RSS

Saturday, April 25, 2009

Hari Ini Aku Pulang ke Johor...


"Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (utuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta, tidak mungkn sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya."
(Asy-syahid Dr Abdullah Azzam, Afghanistan)


SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Akhirnya tiba jua masanya. Harini, 25hb April, aku akan bertolak pulang ke kampung halaman, insyaAllah. Walaupun report fyp aku masih belum selamat dihantar ke pejabat, even tarikh last hantar report semalam, (Asyik la jadik special kes aku ni...), tapi aku tetap mahu pulang. Setakat pagi ni je, ntah dh berapa kali orang2 di rumah sms tanya (walaupun dah dijawab banyak kali..), samada dah naik bas atau belum. Membuatkan aku semakin tak sabar nak balik.

Nampak tak rumah tu melambai-lambai??? Berhari-hari melambaiku di YM.


Dan malam tadi, tatkala mengemas bilik selepas kembali dari farewell dinner batch kat Hotel Sunway, terjumpa beberapa album gambar. Belek2 gambar jap, jumpalah beberapa gambar masa muda2 dulu. Gambar time sekolah (ntah camna leh terbawak ke sini..), gambar time matrik, gambar time 1st year (dengan kawan2 yang muka innocent sungguh..), 2nd year, 3rd year, 4th year. Setiap tahun berubah. Owh, macam baru terperasan, rupa-rupanya aku dah habis tempoh belajar utk BEng Electronic Engineering. Masa berlalu sangat pantas? Mungkin ya, mungkin tidak. Tak kiralah masa tu berlalu cepat atau lambat, tapi yang paling penting, bagaimana masa itu dihabiskan.

"Akan ditanya di sana nanti, ke mana masa mudamu dihabiskan?? "

Ok, memandangkan masa cam dh lewat (sebab bas aku insyaAllah bertolak kul 9.30pg ni), makanya aku pendekkan post. Nk buat ucapan sikit kot.
  • Mohon ampun pada semua atas sebarang kesalahan yang kau lakukan, samada yang aku sedar atau tak. Dh lama idup bersama, tipula kalau tak pernah terasa hati. Mintak maaf bukan bermaksud utk mengulangi balik perbuatan tu. Let's clear our mind.
  • Pada shbt2 4th year, selamat berjaya dalam apa jua lapangan yang korang ceburi. All the Best!!
  • Arr...pe lagi nak cakap? Kepala tengah fikir nak balik je ni. Hehehehe...

Okla, sebagai penutup utk kali ni, gabungan 3 lagu yang sejak akhir2 ni aku suka dengar. Saje nk kongsi lirik dia. Ok, Wassalam...

ANUGERAH YANG TERINDAH (Fatih)
Sayup pandang sang malam
Membawa diriku mengingatkan ku pada diri-Mu
Aku pun mulai berkhayal apabila semua berawal dan berakhir bahagia
Sungguh indahnya bila semuanya berjalan tanpa ada duka
Tapi semuanya pasti ada problema yang terjadi pada diri kita

Anugerah yang terindah yang kini ku anggap
Adalah saat diriku mulai berubah
Anugerah yang terindah yang kini ku anggap
Satu mulai semua hidup yang baru

BERUBAH (Edcoustic)
Dimana aku berdiri saat ini aku sadar
Aku hanya manusia sekecil ini yang tak punya nyali sama sekali
Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

FUTUR (Fatih)
Kadangku merasa bimbang
Berada di dunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Di jalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya kerna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
yang masih cuba membimbingku

2 comments:

Anak emas said...

Alhamdulillah... dpt gak akak sorg ni balik ke rumah..
jgn lupe dtg cni balik...
hmmm...

Sifrulmind said...

Alhamdulillah...nasib baik jumpa jalan balik ke kampus ni. Kalau tak, duduk kat Johor je lah. Hehehe...