RSS

Sunday, March 4, 2012

Selalunya..

Menjalani hidup sebagai pelajar mode penyelidikan sepenuh masa, kadangkala mengundang lelah. Lelah membuat kerja, lelah memerah otak, lelah menanti, yang kadangkala hasilnya seperti sia2. Kerja berbulan-bulan, ditolak ke tepi kerna tiada data yang boleh digunakan. Terkilan. Penat. Kecewa. Bercampur-baur. Ada kalanya, terasa ingin mengangkat bendera putih, mengaku kalah dengan apa yang dihadapi. Apalagi bila melihat sahabat2 lain yang sama2 memulakan pengajian, telah selesai dengan projek masing2. Telah berjaya merangkul skrol. Telah berjaya memulakan kerjaya masing2. Ya, perasaan sedih itu sukar digambarkan. Ditambah pula dengan soalan, “Bila nak habis master?”. Benar kata seorang senior aku satu masa dahulu. Bagi sesetengah pelajar master penyelidikan, soalan sebegitu sebenarnya seperti satu hempukan beban yang berat bagi mereka. Satu tamparan yang menyakitkan. Amat menyakitkan. Kerna kadangkala persoalan itu sukar dijawab. Ya, sukar. Walaupun sering soalan itu disambut dengan senyuman dan kata2 ‘pasrah’, hakikatnya di dalam hati, hanya Allah yang mengerti.

Ada ketika bayang menerpa
Usaha bertukar jadi tersia
Ada ketika susah menjelma
Kekuatan hilang mengaku kalah

Ada ketika sakit terasa
Kegembiraan jadi nestapa
Ada ketika sunyi mendatang
Gentar dan takut keseorang

Ada ketika rasa bersalah
Berulang-ulang membuat dosa
Ada ketika mengadu rasa
Tiada siapa sudi mendengar

Aku juga seringkali hampir tertewas. Ya, lelah dari segi mental. Tika mental berada di tahap paling lemah, terasa tidak mampu utk bangun kembali. Ketika itu, ujian yang kecil sahaja, bisa meluruhkan sisa-sisa semangat yang ada di dalam diri. Gurauan sekeliling, seolah-olah menyindir diri, memamah maruah diri. Astaghfirullah..ingin diluah kepada yang bernama makhluk, terasa tidak patut membebankan mereka. Ya, seringkali tertewas di atas sejadah, tika mengadu kepada-NYA, tika cuba mengumpul kekuatan dari-NYA.

Selalunya detik itu barulah menyebut
Asma Allah yang di seru
Itu aku kita semua
Selalunya detik itu barulah terkenang
Sifatullah yang teragung
Itu aku kita semua

Benar ini hakikatnya
Malu pada-Mu oh Tuhan
Benar ini pengakuan
Ya Allah ampunilah

(Selalunya-Zaidan)

Namun, selalunya, kelam itu pantas beredar. Mereka2 yang berada di sekitar, sering menjadi motivasi, sering membekalkan semangat, walau tanpa disedari oleh mereka. Benar, semangat itu datangnya dari Allah, mereka menjadi pengantaranya. Walaupun dengan hanya satu senyuman, sesungguhnya ia mampu menyegarkan semangat yang kian layu. Ya, kadangkala dengan hanya melihat wajah2 mereka yang berada di sekitarku, aku beroleh kekuatan utk terus bergerak, meluruskan kembali niat di hatiku. Dengan hanya satu panggilan ke kampong halaman, rasa lemah itu pudar dan sedikit demi sedikit kekuatan kembali hadir ke dalam diri. Allahu Akbar! Besarnya kurniaan Allah. Allah tidakkan pernah meninggalkan hamba-NYA sendirian, selagi mana kita tidak melupakannya.

Terima kasih buat sahabat2 yang berada di sekelilingku, terutamanya housemate2 aku. Ya, mereka lebih banyak melihat betapa tunggang-langgangnya hidupku sejak memikul tanggungjawab sebagai pelajar master ni. Baru bergelar pelajar, kalau dah kerja, berkeluarga nanti, tak tau la camna jadiknya. Huhu..

“Ahh..bosannya belajar. Bila la boleh kerja ni?” keluh si pelajar.

“Ahh..penatnya bekerja. Alangkah indahnya zaman belajar…” keluh si pekerja pula.

Sesungguhnya manusia tidakkan puas dengan apa yg ada di tangan, sering melihat indahnya barang yang tiada di tangan, selagi tidak didatangkan syukur di dalam hatinya..

4 comments:

raihana said...

sabar ye kak.. bila bc, terasa sesak dan merasai keluhan tu. insyaAllah ada 'sesuatu' yg sedang menanti yang kita tak tahu.cuma untuk memujuk diri untuk terus 'stay alive' dalam gelanggang ni meletakkan 'nilai' seseorang individu dalam Allah mengangkat martabatnya dengan berilmu.

sungguh asmaul husna NYA antara penguat diri sendiri.. (T_T)

Sifrulmind said...

No pain, no gain. =D

FairuzMatori said...

cik zar!anda hebat. inshaAllah Tuhan ade bersama anda. dan semuanya akan berakhir dgn kebaikan yg melimpah2.gambatte ne! :)

Sifrulmind said...

Mekasih Yuz!! Heee..