Aku melangkah keluar dari kedai
Buku Muaz di Pekan Baru Parit Buntar dengan senyuman. Ya, janji untuk tidak
membeli buku dalam masa terdekat ini nampaknya tidak dapat ditepati. Tujuan di
hati ke pecan tersebut adalah utk mengeluarkan duit dari CIMB yg terletak di
situ. Memandang kedai buku terletak berdekatan dengan bank tersebut, kaki
melangkah dengan mudah tatkala melintasi kedai buku tersebut. Mungkin kerana
memikirkan buku yang aku beli minggu lepas telah habis dibaca, hati memujuk
untuk membeli sebuah lg buku, buat peneman diri bermusafir mala mini.
Ya, kembali kepada cerita aku
keluar dari kedai buku tersebut. Menjinjing plastic berisi buku di tangan, hati
terasa gembira, dan melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja yg aku temui
sepanjang perjalanan ke tempat meletakkan motorsikalku. Melalui seorang makcik
yang baru sahaja keluar dari keretanya. Senyuman dilemparkan, dan senyuman
berbalas. Berbunga hati ini. Ketika tangan mencapai topi keledar di atas motor,
tiba2 makcik itu datang menegur aku.
“Assalamu’alaikum.
Eh, makcik mintak maaf yer. Ingatkan anak nak mintak derma tadi. Tapi pelik
pulak tak pegang apa2 bekas nk letak duit. Selalunya ramai je orang nk mintak
derma kat depan bank2 ni..”
“Arrrr…xpe2
cik. Xde pape pun. Ha ah, arini xde plak orang mintak derma kat depan ni.” Aku membalas.
“Makcik
mintak maaf la ye nak…” Makcik itu meminta maaf sekali lagi.
Aku hampir tergelak tatkala
makcik itu berlalu pergi masuk ke dalam bank. Aku melihat cara pemakaian aku. Ya,
aku memakai baju kurung dengan comelnya ketika itu kerana baru sahaja pulang
dari kenduri kahwin seorang sahabat. Adakah gaya aku memegang buku tadi
kelihatan seperti orang memegang buku minta derma? Atau, muka aku ni muka
mintak derma ka? Atau kerana senyuman menawan aku yang seolah2 ‘senyuman minta
derma’? Ohh..banyak sungguh prasangka yang bersarang di kepala.
Tidak kiralah apa yang makcik tu
fikir, tapi apa yang aku kagum dengan makcik itu ialah, dia segera meminta maaf
walaupun dia hanya ‘tersangka buruk’ dengan aku. Allahu Akbar!! Korang ada buat
camtu kalau korang berburuk sangka dengan orang lain, terutama dengan orang yg
korang kenal? BERTUAH!!! Takdanya kita nk mintak maaf. Aku pun sama kot. Huhu..
Memohon maaf itu bukan satu kehinaan, maka jangan malu untuk memohon maaf. Dan
jika kita mengharapkan orang lain memaafkan kita, maka, jangan lupa juga utk
mamaafkan kesalahan orang lain.
Lagi satu, tebarkanlah senyuman,
kepada orang2 yg selayaknya. Usahlah senyuman ditebarkan ketika kita
mengharapkan sesuatu sahja. Senyuman sesama muslim sekarang kelihatan sesuatu
yang ‘asing’, sehinggakan tatkala senyuman diberikan, seperti ada udang di
sebalik mee. Astaghfirullah..senyumlah, seikhlas yang mampu, kerna kita tidak
tahu, mungkin kerana dengan senyjman yang simple, mampu menarik hati2 tertentu
untuk mendekati Islam, insyaAllah..
Ok, sekian
untuk kali ini. Assalamu’alaikum..
**Keluar
dari kedai buku tersebut, menghala pula ke Pesta buku di pusat bandar, dan
sebuah lagi buku berjaya dirembat. Misi minggu
ini, menghabiskan bacaan 2 buah buku ini. Moga dipermudahkan…Ameenn..
0 comments:
Post a Comment