Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya
“It wasn’t a gamble. Besides I just watched my friends work and had faith in them, that’s all. Even without words, I knew these guys would understand.” (Shikamaru-Naruto Shippuden: 195)
Sifrulmind namaku. Mengapa sifrulmind? Minda kosong tatkala hati tidak tenang menyedarkan diri untuk mengisinya dengan sesuatu yang selayaknya.
>> Itu nama yg aku bg sendiri. Nama yg orang tersayang bg adalah Zarina binti Tardan. Anak Jati Johor, namun sentiasa menghabiskan sisa-sisa hidup di perantauan.
Masih belajar untuk menjadi seorang Jurutera Elektronik,
dan akan terus belajar kerana belajar itu satu kewajipan <<
Bekas pelajar SK Serom 8 (93-98),
SMK Tun Mamat (Wawasan 99-01),
Sultan Alam Shah Islamic College (Sains 7, 2002/03),
Kolej Matrikulasi Melaka (F7P1 04/05). Universiti Sains Malaysia (ISM Kej Elektronik, 2005/09).
Dan sekarang masih lagi menuntut di USM.
Sejarah ringkas. =)
"Kepada yg mempunyai sangka buruk pd kawan dan ahli keluarga. Ingatlah teori 'Apa yg kita fokus akan kembang.'
Titik hitam di papan putih akn nampak besar kerana kita terlalu fokus pdnya. Begitu juga dengan hubungan sesama manusia, jika terlalu fokus pd kelemahan drp kebaikan seseorang, kelemahan itu akan membesar sehingga menjadi satu masalah dan timbul perasaan benci semata-mata tertelan byk air liur beracun yg dihasilkan tanpa sedar, wahlal sebenarnya ia bukan masalah pun.
Belajarlah teknik memokus kpd putih di papan putih drp titik hitam yg menonjol. Sedarlah bisikan syaitan yg sentiasa bermain di minda utk asyik memandang ke titik yg hitam, walaupun putih itu jauh lebih meluas.
Setiap kita yg kecil ini ada kelemahan. Manusia ini pula ada sj yg boleh dirungut, sehingga org yg berjalan kaki dua tu ada yg rungut.
Fokuslah pd kebaikan, kawallah mulut dan minda - spy air liur racun tidak terhasil dan mengganggu emosi kita. Sekadar perkongsian utk semua." (Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)
0 comments:
Post a Comment