Sebuah keluarga menuju ke sebuah temasya yang khabarnya menghidangkan pelbagai jenis bentuk hiburan dan hadiah yang menarik. Si ayah mula membayangkan akan hadiah kereta besar yang disediakn pihak penganjur untuk pengunjung2 yang mengambil bahagian dalam acara menembak. Si ibu pula mengidamkan ketuhar terbaru yang menjadi hadiah untuk pemenang pertandingan memasak. Si anak, iaitu si abang meluru ke tempat pertandingan gusti lengan kerana dia dimaklumkan hadiah wang tunai menanti para pemenangnya. Ya, memang benar hadiah itu ditawarkan. Bagi si kakak, tempat pertandingan menggubah buah-buahan dan bunga pula menjadi tumpuan. Hadiahnya bukan calang2. Satu set barang kemas, untuk tempat pertama. Juga disediakan hadiah saguhati. Si adik lelaki, merengek-rengek meminta si ayah membawanya ke tempat melukis kerana permainan yang menjadi idamannya selama ini dipertaruhkan untuk pemenang. Mereka semua punya angan-angan dan keinginan untuk mendapatkan hadiah2 yang ditawarkan. Namun, semua mereka hanya pergi ke tempat2 tersebut dan berlalu sahaja. Terasa ingin mendapatkan hadiah tersebut, namun tidak mahu menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan. Satu demi satu tempat pertandingan mereka lawati, dan akhirnya, tibalah waktu untuk mereka pulang. Temasya tersebut hanya berlangsung selama satu malam sahaja. Esok dan lusa tiada lagi temasya tersebut. Keluarga tersebut meninggalkan temasya dengan hanya makanan2 dan minuman2 ringan yang dibeli untuk menghilangkan rasa dahaga dan kebosanan ketika dalam perjalanan pulang. Pendek kata, mereka pulang dengan tangan kosong.
Ibaratkan keluarga itu adalah diri kita. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, adalah anggota badan kita. Temasya tersebut, adalah temasya ibadah yang Allah sediakan untuk kita. Bulan Ramadhan, bulan temasya ibadah. Semua orang telah maklum. Pelbagai ganjaran Allah sediakan untuk kita bagi sesiapa yang menginginkannya. Perasaan “INGIN” sahaja tidak cukup untuk merangkul segala macam “HADIAH” yang Allah sediakan. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya, dan melalui cara yang betul/benar. Setiap anggota badan kita berpeluang untuk memenangi hadiah yang Allah tawarkan. Peluang sahaja tidak cukup jika tidak diiringi dengan tindakan untuk mendapatkan peluang tersebut. Keinginan, peluang dan usaha. Jika berusaha pula, jangan mengharapkan “Grand Prize” jika usaha hanya sedikit, setaraf hadiah saguhati. Sunnatullah, siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih. Man jadda, wajada. Man zara’a, yazra’. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, mari berusaha tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan. Tinggalkan amalan2 yang membawa kepada perkara2 yang tidak baik, apatah lagi perkara2 maksiat. Ajakan kepada semua dan diri ini terutamanya.
- P/s buat sahabat2 yang de kat sekitar aku, ingatkan aku bila aku terlupa/melaghokan diri time bulan posa ni (Bulan2 lain pun tolong ingatkan jugak ek..)
- Ikhlaskan niat ketika beribadah/beramal. Setting betul2 niat, supaya sentiasa berada di siratol mustaqim (jalan yang benar).
0 comments:
Post a Comment