Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya
“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)
Sifrulmind namaku. Mengapa sifrulmind? Minda kosong tatkala hati tidak tenang menyedarkan diri untuk mengisinya dengan sesuatu yang selayaknya.
>> Itu nama yg aku bg sendiri. Nama yg orang tersayang bg adalah Zarina binti Tardan. Anak Jati Johor, namun sentiasa menghabiskan sisa-sisa hidup di perantauan.
Masih belajar untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik,
dan akan terus belajar kerana belajar itu satu kewajipan <<
Bekas pelajar SK Serom 8 (93-98),
SMK Tun Mamat (Wawasan 99-01),
Sultan Alam Shah Islamic College (Sains 7, 2002/03),
Kolej Matrikulasi Melaka (F7P1 04/05). Universiti Sains Malaysia (ISM Kej Elektronik, 2005/09).
Dan sekarang masih lagi menuntut di USM.
Sejarah ringkas. =)
Semasa aku dalam proses untuk mendapatkan degree aku dulu, aku pernah diserang satu ‘penyakit’ yang agak pelik sikit. Susah untuk tidur malam. Kebiasaannya aku hanya akan tidur bila jam menunjukkan pukul 8pagi dan akan bangun semula area pukul 9.30pg untuk ke kelas (nasib baik kebanyakan kelas bermula 10pg ke atas time tu). Kalau takde kelas akan dilajakkan lewat sikit (untuk mengelak sakit kepala). Dan kitar hidup tu berulang setiap hari selama beberapa bulan. Kadang-kadang tidak tidur seharian kalau ada kelas seawal 8pg ataupun kalau aku terlalu tak mampu untuk ke kelas awal, aku terpaksa ‘memontengkan’ diri. Sedih? Memang sedih. Tak carik ubat? Tak jumpa Dr? Aku tak suka makan ‘dadah’ yang Dr bagi tu, nanti jadik ‘ketagih’. Haha..penat dh bertanya banyak tips untuk tidur awal. Ya, ada satu yang agak berkesan, Namun aku boleh kategorikan sama ja dia punya output. Tidur area kul 8mlm dan aku akan terjaga sekitar 1030mlm, then tidak boleh tidur sehingga 8mlm keesokan harinya. Sama kan?? Hahaha..
Namun, Alhamdulillah, sekarang semua tu dah jadik sejarah kot. Cuma sekali sekala je diserang tak boleh tidur malam (Rasanya pas duduk serumah dengan sahabat2 aku skg ni, semakin mudah tidur malam. Haha..). Bila aku fikir2 balik, kenapa aku boleh jadik camtu dulu?
2 minggu yang lepas. Pada hari jumaat, aku berjumpa seorang sahabat. Lama dah tak jumpa dan berborak panjang lantaran kesibukannya dan beberapa halangan. Hehe..alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa walaupun tempohnya hanya seketika. Borak punya borak, aku terkesan beberapa perkara pada dirinya. Dan sabtu yang lepas, di kala membelek2 majalah SOLUSI di rumah, aku terbaca satu artikel. Bertajuk: “Fikir Tapi Jangan Khuatir”. Berfikirlah dan rancanglah tentang hari esok namun usah terlalu khuatir. Kerjakanlah dan rancanglah dengan teliti apa yang ada di tangan pada hari ini, usah dikhuatirkan angan2/impian yang masih samar2.
Ok, apa sebenarnya yang aku nak cerita ni sebenarnya? Mula2 cerita pasal penyakit ala2 insomnia, then cerita pasal kawan aku, then cerita plak pasal fikir dan khuatir. Haha..aku memang tidak punya bakat untuk menerangkan sesuatu dengan teratur, namun aku cuba terangkan dengan sebaik2nya. Sapa yang tak paham leh angkat tangan untuk bertanya. Sapa yang rasa ada kerja lain yang nak dibuat, better buat keje tu dulu. Hehe…Ok, kita mulakan sekarang. Sepanjang beberapa bulan aku dihinggapi ‘penyakit’ susah nak tidur tu, ada sahabat yang bgtau aku yang aku terlalu banyak berfikir sampai tak boleh tidur (Sesungguhnya aku tergelak sungguh2 time sahabat ni bgtau sebab aku tak caya. Mintak maap yer pada sapa2 yang terasa tu. Hehehe..). Ya, aku bukan seorang yang suka berfikir. Sapa2 yang kenal aku, akan tahulah aku ni camna. Tapi memang benar pun kata sahabat tu. Memang kebiasaannya seseorang tu mempunyai masalah untuk tidur bila terlalu risau/banyak berfikir/banyak masalah (aku terkecuali. Hehe..). Then pastu, kesan dari badan kurang rehat, pemikiran jadik kurang waras. Badan jadik kurang sihat. Dan sesungguhnya, ketika inilah syaitan semakin mudah meracuni fikiran anak2 Adam ini. diracuni pemikiran manusia dengan pelbagai cara. Rasa mudah marah, emosi tak stabil, ditimbulkan rasa was2 dalam diri, rasa malas dan tidak bersemangat dan banyak lagi cara lain. Perangkap syaitan terlalu banyak dan kekadang tidak terkesan langsung oleh manusia. Benda niyang aku terkesan pada sahabat yang aku jumpa beberapa hari lepas tu. Ya, aku berani memperkatakannya kerna aku manusia biasa, pernah dilanda perkara yang sama. Mungkin sahaja di luar sentiasa ceria (Ye ke? Haha..), namun bukan itu yang lahir dari nubari (pinjam ayat cik Fiz jap).
“Fikir Tapi Jangan Khuatir”. Ya, tidak salah untuk berfikir tentang hari esok, merancang untuk hari esok, tapi jangan terlalu khuatir. Hari semalam telah menjadi sejarah dan esok masih tidak pasti apa yang akan berlaku. Hari ini adalah reality yang mesti dihadapi, dan tentunya berada dalam genggaman kita. Jangan dibuang hari ini kerna terlalu galak memikirkan akan hari esok, kesan tindakan kita pada hari esok, sehingga mengabaikan akan perkara2 yang kita perlu lakukan pada hari ini dengan apa yang ada di tangan kita. Memang benar, Sayyidina Umar, selaku Khalifah yg terkenal dengan sifat kepimpinan dan rendah dirinya pernah berkata (yg berbunyi lebih kurang camni),
“Aku takut untuk memanjangkan tidurku pada siang hari kerana aku takut urusanku dengan rakyat terabai, dan aku takut untuk memanjangkan tidurku pada malam hari kerana aku takut urusanku dengan Allah terabai.”
Untuk berjaya samada di dunia, memang banyak yang perlu dikorbankan. Apalagi bagi yang mengejar kejayaan hakiki di akhirat sana. Sesuatu yang “istimewa” tidakkan dapat diperolehi dengan mudah. Tapi perlu kita ingat bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang bnyk kelemahannya. Salah satunya adalah keterhadan dalam melakukan kerja, di mana manusia perlukan rehat dan otak manusia juga tidak mampu memikirkan terlalu banyak perkara dalam satu2 masa.
Walaupun ada yg dikurniakan oleh Allah nikmat mempunyai kemampuan utk berfikir lebih daripada manusia biasa, namun ia hanyalah untuk segelintir manusia sahaja. Kebiasaaannya, ia adalah terhad. Perkara yang telah berlaku, perkara yang sedang berlaku dan perkara yang akan berlaku, sukar untuk difikirkan sekaligus. Jika difikirkan sekaligus, bisa memudaratkan diri. Fikirkan satu persatu dengan teliti. Jika kita bijak mengatur masa, menyusun segala jadual kerja kita, kita juga perlu bijak menyusun “apa yang perlu difikirkan”, kerna apa yang terhasil dari pemikiran tersebut akan dilahirkan melalui apa sahaja yang kita lakukan. Manakan tidak, badan yang sihat dan cergas bisa sahaja dilemahkan oleh pemikiran yang lemah/letih. Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa tenaga lebih banyak digunakan jika kita berfikir, berbanding jika kita melakukan kegiatan fizikal. So, tidak kasihankah anda pada ‘otak’ kita? Tubuh kita mempunyai haknya yang tersendiri. Usah berlaku zalim dengan tidak mempedulikan hak2 mereka.
Malam tadi aku menghadiri Annual Grand Meeting (AGM, Muktamar, Mesyuarat Agong) untuk Persatuan Mahasiswa Islam USM Kampus Kejuruteraan. Tahniah bagi pimpinan yang telah turun dari takhta pemerintahan (Bleh ke guna perkataan ni?? Hohoho..), Dan tahniah wa takziah pada pimpinan yang baru dilantik. Saudara Khuzairi (Presiden), Saudara Sobri (Timb Presiden), Saudara Fatah (Setiausaha Agong), Saudari Syazwani (Bendahari), Saudara Fateh (SUK). Mohon maaf kalau tersalah eja nama atau tersalah nama. Neway, pada yang baru ‘melepaskan’ jawatan, tugas antum secara portfolionya memang dah habis tapi tugas hakiki masih tergalas di bahu. PMI adalah platform sementara tapi dunia ini adalah platform yang sebenar-benarnya. Bagi yang baru first time berada dalam pimpinan PMI, clearkan dahulu pemikiran antum dengan halatuju dan matlamat PMI itu sendiri. Hanya orang yang “kurang cerdik” sahaja membuat kerja tanpa halatuju dan matlamat. Fikirlah apa yang sepatutnya untuk merealisasikan matlamat tersebut tanpa mengabaikan hukum syara', namun usah terlalu khuatir dengan apa yang masih lagi tidak pasti.
*Maaf pada pimpinan yang lepas dan juga urusetia AGM malam tadi kerna aku membuat onar di sana. Sesungguhnya tidak terniat nak salahkan sesiapa, just terfikir, sebuah persatuan yang memperjuangkan profesionalisme dan pentarbiyahan namun tidak bersifat sedemikian rupa dalam menghidangkan apa yang dilakukannya dalam masa setahun. Walaupun bagi sesetengah orang perkara ini perkara remeh, membuang masa, namun bagi aku ia seolah-olah “satu penipuan”. Maaf kalau kata2 ini terlalu kasar, namun kita telah diperingatkan untuk memperkatakan kebenaran walaupun hakikatnya ia adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Maaf sekali lagi. Astaghfiruka wa atubu ilaik. Wassalam..
Wslm. Takdelah smash depa, x pandai nk smash pun. Just "tampar2 manja" ja. Lgpun ni pertama kali berpeluang bertanya soklan setelah 5 AGM kuhadiri. Huhu..
(1st time AGM yg dihujani pelbagai soalan. Huhu..)
Utk pengetahuan pembaca2 blog sume,dia xleh tnye soalan sebab masa AGM lepas dia duduk kat depan...menerima "tamparan2 manja" tu... -new mission, 'no more TECHNICAL difficulties please'- [bila dah turun bawah ni baru nak nampak atas, masa kat atas bukan nak tengok keliling...insaf...]
6 comments:
salam
em,rugi lak x p agm tu, nk tau apa yang onar dibuatnya???
mesti pimpinan lepas kena 'smash'...zas
salam,
rugi org xdatang...dpt tgk pelbagai aksi agm pmi ke 9...
pehh...pedih2
Wslm.
Takdelah smash depa, x pandai nk smash pun. Just "tampar2 manja" ja.
Lgpun ni pertama kali berpeluang bertanya soklan setelah 5 AGM kuhadiri. Huhu..
(1st time AGM yg dihujani pelbagai soalan. Huhu..)
Utk pengetahuan pembaca2 blog sume,dia xleh tnye soalan sebab masa AGM lepas dia duduk kat depan...menerima "tamparan2 manja" tu...
-new mission, 'no more TECHNICAL difficulties please'- [bila dah turun bawah ni baru nak nampak atas, masa kat atas bukan nak tengok keliling...insaf...]
Post a Comment