RSS

Saturday, April 24, 2010

Aku pilih yang Hijau Putih


Hijau+Putih. Kombinasi yang menarik. Aku memang minat dengan hijau putih ni. Tak tau sejak bila. Dulu time aku kanak2, aku tak suka hijau putih ni. Aku lebih suka yang merah. Biasala, budak2, mudah tertipu. Warna merah kan terang, Nampak macam best je kan. Tapi sapa yang sampai tua ni pun masih tertipu dengan warna2 yang menarik ni, boleh cek balik kot. Kalau setakat minat, xpelah, x jadik masalah. Hehe..


Bila dah mula kenal dunia ni, aku jumpa banyak jenis rupanya benda ni. Ada yang hijau, coklat putih, kelabu, purple, kuning, biru muda. Tapi aku tetap suka dengan yang warna hijau putih ni. Semacam ada sesuatu yang mengikat aku dengan yang warna hijau putih ni. Sualah yang warna apa sekalipun, aku tetap pilih yang hijau putih.


Semalam, sepetang aku mencari, tapi akhirnya kempunan. Aku tidak ketemu dengan yang hijau putih. Malah yang warna2 lain pun xde. Mana mereka semua pegi? Takkan semua turun ke selatan kot. Setibanya di rumah, aku meninjau2 di google, mencari yang hijau putih ni. Nah, akhirnya aku ketemu dengan resepi bawah ni. Bleh tengok ja sebab rumah sewa tak punya kelengkapan yang cukup utk buat eksperimen. Takpe, mehla same2 belek resipi buat kuih seri muka ni. Bila ada peluang nnt, bolehla buat. Huhuhu...



Resipi kuih Seri Muka


Bahan lapisan bawah:-

  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-

  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)


Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

3 comments:

Anonymous said...

salam.ingtkn org tu buat kuih, rupanya just 'buat' resepi'. huhu,nice job.

Sifrulmind said...

Salam.

Tak dapat nk buat, dapat carik resepi pon okla. Alhamdulillah, harini berjaya 'buat' kuih tu kat pasar malam. Huhu..

mama safura said...

jom2, kite try resepi makcik zarina ptg ni.. nyum3.. sedapnyerrrrrrrrrrrrrrr