RSS

Wednesday, August 12, 2009

Transit: Qada' dan Qadar-NYA

Assalamu'alaikum

Bersiaran dari Melaka, sebelum pulang ke Johor. Sampai awal pagi area jam 430pg. Alhamdulillah, perjalanan yang tenang walaupun aku dikejutkan dengan beberapa berita. Berita pertama, sahabat baikku ketika di Matrik jatuh sakit. Bukan H1N1 tapi penyakit lain yang tidak memungkinkannya untuk bergerak aktif seperti biasa. Aku rasa sungguh bersalah sebabdah lama tak contact dia. Hampir sebulan tak tukar2 berita. Malam tadi tiba2 teringat dan tatkala dia membalas sms aku, aku terkedu. Termenung sebentar. Patutlah 2-3 menjak niaku teringat-ingat sangat kat dia, just tak berkesempatan nak gerakkan jari, taip sms or call dia. Rupa-rupanya dia sakit di sana. Buat pembaca blog ni, harap dapat doakan sahabat aku ni supaya dia cepat sembuh. InsyaAllah dia dijadualkan akan menghadiri majlis konvokesyennya di UPSI pada hari sabtu ni. Semoga diberi kekuatan kepadanya.

Dua minggu lepas, aku baru sahaja pualng ke Johor dan minggu ni, aku pulang lagi ke Johor :). Aku bercadang untuk pualng pada hari Isnin, tp terpaksa dibatalkan atas beberapa perkara. Ditukar ke hari selasa, namun hampir juga dibatalkan. Hari ini (Rabu) sebenarnya aku dijadualkan untuk menjalankan measurement terhadap beberapa sample yang dijadualkan telah siap beberapa proses semalam. Supervisorku memintaku untuk menghantar segala result eksperiment sebelum aku pualng ke kampung (Aku dah dapat cuti Rabu-Isnin. Hehe..). Namun, seperti biasa, bila bekerja dengan mesin ni, abnyak benda2 unpredictable berlaku. Selesai satu masalah, datang masalah lain, menyebabkan segala-galanya tak mejadi. dan dipendekkan cerita, dapatlah aku balik kampung malam td (Mmm..kalu tak paham cerita ni,abaikan je. Bukan point sebenar..). Ok, pe yang aku dapat simpulkan sepanjang 2-3 ari ni, jangan la bersedih kalau perancangan kita tu tak menjadi. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin sahaja apa yang kita suka itu mendatangkan kemudaratan kepada kita dan mungkin sahaja apa yang kita tidak suka itu mendatangkan lebih bnyk kebaikan kepada kita. Cam kes aku ni. Memang aku suka sangat bila Doktor bagi cuti, tapi akibatnya kerja aku banyak tertangguh. So, kena kerja keras untuk siapkan kerja. dan tentu sahaja aku tidak suka amat sangat bila sample2 yang aku proses tu rosak dan tak boleh diambil bacaannya, namun disebalik tu, aku dapat balik ke kampung lebih awal dari jangkaan. Best bukan?? So, jangna mengeluh jika ditimpa bencana. Bak kata dalam filem Ayat-ayat Cinta (ye ke tjajuk dia niek? Taram jelah...), Allah sedang berbicara dengan kita melalui ujiannya. Bagi aku, ujian adalah peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita meningkatkan darjat keimanan kita. So, dah diberi peluang, takkan nak sia-siakan. Ye tak?? Haha.."Cakap senang arr sis, try ko yang kena, baru tau camna..". Ok, cool2, rilek2, sabar itu adalah kunci utama. Berfikir dengan rasional, dan jangan sesekali lari dari landasan yang telah ditunjukkan oleh Allah. Sentiasa ingat pada-NYA, di kala senang atau susah.

bercakap tentang qada' dan qadar Allah, aku teringat satu persoalan yang selalu bermain-main di fikiran aku time aku kecik2 dulu. Kalau dah semunya ditentukan oleh Allah, so, apa maknanya manusia hidup kat dunia ni? Semuanya macam dah diprogramkan. Telah disusun skrip. Kalu dapat watak jahat, jahatlah dia. Kalau dapat watak baik, baiklah dia. Huhuhu..bahaya bukan pemikiran sebegini? Boleh merosakkan keimanan dan aqidah kita. Alhamdulillah, persoalan tersebut terjawab ketika aku menghadiri satu majlis ilmu dan beberapa hari lepas aku terbaca mengenainya lagi, tatkala aku tengah kalut dengan hal2 dunia ni. Hehe..ringkas tapi penuh makna. "Manusia diberi pilihan dalam hidup ini. Jika dia memilih yang buruk, maka buruklah akibatnya. Jika manusia memilih yang baik, maka baiklah akibatnya. Pemilihan itu penting, namun kesannya Allah yang menentukan samada akan seperti yang diharapkan atau tidak. Contohnya. Seperti kita makan. Kita punya pilihan untuk memilih makanan yang baik atau yang buruk. Jika kita pilih halal dan baik, insyaAllah impaknya baik kepada diri. Jauh dari api neraka. Tubuh yang sihat. Minda yang cerdas dan mudah terima ilmu. Namun jika makanan haram yang diperolehi, akibatnya adalah sebaliknya. Tapi, tunggu dulu. Dengan memakan makanan yang baik sahaja, tidak bermaksud orang itu boleh masuk syurga sewenang-wenangnya. Dilihat pula pada amalan2nya yang lain, hubungannya dengan manusia, Allah, alam. Dengan hanya makan makanan yang halal, tidak bermaksud anda tidak akan dihinggapi penyakit2 berbahaya. Dengan makan makanan halal, tidak semestinya anda mampu menjadi huffaz dengan mudah. Result disebalik semua ini hanya akan berlaku dengan izin Allah. Allah yang memnentukannya. Peranan kita adalah untuk berusaha ke yang terbaik. Manusia mampu membuat keputusan, tapi bukan menentukan apa yang akan berlaku.

Ahh..sudah2. Tadi rasa cam nak singgah jap je,menghilangkan kebosanan sementara bertolak ke Johor, tapi nampaknya dah meleret plak. Ok, sampai di sini sahaja, buat mengisi blog yang dah bape lama kosong ni.

wassalam...

0 comments: