Suatu malam, aku dan beberapa orang sahabatku telah pergi ke sebuah majlis. Acara wajib dalam mana2 majlis orang Melayu, mesti ada makan2. Makanan malam itu agak enak, dan salah satu menunya adalah sup sayur (nama ja sup sayur, tapi ada daging dan ayam dalam tu. Huhu..). Sambil menikmati makanan, kami berbual-bual. Dalam berbual-bual, timbul kisah seseorang. Perbualan menjadi hangat. Pelbagai cerita mengenai dirinya keluar. Dalam kehangatan berbual, aku ingin menambah sup sayur dan time korek2 mangkuk tu, tiba2 terjumpa cebisan daging. Terpana sebentar. (Jap, ni daging lembu, ok!! Jangan fikir bukan2.). Aku menoleh kepada sahabat di sebelah, lalu berkata, “Cuba bayangkan, ni adalah daging orang yg tengah kita cerita ni. Sanggup nak makan??”. Jawapannya, korang jawab sendiri. Yang pasti, selepas pertanyaan aku tu, depa tak makan daging dalam sup tu.
Makan dengan rendang daging rusuk
Sedap sungguh mengumpat dan membalas
Tak sedar diri dah makan daging busuk
Huhuhu…
Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelek budi pekertinya serta kotor lidahnya”
"Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian lidahnya. "(Hadis Riwayat Tirmizi).
Rasulullah s.a.w juga bersabda: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat Tirmizi).
Sabda Baginda lagi: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan oleh Baihaqi).
Pada sahabat di sekitar diri ini, bantulah jua diri ini untuk meralisasikan hari2 tanpa jenayah lidah dan telinga. Ya, bak kata cik fizah, tak ramai yang baik, tapi ramai ingin jadik baik, dan aku salah seorang yang ingin menjadi baik. Oleh tu, marilah kita saling bantu membantu dalam mengerjakan perkara2 yang baik ini. Akhir kata, marilah kita sama2 hayati dan tadabbur makna surah al-‘Asr, surah yang sering kita baca.
4 comments:
Assalamu'alaikum.. Astaghfirullah,.astaghfirullah..astaghfirullah.. Sy cdangkan time mkn bukak satu topik usrah. wahaha... Sama2 kt berusaha... Didik diri kita untuk berhenti mengumpat, latih diri kita utk berbaik sangka. I-Allah...
Wslm.
Ok, cadangan yang baik. Makan malam nanti bukak satu topik yang baik ok. Carik isi2 dia siap2 yer. Kita kongsi sama2.
salam sis, u now wut,em, that pic arrr,the 'ran n shinichi' pic tu, buat saye bace entri ni dgn very high passion nye, dgn harapan agar ade disebut 'conan' atau 'shinichi' dlm sini, tapi ...isk2...adeess...kuciwa saye...tipah tertipu...
BUT anyhow, even bukan entry pasal shinichi tp mantop la kak... ini entri berkait rapat dgn penyakit muda mudi juga tok2 dan nek2... semoga saye mengambil iktibar...astaghfirullah...
p/s: maaf kepada pencinta bahasa melayu
Haha..sebab tu awal2 dh habaq, itu hanya gambar hiasan. Aisehh..sama ja ngn kak ifah kamu tu, tertipu ngn gambar si shinichi. Cita pasal depa kita cerita len kali yer. Hehehe..
Post a Comment