Dalam duduk seorang diri (selepas server Cadence ni buat hal dan langsung x bleh buat keje..), aku teringat kembali salah satu isi perbincangan usrah pada minggu lepas. Virus2 ukhwah, berdasarkan buku karangan Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah. Salah satunya ialah tidak santun dalam bicara: Bercanda secara berlebihan. Aku pernah bercerita tentang etika bergurau-senda sebelum ini, Cuma nak tambah sikit je. Nota peringatan buat diri sendiri, dan kalau orang lain boleh mengambil manfaat, itu adalah lebih baik.
“Canda ringan dalam batas kesopanan dan tidak keluar dari ruang lingkup yang benar akan menambah kelnturan dan kehangatan hubungan ukhuwah. Sebaliknya, canda yang berlebihan dan melampaui batas kesopanan akan mempercepat kehancuran ukhuwah.” (Virus-virus Ukhwah)
Dalam bergurau, memang seringkali lupa diri. Perkataan2 yang kurang enak didengar sering meluncur laju dari mulut tanpa ditapis atau dikawal, sehingga sering mengguris hati sesetengah pihak. Gelak ketawa apatah lagi. Ahh..belayar di dunia ketawa sebentar.
“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” (Imam Al-Ghazali)
Menghisab diri. Aku memang suka bergurau. Sampaikan kadang2 bila aku cakap serius pun orang ingat aku bergurau. Parah sungguh. Lepas gurau2, mesti akan ketawa. Bukan tak tahu ketawa berlebihan itu akan menggelapkan hati, tapi bila dah bergurau tu, seakan-akan terlupa. Opss..bukan seakan-akan, tetapi MEMANG terlupa. Ketawa sampai menangis-nangis (Mmm..aku senyum pun bleh menangis. Camna plak tu? Huhu..). Betullah apa yang Saidina Umar kata, gurauan itu mengalihkan, berdasarkan maksudnya dalam bahasa arab; al-muzaah=alih. Bukan sahaja mengalihkan orang dari kebenaran, malah mengalihkan aqal manusia dari waras kepada tidak waras. Owh, masih tidak sedarkah wahai diri??
Pabila melihat maksiat pun tidak terkesan apa2 di hati, pabila tidak terasa utk bertaubat apabila melakukan kesalahan, pabila rasa seronok dengan dosa yang dilakukan, pabila hadir perasaan benci kepada kebenaran dan sering menghalang kemaraannya, serta suka bertengkar pada perkara yang tidak member manfaat kepada agama, ingatlah wahai diri bahawa hati itu semakin gelap dan rosak. Bagaimana mungkin kita masih selesa bergelak ketawa sedangkan kita tahu bahawa hati itu semakin gelap setiap kali kita ketawa secara berlebih-lebihan. Mana mungkin kita masih seronok bergelak ketawa sedangkan kita tidak tahu nasib kita di Sana. Astaghfirullahal’azim.
Memandangkan azam untuk menjadi lebih ‘serius’ masih belum tercapai, aku akan teruskan usaha untuk mencapainya. Selepas ini mungkin aku akan kurang bergurau (semakin matang?? Haha..). Makanya, jangan hairan ya sahabat2 kalau sahabat kalian ni jadik pendiam sikit. Hehe..
Namun, jika diri ini terlupa, peringatkanlah diriku wahai sahabat. Cukuplah peringatan Rasulullah ini kalian ualng utk diri ini, semoga menjadi peringatan bersama;
“Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Lepas ni lebih banyakkan senyum yer daripada ketawa. Hehe..
***Teringat (mode flashback je pg ni..) satu video ‘prank’ yg aku tengok beberapa bulan lepas. Seorang hamba Allah ni menakutkan kawannya sehingga kawannya lari ketakutan. Dalam keseronokan hamba Allah ni menggelakkan sahabatnya, tak disangka kawnanya tu berlari melintas jalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Natijahnya? Kawan tu mati dilanggar kereta. Dahsyat bukan? Ini bukan sahaja memutuskan silaturrahim, malah memutuskan nyawa dari badan. Huhu..
5 comments:
betul2..gaya upin ipin..eh jangan gelak..senyum jer...
*senyum...(n_n)
*mmg btol kak z suka bergurau, kdg2 smp xtahu yg mane 1 yg serius, act sy selesa dgn cara kak z...cma 1 hal yg pasti time 't****n' jgn cube2 test akak, naye nt...hoho...
*pndpt yg sy rase mcm ni,"klu seseorg itu benar2 bahagia dengan hidupnya, dia pasti akan membawa keceriaan di mana saje dia berada, dlm kalangan siapa pun dia berkawan, ajaibnya dia tak perlu bergurau pun namun org akn ceria bila berada disisinya"
*hehehehe...
Q'A: soklan cepumas--->nape kucing comel? dia x senyum pon dia msh comel jgk?
Uits aini, akak jugak garang ok!!
Ok2, lepas ni kena buat test 'tahap kebahagiaan'. Output dia adalah dengan melihat tahap keceriaan org di sekeliling. =)
**Jawpn soklan tu = Sbb akak bubuh gambaq kucing comel. Kalau bubuh gambaq kucin kurap, sure org kate x comey. Huhu..Agak je.
Allah ciptakan setiap makhluk dgn 'kecomelan' yg tersendiri. Comel tu kan abstrak. Kalau mindset kita kata comel, comel la dia...
*ye2, kita bleh test tahap kebahagiaan pasni..
*sukenya ayat ni,
"Comel tu kan abstrak. Kalau mindset kita kata comel, comel la dia..."
JADI, akak tlg setkan mind bagi kategori comel+baik hati utk AINI jgk deh...hikhik
mau jd serius kah? stuju2..
tp k... hang kalo siyes mcm harimau nk mkn org.
gerun~~~
org len nk kuar sepatah perkataan pun takut.. mati trus perkataan tu.
anyway.. truskan ushe..
kdgkala diam dan senyum adalah respon yg baik.. chaiyok~!!!!
Post a Comment