Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi: 28)
Minggu lepas hanya keluar cadangan untuk dipertimbangkan. Minggu ni, akhirnya, BERJAYA telah berjaya dapat lesen ‘penghalalan’ judi bolasepak di Malaysia. Lepas ni aku tak tau lesen pe lagi kerajaan Malaysia nak bagi, untuk melonjakkan ekonomi Negara, kononnya.
Tak ramai orang yang tahu tentang ‘penghalalan’ judi ni. Aku cuba cari laporannya di media2 yang slalu orang tengok. Semua rangkaian TV yg free, xde satu pun lapor tentang benda ni. Surat khabar pon sama. Berita harian, utusan (suratkabo yang orang ramai slalu bace..) pun xde gak cite pasal ni (tapi tak tau la kalau aku terlepas pandang. Huhu..). Kalau aku tanya org2 kat kg aku, kompem depa x tau. Kesiann..
Aku boleh terima kalau kerajaan tak mampu nak mansuhkan lesen2 judi yang selama ni memang dh ‘dihalalkan’ kat Malaysia. Mungkin atas sebab tak mampu sebab dah lama dh bertapak di Malaysia, akan timbul efek yg besar. Tak boleh nak tarik balik sekaligus. Tapi sesungguhnya aku tak boleh terima langsung bila diwujudkan satu lagi lesen judi yang sah2 namanya judi. Dan aku sekali lagi kecewa dengan kebanyakan mufti2 negeri di Malaysia yang duduk senyap, tak buat bantahan. Bukankah sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim?? Pengharaman judi itu diturunkan oleh Allah. Hukum halal-haram itu adalah hak Allah. Kenapa sanggup memperkotak-katikkan hukum Allah? Astaghfirullah..Ni bukan soal parti ke, soal bangsa ke, tapi ni soal agama.
Alasan yang diguna utk ‘menghalalkan’ judi ni adalah, untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Satu lagi kenyataan yang aku tak boleh nak terima, bila Awang Adek ni habaq, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. (So, aku tak heran la kalau sukan kat Malaysia ni x maju2, sebab asyik guna duit haram je. Huhu…)
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.”
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,". (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein)
Dari sekolah rendah diajar utk kita berfikir di luar kotak, berfikir jauh ke depan, tapi bila dah jadik menteri, kenapa berfikir terlalu singkat? Astaghfirullah…
“Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)
Baik benti sini. Perasaan marah meluap-luap. Nanti tak terkawal plak. Kata akhir, "Haram, haramkah judi... (dengan nada lagu Melly Goeslow, lagu 'Haramkah')"
Apa kata, hang amik keris tu dan p 'rodok-rodok sayang' kawan2 yang setuju 'halalkan' lesen judi tu?
(Rasa2 nnt de orang buat laporan polis tak yang aku buat ugutan/hasutan berbaur pembunuhan? Heee..)
Semua dijemput beramai-ramai utk join demonstrasi bantahan ni. Ini demonstrasi secara aman ya..
(Rasa2nya depa akan kata ini Perhimpunan HARAM. Mmmm...kita tunggu)
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah...
0 comments:
Post a Comment