“Aku cam tak sempat ja nk jumpa hang. Dah tengahari ni. Petang ni aku kena jumpa supervisor. Jumpa lain kali na. Hehe..”. SMS kuhantar.
“Ok,”. Keterima balasan. Ok, teruskan hidup seperti biasa.
Selasa
“Hang ok ka ni? Aku mai nek keta, bleh p skali,”
“Xpela, cam dh ok je. Sok de exam. Paper last.”
“Ok. Ikut hang la..”
Rabu
“Hang duduk bilik mana?”
“Bilik C5.”
“Katil no berapa?”
“Ntah le. Cam xde no je. Sebelah sinki ni,”
“Ok, kami carik satg,”
Setelah tiba di katil tersebut.
“Uits, awat suma orang tua, hang sorang2 ja orang muda. Aku tak kenai hang dari jauh td, ingatkan mak aji mana la plak dok baring kat sebelah sinki. Hua3..”
“@#$%&*!..”
3 hari berturut-turut aku terpaksa berulang-alik ke pulau. Isnin ke HSJ dan USM induk. Petang berkejar ke lab. Selasa, sekali lagi ke USM induk, menyelesaikan urusan yang tertangguh di sana. Sebelum itu, bertungkus-lumus di lab, menyiapkan design yang tak siap2 sampai sekarang (ntah bila nk siap). Dan hari ini, hari Rabu, aku terpaksa ke HPP plak. Adik aku terpaksa dimasukkan ke hospital sebab demam agak teruk/kuat. Dia terpaksa tinggalkan 1 paper yang sepatutnya dijawab pagi ni (Rabu). Takde rezki dia nk jawab paper tu, tunggu lain tahun jelah. Aku pulang awal dari sekolah, dan terus menuju ke HPP bersama sorang lagi adik aku (kami adik-beradik memang suka berkumpul area2 utara ni. Huhu..). dalam keadaan aku tak tahu jalan ke HPP, hanya berpandukan map yang diberi pakcik Google (walaupun akhirnya kami ikut jalan lain..), kami berserah sahaja pada Allah. Alhamdulillah, Allah utuskan 2 orang hamba-NYA untuk menolong kami tiba ke destinasi dengan selamat (depa siap tunjuk wad2 kat situ. Huhu..). kalau tak, mau jugak berasap kami carik wad adik aku ni. Huhu..pengalaman2..
Ketika di dalam wad, aku perhatikan sekeliling. Ya, adik aku seorang sahja yang berumur lingkungan 20tahun. Rata2 semua pesakit berumur 50 ke atas. Golongan warga emas. Kasihan. Ada yang terpaksa makan dan minum melalui hidung, ada yang hanya mampu berbaring, mengerang tak sudah. Memandangkan ketika itu waktu melawat, kelihatan beberapa orang ahli keluarga melayan pesakit yang ada di situ. Ada yang membantu menyuapkan makanan, mengurut-urut pesakit, membawa pesakit berjalan-jalan, dan pelbagai gelagat lagi. perkara yang sama juga aku lakukan ketika menunggu seorang sahabat menyudahkan pemeriksaannya di HSJ Isnin yang lepas. Pelbagai jenis bentuk sakit yang aku jumpa. Ada yang patah kai/tangan, ditebuk besi di anggota badan, bertongkat, dll. Menimbulkan keinsafan di dalam diri. Kurangnya rasa bersyukur di dalam diri atas nikmat kesihatan yang dikurniakan. Benarlah seperti sabda Rasulullah, 2 nikmat yang sering kita lupa ialah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan. Bila dua2 dah ditarik balik, baru rasa menyesal. Astaghfirullah..
Ok, post pendek je. Hanya sekadar sedikit peringatan untuk diri sebelum melelapkan mata yang seakan-akan tidak mahu terlelap malam ni.
“Ya Allah, telah terbenam segala bintang dan telah terlelaplah segala mata. Dan Engkau tetap hidup dan tegak perkasa, Tidak pernah mengantuk apatah lagi tertidur. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa
Tenteramkanlah aku di kala mengharungi malamn ini dan lelapkanlah mataku ini”
**p/s: Doakan kesejahteraan kesihatan untuk adik aku tu ya. Terima kasih banyak2. =)
0 comments:
Post a Comment