri. Seharusnya aku ke Alor Setar, punya urusan di sana namun bila tiba hari jumaat, aku tukar perancangan. Dan pagi ini selepas bersarapan ala kadar (selambe je duduk sarapan sedangkan orang yang nak bawak aku g tmpt program tu dh menunggu di luar rumah), aku bertolak ke tempat kejadian akan berlaku. Tiba di sana, ramai adik2 ni dh sampai dengan mak ayah masing2. Owh, lupa plak nk btau. Aku jadik “fasi tak bertauliah” untuk Kem Solat adik2 PASTI (rasa2 kena p mintak tauliah ke nk jadik fasi ni?? Mmm..). Adik2 umur 4-6 tahun. Sebelum ni tak pernah jadik fasi untuk adik2 sekecik ni. Paling kecik pun sekolah rendah. Dari rumah duk pk lama, camnala aku nk handle adik2 ni. Budak2 kecik ni slalunya mana leh duduk diam lama2. Tapi redah jelah. Lakukan mana yang aku mampu lakukan.


Ok, nak dijadikan cerita, di dalam program tersebut, setiap fasi dibahagi2kan dengan 10orang anak buah (adik buah kot. Huhu..). Aku mendapat 10 orang adik2 yang berumur 4-6 tahun. Pelajaran pertama, bab berwudhuk. Alhamdulillah, lancar. Cepat benar adik2 ni belajar. Senang keje aku. Tapi pastu duk pening kepala apa aku nak buat dengan adik2 ni. Ok, 1st, aku ajak depa makan coklat yang de kat meja sebelah aku time tu (selambe je duk abiskan coklat tu). Sambil2 makan tu borak2 la dengan adik2 ni. Beramah-mesra la katakan. Aku ni pun bukan la ramah sangat. Belasah je la pape aku tanya depa. Ok, habis makan, aku ulang balik tentang cara2 ambik wudu’ tu. Mula2 duduk. Pastu diri. pastu duduk balik. Dekat 10 kali gak la aku ulang2 semua. Memang comel depa time buat demo amik wudu’ ni. Haihhh.. But then, aku buntu balik nak buat apa. Buat demo banyak2 kang depa boring plak. Ok, mari kita bercerita (walaupun aku “langsung takde bakat bercerita”. Dulu masuk pertandingan bercerita asyik kalah je..). Aku mintak idea dari adik2 ni nak cerita apa.


“Cikgu, cerita semut dengan gajah!” jerit salah seorang daripada depa. Ahh, sudah, gajah ngn semut mana aku nak cerita ni?. Huhuhu…

“Okla, akak cerita pasal Rasulullah, nak tak?” aku try bagi cadangan plak. Walaupun depa bahasakan aku sebagai cikgu, tapi aku tetapkan bahasakan diri aku sbg akak (tapi last2 sahut jelah bila depa panggil cikgu…)

“Nak2!! Cerita tentang nabi Adam!”

“Nabi Adam dan Hawa. Macam dalam cerita Sumpah Bunian”

“Cinta Adam dan Hawa (sambil duk nyanyi lagu cinta adam dan hawa. Huhu..)”

“Nabi Isa! Nabi Isa!”

“Nabi Sulaiman! Nabi Sulaiman!”

“Cerita orang tukar jadik beruk”

“Cikgu saya dh tahu semua cerita tu. Nabi Adam dulu tinggal kat syurga. Lepas tu bla bla bla…”

“Adam Idris Nuh Hud Salih...” depa bernasyid nama2 Rasul la plak. Layan jelah….


Aisehhh..cerita mana aku nak cerita ni. Nk sangat jadi penglipur lara sangat, hamik kau! Tiba2 blank plak kepala ni. 1 cerita pun cam takde pape kat kepala ni. Adik2 ni dh mula tak betah nak duduk. Aku try pandang sahabat di sebelah, konon2 nk mintak cadangan nak buat apa. Tapi dia punya masalah yang sama. Maybe situasi dia lebih teruk dari aku kot. Lom sempat nk ajar tentang cara wudu’ lagi, kebanyakan adik2 jagaan dia dh main lari2. Hehe..kiranya adik2 jagaan aku ni baik2 gk la (mana taknya, aku rasuah depa dengan makanan, yang bukan aku bawak, tapi dibawa oleh adik2 ni sendiri. Huhu..). Akhirnya bercerita la aku tentang satu kisah ni, tapi aku rasa, tak sampai 2 minit aku cerita, dh abis dh cerita tu. Huhu..mesti tension je adik2 ni dengan aku.


Ok, cerita di atas hanya sebagai selingan. Tentang gelagat anak2 kecil yang baru mengenal erti kehidupan dunia. Masih suci dari noda2 dunia. Walaupun kadangkala kerenah mereka melemaskan kita, namun itulah kanak2. Namun, apa yang benar2 menarik perhatian aku ialah ketika Ustaz yang handle kem tersebut meminta adik2 ni membaca surah2 ringkas, bacaan2 doa dan ayat kursi. Dengan mudah mereka membacanya. Segar seketika hati aku ketika itu. Teringat aku ketika kecil. Terlalu jauh beza mereka2 yang berada di hadapan aku ketika ini dengan diri aku. Dalam memerhatikan adik2 ni, aku perhatikan jua guru2 mereka, yang menunggu di sekeliling dewan tersebut. Kuperhatikan wajah2 sabar dan cekal mereka. Aku yang baru sahaja melayan adik2 ni beberapa minit, lelahnya Tuhan sahaja yang tahu, bayangkan pula guru2 ini yang setiap hari berhadapan dengan kerenah adik2 ini. Guru2 ini tidak diganjari dengan bayaran yang mahal. Namun mereka tetap dengan tugas mereka. Tiada kata yang mampu aku luahkan melainkan kalimah terima kasih kepada semua guru2 ini yang berusaha untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan punya kualiti yang sepatutnya untuk memimpin ummah. Ahh..tiba2 aku terkenang guru2ku ketika aku kecik2 dulu. Semoga Allah mengganjari mereka dengan ganjaran ang sebaik-baiknya. Ameenn..


p/s: Pada sapa2 yg nak jadik fasi tu, tak kiralah program apa pun, buatlah sedikit persediaan. Study dulu peserta2 yang terlibat. Backup2 pengisian atau pengisian2 tambahan, dll. Jangan main redah je (macam aku. Huhuhu..).

Tuesday, November 3, 2009

Bestnye Balik Kampung!!!

Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan sebaik sahaja tiba di rumah sewa semalam. Perjalanan selama seminggu yang sungguh memenatkan. Penat naik bas, penat turun bas, penat tahan rasa gemuruh, penat jalan dll. Penang-KL-Penang-KL-Johor-Penang. Penat tapi rasa berbaloi-baloi.


Perjalanan pertama, menziarahi seorang sahabat yang tidak sihat di Kajang. Alang2 dh turun ke Kajang, aku melawat sebantar sahabat yang berada di UPM. Owh, dia telah berangkat ke tanah suci semalam untuk mengerjakan haji. Semoga haji yang mabrur untuknya. Dia merupakan sahabat satu sekolah ketika aku di KISAS. Satu kelas tapi tak rapat sangat. Tapi bila berpindah ke Matrik, bilik aku berhadapan dengan biliknya dan dia merupakan ‘roommate’ angkat bilik aku. Alaa..bilik pun depan2 je, boleh main lompat2 je nak gi bilik dia. Dari situlah kami rapat. Raya yang lepas aku g beraya ke rumah dia selepas beberapa kali sesat jalan. Alhamdulillah.


Perancangan awal, aku berhajat untuk terus stay kat UPM sebelum menghadiri conference di KL, namun hajat tidak kesampaian lantaran beberapa kerja yang terpaksa aku selesaikan sebelum berangkat ke conference. Tiba di Penang Ahad malam dan bertolak semula ke KL pada pagi Isnin. Conference yang berlangsung selama 3 hari betul2 meletihkan (bosan??). Letih sebab menahan gemuruh untuk present kali pertama dalam conference. Ntahpapeje aku ni. Nasib baik aku berjaya menghasut salah seorang housemateku untuk pergi ke conference tersebut (last2, dia plak yg kena buat keja. Hehehe..). So, takdelah bosan sangat.


Hari jumaat, bertolak ke kampong halaman. Yelah, alang2 dh sampai KL, tak turun sampai Johor memanglah tak patut. Mmm..dh sebulan tak balik kampong. Setakat ni, perancangan aku untuk balik ke kampong sebulan sekali masih dapat dipenuhi. Hehehe..


Adoii, penatnye badan lepas jalan jauh2 ni...

De sape2 leh tolong urutkan badan tak?

Arr..meh sini Aiman tolong. Adehh..beratnye badan...

Amacam, sedap tak Aiman urut? Urutan cakar kucing nii..

Ahhh..leganya...


Tiba di kampong, berehat sebentar dan terus bergerak ke hospital. Kak Long kau dijadualkan bersalin pada hari tersebut. Leh masuk dalam jadual sebab akak aku buat operation, bukan bersalin biasa. Kalau bersalin biasa, mana bleh masuk dalam jadual. Suka hati baby tu la nk kuar bila2. Huhuhu…ok. Berita gembiranya, aku dapat sorang lagi anak sedara, baby boy, Alhamdulillah. Aku berjaya tengok baby tu lebih kurang 30minit selepas dilahirkan (sebab akak aku bersalin time waktu melawat). Dan ni gambar baby tu pada hari pertama. Muka dia sebijik muka akak aku. Huhuhu…

Hari pertama, lebih kurang 30min selepas keluar dari dewan bedah


Hari kedua. Ayah aku kata, " Baru rong dino, motone wes meling2, koyo wes gedi wae,". Huhu..


Hari ketiga. Dah stat gelak2. Aishh..cepatnye budak ni membesar...

Time untuk tido. Jangan kacau...


aku: eh, nama penuh fakhri pe?

Along Ajid: muhammad fakhri firdaus bin md yazid taib

aku: panjangnye...

Along Ajid: haha

Along Ajid: nama tu yang kami berkenan

Along Ajid: ada sebab nama panjang macam tu

aku: sebab???

Along Ajid: Muhammad = Yang Terpuji, fakhri = Kebanggaan + Firdaus = Nama Syurga yang terutama => jadi faham kan maksudnya

Along Ajid: kalau nama fahkri aje ..macam tergantung maknanya


Suka hati Along la nk bagi nama apa. Asalkan nama tu baik untuk baby tu. Arr..tiba2 teringat satu artikel berkaitan dengan hak anak-anak yang digariskan dalam Islam. Bleh download dari My Share box kat tepi ni kalau nak baca.


Oklah, pada Along ngn Abg Long, tahniah atas kehadiran putera yang ditunggu-tunggu tu (aku pun tunggu sama kehadiran anak depa ni). Semoga anak itu menjadi anak yang soleh. Pada akak2 aku yang lain, cepat2 la tambah anak sedara aku lagi. Hahaha…


Friday, October 16, 2009

Bagaimana Menyeimbangkan Dakwah dan Study??


(Oleh: Ahmad Umair b. Zulkefli)


Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." [‘Ali ‘Imran, 3 : 110]


Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar atau mahasiswa merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan mahasiswa ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.


Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah. Hujung minggu tidak pernah lekat di kampus, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai pointer minimal. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan, masyarakat kampus mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan, “Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,” ada juga yang mengatakan, “Itulah kau, apasal soleh sangat?” Dan bermacam-macam kata-kata yang memanaskan telinga yang boleh didengari.


Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah study dan kuliah? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:


"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan." [Al-Qasas, 28 : 77]


Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini, Insya-Allah.


Dakwah Mantap Akademik Perkasa


Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.


Pengurusan Masa


“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata Rasulullah SAW ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah:


Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan kuliah hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan. Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.” Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.


Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi kuliah, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan. Mulakan dengan dewan kuliah. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh pensyarah. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap kuliah yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan pensyarah dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kuliah yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa pensyarah, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan. Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh pensyarah. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebih daripada 30 minit.


Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr, 59 : 18]


Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.


Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.


Semangat Berusaha

Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.


"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Hud, 11 : 112]


Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.


Membayangkan Apa yang Akan Dicapai

Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah. Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlaq dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.


Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi

Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya. Antara kata-kata yang disarankan ialah:


"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [At-Taubah, 9 : 24]


Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.


"Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Al-Baqarah, 2 : 233]


Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, [Al-Mu’minun, 23 : 1-3]


Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). “Campus life is all about dakwah and study. There’s no time to be wasted!” Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." [Muhammad, 47 : 7]


Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.


Berusahalah Wahai Para Da'ie

Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut, 29 : 69]


Wallahua’lam

=================================================================================================


Masih tidak puas?? Berat sebelah?? Terlalu ideal?? Ok, bleh jugak klik di link ni utk artikel yang lain.


http://saifulislam.com/?p=2070


Rasa malas untuk membaca? Den pun malas dh nak tegur. Sesungguhnya salah satu cara ilmu itu diperolehi adalah dengan membaca.


*Aku pernah tewas dan aku tidak mahu orang lain tewas seperti aku kerana walaupun kita dah bangkit, fitnah tewas itu akan sentiasa berlegar-legar di sekeliling. Tiada orang yang mahu dirinya menjadi bahan fitnah terutama fitnah kepada agama Islam. Astaghfirullah. Orang bijak belajar dari kesilapan dirinya sendiri, tapi orang yang paling bijak adalah orang yang belajar dari kesilapan orang lain.

* Mencari ‘titik keseimbangan’ antara kedua2nya bukan mudah tetapi tidak mustahil dilakukan. Perancangan dan usaha utk meralisasikannya yg penting. tapi perlu diingat, manusia mentadbir atas batas taqdir Allah. Siapa tidak mahu berjaya? Siapa tidak mahu cemerlang? Kadang2 kita pohon supaya cemerlang tapi kita tahu samada kecemerlangan itu akan membawa kita lebih dekat kepada Allah atau sebaliknya. Astaghfirullah…

*Pada sahabat yang pernah menyatakan bahawa study itu lebih utama dari berdakwah atas nama tanggungjawab sebagai pelajar, semoga artikel2 ni dapat memberi sedikit penerangan. Maaf jika penerangan aku selama ini mengelirukan kerana ilmu aku terlalu dangkal dan perlu ditambah setiap masa. Mari sama2 tambah ilmu.

*Jangan kerana masalah sikap sesetengah orang yang berkecimpung dalam aktiviti dakwah, kita menolak segala-galanya secara pukal/borong. Takkanlah kita nk kata Islam itu tidak sempurna kerana penganutnya tidak menunjukkan ciri2 seorang Muslim yang sebenar. Jangan dibuang setandan pisang hanya kerna sebiji pisangnya dimakan burung.

*Ok, exam pun dah dekat, tumpukan lebih banyak masa utk study. Aulakan mana yang penting, jangan buang masa. Ayuh, mari mengorak langkah!! (Layan lagu kat bawah ni sat. Leh klik kat sebelah, as usual)


Stand Up
(Muadz Dzulkifli Al-Masaar)


"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"


Oh you stand up! Say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man


Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier


Feel the heart of everyone
See through our differences


You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other






Tuesday, October 13, 2009

Selamat Menghadapi "Ujian Dunia"

Hari Selasa tiba. aku fikir hari ini hari Isnin, rupa2nya sudah beranjak ke hari Selasa. Masa berlalu tanpa sempat aku check namanya. Berlalu lagi satu hujung minggu selepas datangnya Syawal. Seperti biasa, bila hujung minggu, aku tidak lekat di rumah. Walaupun mengikut perancangan awal (rancang time puasa lagi tu. huhuhu..), aku sepatutnya bermusafir ke Perlis pada hujung minggu ini, namun terpaksa ditukar kerana kesihatan sahabatku yang sepatutnya bermusafir bersamaku tidak mengizinkan. Dan pada minggu lepas, merancang satu lagi permusafiran, namun terpaksa jua dibatalkan atas sebab beberapa tugas yang mendatang. Owh, sesungguhnya aku terlalu banyak berjalan ke sana ke mari selepas ‘tamat’ belajar ni. Tidak mengapa, selagi punya masa dan kesempatan, ciptalah pengalaman seadanya. Bak kata Albert Camus, “Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.”


Hari ini menghadiri satu program motivasi utk adik2 yang kebanyakannya baru aku kenali. Menarik pengisiannya (walau bagaimanapun, aku ‘tewas’ dalam slot ke-2 sebab sudah menjadi kebiasaan aku tidur time tu. Qailullah. Huhuhu..). Walau bagaimanapun, semoga yang lain mendapat manfaat dari program tersebut. Kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Jangan terus null ya!!


Owh, satu sem hampir berlalu. Tak terasa masa berlalu. Pejam celik, pejam celik (dengan kadar yang banyak dalam masa satu hari), sudah hampir 6 bulan aku ‘menamatkan’ study degree aku. Dan sekarang, masih ‘menganggur’ dengan terhormat kot. Huhuhu.. Belum register utk further study master (masih dalam stage pra-master), menghabiskan duit geran supervisor aku dan duit CEDEC dengan merosakkan mesin dan equipment, meng’tension’kan technician sebab balik2 tengok muka aku buat experiment yg sama sejak 5 bulan yg lalu, takde nk berkembang apalagi beranak ke peringkat seterusnya dan macam2 lagi. Tub2, bila tanya kat adik2 junior, “Bila exam?” “less than 3 weeks.”. Owh, begitu pantas. Rasa cam baru bulan lepas depa register utk sem ni. Hahaha…


Owh, apakah yang aku repekkan ni? Sebenarnya nk focus kat tajuk atas tu, tapi dh melalut p mana2 ntah. Oklah, back on track. Minggu lepas, aku berjumpa dengan mantee2 aku yang dah lama aku tak jumpa secara f2f (face to face). Kesemuanya adalah adik2 2nd year dari skul EE. Mereka adalah mantee2 yg berkaliber, namun malang mendapat mentor yg hampeh macam aku ni. Di awal2 penglibatan aku sebagai mentor depa ni, depa yg lebih banyak amik inisiatif nak jumpa aku berbanding aku yang perasan busy time tu. Owh, kisah lama. Lupakan2… Housemate aku kata, perangai sebahagian besar dr depa, same je dengan perangai aku. Depa kata, aku berjaya menumpahkan kuah ke nasi walaupun tidak sekata. Dah namanya pun ‘tumpah’ bukan bubuh elok2, mestilah tak sekata. Tapi lebih baik tumpah ke nasi dari tumpah ke lantai. Eh, stop2, merepek lagi. Huhu..(kalau benda baik tu xpelah, tapi ni macam sebaliknye je). Owh, abaikan jua yg itu. ter’melalut’ lagi utk ke sekian kalinya. Ok, sebenarnya, untuk post ni sebenarnya just nk wish all the best utk adik2 dan ‘kakak2’ yang nak amik exam tak lama lagi. Masa semakin suntuk tapi masih ada masa. Kalau rasa macam blur je (ala2 orang rabun) dalam satu2 subjek tu walaupun skang ni dah sepatutnya masuk zon clear samada dgn bantuan cermin mata atau contact lens (pobondo ni??), janganlah putus harapan. Bak kata orang, berjuang hingga ke titisan darah terakhir.


“…Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

(Surah Yusuf: 87)


Dan semalam aku terbaca satu kata2 dari orang yg dikatakan founder utk theorem pythagoras, iaitu si Pythagoras tu sendiri, yang berbunyi;


“Wahai orang muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.”


So, de sapa2 yang ingin merelakan dirinya merasai kepahitan akan kebodohan dirinya sendiri? Jika ada, silakan2, tiada siapa yang ingin menghalang. Bak kata orang tua, pisau di tangan kanan, dan mentimun di tangan kiri. Terserah kepada kita nk potong/corak tu macammana (Aku lebih suka kalau timun tu ditukar kepada tembikai. Mmmm..)


Buat adik2 4th year, 3rd year, 2nd year, dan 1st year, dan tak lupa pada Wani, Zaini, La, Sue dan Anis, All the Best utk exam kali ni. Masa yang dh lepas, biarkan ia berlalu. Kenang ia utk diambil pengajaran, bukan untuk diratapi. Masa yang berbaki ni pergunakan sebaik-baiknya. Kejayaan itu bukan sesuatu yang mustahil, kerana tiada satu apapun yang mustahil jika kita yakin kepada-NYA. Peace!!



*Arr..utk my mentees, sapa2 dapat pointer lebih/sama dengan 3.00, leh jumpa akak tuntut hadiah. Hadiah dia rahsia setakat ni sebab x fikir lagi. Masih bleh tawar menawar. Hahaha..



Tuesday, September 29, 2009

Dah 10 Hari Syawal Tiba


10 Syawal 1430H

Pejam-celik, dah 10 hari pakcik kat atas tu buat pengumuman raya. Ramadhan berlalu dengan pantas sekali. 1 Syawal disambut dengan meriah. Sebelum pulang ke kampong, aku tersalah beli tiket. Ketika pulang ke kampong, aku tertinggal telefon di rumah sewa. Oleh itu, ampun dan maaf aku pohon bagi mana2 sahabat yang menghantar sms ucapan selamat pada aku. Selamat Hari Raya dan mohon ampun atas segala-galanya.


Keseronokan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu, menjamah makanan yang pelbagai, mendapat duit raya (ehemm..aku masih dapat duit raya. Haha..), bermain mercun dan bunga api, kadang2 melekakan kita akan tujuan sebenar kedatangan 1 Syawal itu. Pelbagai kemungkaran yang “dihentikan sementara” lantaran kedatangan bulan Ramadhan, dilakukan kembali pada bulan Syawal, malah kadang2 lebih teruk daripada sebelum kedatangan Ramadhan. Sehinggakan ada yang mengibaratkan Syawal ini adalah bulan “pesta bagi syaitan” selepas dibelenggu selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Astaghfirullahal’azim. Bulan Syawal yang sepatutnya menjadi anugerah kepada umat Islam selepas menempuh ujian bulan Ramadhan dicemari dengan pelbagai perkara2 yang tidak sepatutnya. Aku tak mahu membebel kat sini sebab rasanya dah banyak orang peringat sebelum Syawal tiba, akan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku ketika bulan Syawal. Namun disebabkan Syawal pun belum habis dan ada beberapa perkara yang masih boleh dielakkan, boleh klik sini untuk mendapatkan makluamt yang lebih lanjut. Terima kasih..


“Saya tahu, awak bermujahadah untuk menjadi baik time bulan puasa, tapi bila bulan puasa abis ja, ishh…”


Hehe..ayat seorang sahabat yang terpacul keluar dari mulutnya malam tadi benar2 membekas di hati. Teringat-ingat sampai ke hari ini. Owh, jangan salah sangka. Aku tidak marah padanya (aku dah belasah dia malam tadi. Hahaha..). Malah berterima kasih (sorila, cara ‘nak bagi kasih’ aku memang pelik sikit. Hahaha..). Ayatnya itu membuatkan aku terfikir, akan Ramadhanku yang lepas. Dan aku teringat sebuah lagu yang aku dengar sehari sebelum Ramadhan berakhir.


Muhasabah Ramadhan

Munsyid : Unic


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki


Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama


Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara


Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir


Adakah output untuk bulan Ramadhan iaitu melahirkan insane yang bertaqwa benar2 menjadi reality. Lihatlah diri, dan hisablah diri. Hanya kita yang tahu pada tahap mana kita berada. By the way, marilah sama2 kita teruskan ibadah2 yang kita amalkan ketika bulan Ramadhan tu sementara menunggu Ramadhan yang akan datang. Semoga kita istiqamah. Ameenn..

*Dilanda kebuntuan untuk menulis sejak 2-3 bulan ni. Huhu…

Wednesday, September 9, 2009

Tangisan Rindu

Tangisan Rindu
Munsyid : Wildan

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang berlalu terusku tunggu
Di kala insan terus terlena
Hatiku ini ingin terus berjaga


Di kala sepiku sendiri
Mencari sinar di kegelapan malam
Airmataku bercucuran
Kerna rindu ku yang tak pernah padam


Tangisanku mendayu-dayu
Mengharap kasih dari Yang Satu
Kutahu cintaku terbalas
Kerna Dialah Pemilik cinta sejati


Oh Tuhan tunjukkanlah jalan
Merentai rasa cintaku
Citra rinduku dan kasihku
Yang kudambakan hanya untuk-Mu


Usahlah Kau palingkan cinta
Yang suci murni lagi sejati
Kerna aku hanya ada sekeping hati
Yang rapuh dan tak berdaya


Moga rinduku kan terubat
Lantaran kasih-Mu yang murni
Tangisan rinduku
Hanya untuk-Mu


Allahumma Anta Robbi
Zolamtu naf-si
Wa-illam taghfir-li
Wa tarhamni
La aku-nanna minal-khosirin


Allahumma Anta Robbi
a-inni ‘ala zikrika was-syukrika
wa husni min ‘ibadatik


Allahumma Anta Robbi
Ihtimni ya Allah
Bi hus nil-khotimah
wa la tah timni ‘alaiya ya Allah

Bi su’il-khatimah


Allahumma Anta Robbi
taqabbal minni do’ai-in-ni
innaka antas-sami’ul-‘alim
Watub ‘alaiya ya Allah innaka
antat-tawwabur-Rahim



Atha’ Ibn Saib meriwayatkan daripada ayahnya: Suatu hari, Ammar Ibn Yasir solat bersama kami, dia memendekkan solatnya. Kami bertanya kepadanya, “ Kenapa kau pendekkan solat wahai Abu Yaqdhan?”. “ Tidak ada dalil yang menghalangi diriku memendekkan solatku. Sebab aku ingin berdoa seperti doa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW,” jawab Ammar. Tatkala Ammar selesai berdoa, salah seorang sahabat mendekati dirinya seraya bertanya tentang bacaan doa tersebut, doa yang pernah didengarnya daripada Rasulullah SAW. Ammar Ibn Yasir menjawab: “Aku pernah mendengar Rasulullah melantunkan doa (yang bermaksud):


Wahai Allahku,

Dengan keghaiban ilmu-Mu.

Dengan Kekuasaan-Mu atas segenap ciptaan-Mu.

Hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurut-Mu,

dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurut-Mu.


Wahai Allahku,

Kurniakanlah kepadaku rasa takut kepada-Mu, baik dalam keadaan samar mahupun terang.

Aku memohon kepada-Mu perkataan yang benar dan lurus di saat marah dan reda.

Aku memohon kepada-Mu kewujudan tujuan di saat miskin dan kaya.

Aku memohon kepada-Mu anugerah nikmat yang tiada pernah habis.

Aku pinta kepada-Mu permata hati yang tidak terputus.

Aku memohon kepada-Mu perasaan rela menerima ketentuan takdir-Mu, serta kedinginan (kedamaian) hidup selepas kematian.

Aku memohon kepada-Mu supaya mampu melihat wajah-Mu yang Mulia, serta kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa ada yag menghalangi diriku.

Aku memohon kepada-Mu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku.


Wahai Allahku,

Rahmatilah diriku dengan kebaikan iman, hiasilah diriku dengannya.


Wahai Allahku,

Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Kau berikan petunjuk.



**Petikan dari buku “Kisah Cinta Dalam Al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah” karangan Misbah Em Majidy.



Seandainya

(Wildan)


Andainya masa bisa kuputar kembali

Akan kuubah segala yang terjadi

Keterlanjuran kealpaan

Adalah kesilapan yang disengajakan


Kesenangan yang dikurniakan

Membuat aku kebingungan

Dalam memilih haluan

Jalan yang terang

Aku kerisauan


Aku insan yang lemah

Hanya mampu berserah

Berserah segalanya kepada Yang Esa

Moga diampunkan segala dosa

Agar sejahtera selama-lamanya


Mustahil bagiku mengubah masa lalu

Kini hanya mampu insafi yang berlaku

Kenangan yang lalu pengajaran buatku

Kuserahkan diri ini kepada Yang Satu


Setiap liku kehidupan yang kulalui

Kupanjatkan keampunan kepada Ilahi

Semoga keinsafan ini kekal abdi

Hingga akhir hayatku ini


Aku sedar aku kan pergi

Aku redha taqdir Ilahi

Moga disana akan kutemui

Kebahagiaan sejati