RSS

Sunday, April 12, 2009

Etika Senda-Gurau

Senda-gurau perlu dalam mengutuhkan sebuah ikatan, terutama ikatan persahabatan, kekeluargaan dan persaudaraan. Tidak dapat dibayangkan sebuah persahabatan yang serius sepanjang masa. Senda-gurau juga pengubat duka. Senda-gurau pencetus kepada gelak dan tawa. Gelak tawa telah terbukti secara saintifik mampu mendorong seorang pesakit sembuh dengan lebih cepat. Oleh itu, jangan terlalu kedekut utk sekurang-kurangnya menguntum sebuah senyuman.

Namun, Rasulullah telah mengingatkan kita, utk tidak terlalu banyak bergelak-ketawa. Gelak dan tawa terlalu banyak mematikan hati. Oleh itu, berpada dalam ketawa. Untuk itu, kita perlu berpada-pada dalam bergurau. Dr Yusuf Al-Qardhawi telah
meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda :
"Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)


Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : Surah al-Hujurat)

Nabi saw bersabda:
Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata maksudnya “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda
: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)


Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;
Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:
Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”(Hr Ahmad – sahih)


Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt maksudnya:“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : Surah an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:“Masukkan lawak dalam ka
ta2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-‘As berkata:“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.”



Note 1: Satu muhasabah untuk diri. Koreksi diri untuk membaiki diri, insyaAllah.

Note 2: Selepas ni aku akan jadi lebih serius. Hehehe...fs25

1 comments:

mama safura said...

ok!!
serius2...

sempena xm ni, hamba mohon ribuan kemaafan dr tuan hamba
selama ni mana2 gurau2 yang terlebih2 tu harap dimaafkan