RSS

Tuesday, April 27, 2010

Patah Hati



Patah Hati

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

NYANYIAN: SAUJANA
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

((Lagu yang aku baru dengar. Sila abaikan rangkap pertama dan kedua, tiada kaitan dengan post aku kali ni. Harap maklum..sape nak album dia, bleh habaq kat aku))

Lebih kurang jam 11.15mlm, aku tiba di rumah sewa. Baru pulang dari perjumpaan mingguan HPA. Err...sejak bila aku aktif dengan HPA ni? Ohhoo..sebenarnya malam ni merancang untuk ke kelas bahasa Arab, tapi lepas maghrib aku dapat makluman bahawa kelas dibatalkan. Kebetulan, beberapa minit sebelum sms pembatalan tu aku terima, housemate aku mengajak utuk menghadiri perjumpaan mingguan HPA, sebab ada seorang sahabat dari Nibong Tebal mengajak kami untuk datang sama. Oleh kerana malam ni aku dah spacekan masa utk 'berfoya-foya' (sepatutnya aku perlu berada di lab malam ni..), so aku terima ajakan akak tu. Dalam keadaan patah hati tak dapat pegi kelas Bahasa Arab (sebab minggu2 sebelum ni aku takda kat kampus..), aku pergilah ke perjumpaan tu. Banyak info yang aku dapat. Kebetulan, semasa pulang ke kampung aritu, produk2 HPA menjadi bualan hangat time kami sekeluarga berkumpul. So, dapatla jugak aku tambah pengetahuan tentang produk2 ni (orang lain lama dh tahu, aku je baru tahu. Ahli lelap. Huhu..). Pasni boleh la suggest kat orang2 rumah produk2 ni. Dan 'patah hati' aku tu bertambah pulih bila pada penghujung perjumpaan, aku dapat cabutan bertuah. SubhanAllah, dalam hati berduka, Allah kirim penawarnya, walaupun pada pandangan mata orang lain, apelah sangat. Mesti ade je yang kata, "Apa barang nak gembira dapat cabutan bertuah yang bape RM tu je." Oh sahabat, mari kita tengok betul2. Ya, benda2 kecil camtulah yang selalu orang terlepas pandang. Selalu sahaja kedengaran orang mengatakan mereka sering ditimpa musibah, tanpa datang pertolongan dari Allah. Sebenarnya, pertolongan Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin sahaja kita mengharapkan pertolongan Allah itu datang dalam bentuk A, namun Allah memberinya dalam bentuk B, kerana Allah Maha Mengetahui, sesungguhnya kita lebih memerlukan B daripada A. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kita jarang bersyukur kepada Allah. Betapa sombongnya kita jika kita terlalu sukar untuk mengucapkan syukur kepada-NYA. Astaghfirullah..

>> Mari kita sama-sama menghisab diri <<

5 comments:

iFaH sMiLeR said...

Assalamu'alaikum... cik Z yg lelap. hik3..
Next time dtg ah lg perjumpaan camtu
open ur mind with biz's person
take the knowledge n apply to others
x rugi pun
kalo bkn tuk awak
tuk org len
mne tau..
psssttt.. dpt adiah pe ye?
xmo share ke?

Sifrulmind said...

Ceh, nama itu sungguh 'menarik'.
Yolah, den poie lah len kali.
Tapi ekau toksah la nak ajak aku g perjumpaan mingguan eumora tu. Hahaha...

Hadiah dia? Haha..ko balik ar dulu rumah penang ni. Kalau de rezki, de la lg hadiah tu. Heee...

Anonymous said...

salam akak.. pasni kne promote k HPA kat sy.. share ape yg akk dh tau tu na.. jgn lelap lg ye.. =)tahniah2 dpt hadiah.. kte kwn kan..hee..share laa

iFaH-sMiLeR said...

hehe.. xpe la x mo g yg eumora
as long as cari ilmu dr situ
ilmu bkn hya d beri pd org islam jerk
so take the opportunity

dah smpi rmh nih.. mne adiahnye??

Sifrulmind said...

Haaa..hadiahnye sudah selamat bersemadi di dalam tubuh barangkali, menjadi darah dan daging. Tu laa, ang tinggalkan aku lama sangat. Heee...