Semalam tidur lewat dan bermimpi, berjumpa semula dengan sahabat2 ketika bersekolah di Tun Mamat. Kebanyakan muncul, kecuali roommate aku (Mad ngn Sal) dan mereka2 yang bergelar muslimin. Aku ingat lagi nama muslimin ni, tapi kalau jumpa sekarang dah tak ingat muka kot. Fadzli, amiruddin, suffian, kashfi, ammar dan Izzat. 6 orang je, sbb tu aku ingat. Kalau ramai2, kompem aku tak ingat. Lagipun 3 tahun duduk 1 kelas. Kalau setakat 6 org ni tp masih tak boleh ingat, mmg kena cek balik aku punya memori ni.
Tiba2 nak gamit plak memori time sekolah kat sana dulu. Satu kelas de 36 or 37org kalau aku tak silap. 6 orang je lelaki. Yang lain perempuan. Perlu aku sebut satu2 ke semua? Rasa x yah kot, ramai sangat. Heee...
Guru kelas pertama, Ustaz Ibrahim Yahya. Tak tau ustaz kat mana sekarang. Tapi ustaz ni asai Kedah. Sapa2 tau Ustaz kat mana skang, bleh la habaq. Memang nak sangat jumpa ngan Ustaz Ibrahim. Ustaz berpindah time aku masuk form 4. Time tu aku pindah sekolah gak (cam dh janji plak nk pindah sama2. Hee...). ustaz Ibrahim memang baik. Begitu sabar mengajar kami Bahasa Arab. Bermula dengan zero, dan akhirnya, Alhamdulillah, boleh la bertatih-tatih dengan bahasa Arab ni. Salah satu sebab aku meneruskan pembelajaran Bahasa Arab ni adalah dengan nasihat beliau. Terima kasih ustaz..
Guru kelas time aku tingkatan 2 dan separuh tingkatan 3, ustazah Zailani Md Sidek. Sekarang ni masih lagi mengajar di Tun Mamat (mengikut maklumat yang adik aku berikan). Mengajar kami Pendidikan Islam dari form 1-3. Begitu sabar melayan kerenah kami yang ‘nakal-nakal’ ni. Huhuhu..actually, banyak kontroversi kelas kami ni. Yelah , satu2nya kelas aliran bahasa arab time batch kami. So, papehal jadik yang melibatkan kelas aliran agama, orang akan tengok kat kami, terutamanya bab akademik. Tapi Alhamdulillah, batch kami pecah rekod utk keputusan PMR. Daripada 37org, 11org berjaya dapat 9A. Sebelum2 ni paling ramai pun just 5 org je (tapi skg ni aku tak tau la bape rekod dia kan. Hehe..). Alahaiii...sejarah muda2.
Sorang lagi guru kelas, Cikgu Aris Mahbat (budak2 kelas lain suka tukar Mahbat kepada Mohabbatein. Huhu..). Beliau hanya bertahan selama stgh tahun menjadi guru kelas kami ketika aku form 3. Tak tau pe sebab (mungkin tak serasi kot dengan kami), beliau berikan post guru kelas tu kepada Ustazah Zailani. Tension kot jadik guru kelas kami. Haha..Kami panggil cikgu ni Bapak, sebab beliau suka panggil kami anak-anak. So, bila orang anggap kita sebagai anak, kita perlu anggap dia sebagai bapak/ibu, Ye dak? Hehehe...
Cukuplah cerita pasal guru kelas time aku menengah rendah. Mimpi2 semalam membuatkan aku teringat akan pendidik2 yang member impak besar dalam kehidupan aku. Ustaz Ibrahim yang mendidik kami dengan penuh sifat kebapaan, bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi. Aku sangat hormat dan kagum dengan beliau. Serius, perwatakannnya memberi impak yang besar pada diri aku. Kebanyakan perkataan yang lahir dari mulutnya adalah perkataan2 yang positif. Teringat kenangan berbuka puasa di rumahnya. Sanggup kami berjalan kaki ke rumahnya ketika bulan puasa semata-mata utk berbuka puasa, dalam bulan puasa yang terakhir kami di bumi Tun Mamat. Juga seorang warden yang sungguh sporting. Ustazah Zailani, dalam ketegasan keutuhan pendiriannya, sempoi je mengajar kami. Nak dapat A? Just ikut je apa yang ustazah ajar. Hehe...best!! Tak bleh nak diungkap dengan kata2. Haha... Cikgu Aris, guru matematik yang pakar, punya hati yang sensitive. As anak2, perlu bijak mengambil hati Bapak. Bertugas sebagai ketua kelas semasa beliau menjadi guru kelas, meninggalkan banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Hehehe....
Harini hari mengundi di Sibu a.k.a Hari Guru. No wonder la aku bermimpi tentang zaman2 sekolah dulu. Mimpi aku biasanya akan ikut tema hari2 istimewa ni. Huhu..ntahpape. kalau xde pape event, biasanya mimpi pon biasa2 jek. Owh, sudah2!! Merepek sudah. Sebagai penutup cerita kot, aku teringat kata2 Allahyarham Ust Rahmat Abdullah, bila ditanya kenapa beliau begitu berminat menjadi pendidik. Point dia lebih kurang camni;
“Justeru jadi guru itu hartanya banyak, Ngasik ilmu saja kerjaannye,”
0 comments:
Post a Comment