“Kartika ni orang mana? Orang Indonesia ke?”
“Eh, takdelah. Orang Malaysia, orang Pahang rasanya coz dia dibicara kat Pahang,”
“Owh, ingatkan orang Indonesia sebab nama ayah dia Sukarno.”
“Heeeee…..”
Sejak seminggu dua ni sibuk orang cakap pasal si Kartika ni, sebab Kartika menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebatan akibat minum arak. Ada yang sokong, ada yang bangkang. Ada yang kata diskriminasi pada wanita coz ramai je lelaki yang minum tapi tak dikenakan hukuman sebat (sebenarnya ade je lelaki yang kena hukuman sebat tapi tertangguh hukuman sebab dia buat rayuan. Lama kan proses rayuan??), de plak yang bangkang sebab katanya hukuman ni “terlalu kasar”, tiada unsur2 mendidik, de plak yang kata hukuman cam tu takde dalam perlembagaan hukuman syriah di Malaysia di Negara tercintaku ini iaitu Malaysia. Ada jugak yang kata hukuman tu tak adil. Waaa..macam2. Semua dengan pandangan masing2. Ada yang berdasarkan fakta, namun banyak yang dipengaruhi nafsu.
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
Hukuman yang dikenakan adalah denda dan sebat 6 kali. 6 kali amat jauh bilangannya jika nak dibandingkan dengan hukuman yang sepatutnya, iaitu sekurang-kurangnya 40sebatan dan tak lebih 80sebatan. Hukuman ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali, yang bermaksud;
“Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai."
Riwayat Muslim
Kesan buruk dari minum arak, tertlalu banyak. Manfaat? Sesiapa yang boleh bagi dia punya manfaat, sila bagitau aku. Apabila ada sesetengah umat Islam yang menyatakan arak itu adalah ubat, ketika mula2 arak diharamkan, Rasulullah telah menjawabnya;
"Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit"
(riwayat Muslim).
Memang hukuman yang dikenakan ke atas Kartika tu bukan hukuman hudud (sebab kalu nak kenakan hukuman hudud, sekurang2nya 40 sebatan, bukan 6 sebatan) tapi hukuman takzir (atas budi bicara hakim), apa yang aku nmpk ini adalah salah satu cara untuk membanteras masalah minum arak dalam kalangan umat Islam. Lagipun Kartika sendiri dan mengaku dan bersedia untuk menjalani hukuman tersebut. So, kenapa orang lain begitu sibuk nak mempertikaikan keputusan tersebut? Dalam menetapkan hukuman, tak kira soal jantina, tak kira pangkat, tak kira soal nama. Kalau dirasakan hukuman tersebut tidak adil, hukuman bagaimana lagi yang sesuai? Kalau kesan buruk ketagihan dadah boleh difikirkan secara logic aqal yang membawa kepada hukuman mati kepada pengedarnya, kenapa hukuman minum arak yang lebih ringan ditetapkan oleh mahkamah ini dipersoalkan? Berkaitan dengan persoalan kenapa si Kartika ni je yang kena, orang lain yang melambak-lambak minum arak tu tak kena, fikirlah elok2. Dalam kehidupan seharian, ramai sahaja orang yang menjadi pencuri, tapi cuba fikir, kenapa hanya sesetengah pencuri sahaja yang masuk mahkamah dan kena dikenakan hukuman? Sebab depa tak kena tangkap dengan polis, dan bila tak ditangkap dengan polis, takde kes, secara aotumatik tak masuk mahkamah dan tak kena hukum. Sama jugalah macam kes Kartika ni. yang lain tak kena tangkap (Samada takde pihak berkuasa yang nak tangkap atau orang lain buat2 tak tau je.). Soal penangguhan hukuman tu aku tak mahu sentuh, yang pasti hukuman perlu dijalankan. Kalau pasni hukuman ditangguh lagi, baru lah aku nak membebel lagi. Aku rasa, kalau Kartika ni buat rayuan, mungkin bertambah banyaklah “mahkamah sendiri” yang wujud, yang buat keputusan ikut kepala sendiri. Nasib baik Kartika ni tetap dengan pendirian dia nk jalani hukuman tu. Semoga dia bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan tidak mengulangi kembai kesilapannya itu. Semoga Allah melindungi dan merahmatinya, insyaAllah. Sama2 kita doakan untuk dirinya, di kala bulan Ramadhan ni.
"Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya."
(Hadis riwayat Thabarani)
Pada yang lain2, tak payahlah nak menggatai nak minum arak ni. Banyak lagi minuman2 yang sedap dan halal. Cam tak minuman lain je nak minum. Time sekolah dulu, de sorang kawan aku tanya, pe rasa arak ni. Bila kitorang cakap tak tau, bleh la plak dia ajak rasa sebotol. Nasib baiklah yang lain2 tu waras lagi. Lepas bawak dia jumpa Ustaz wa bawak dia jumpa sorang budak yang pernah minum (bukan malay la, seorang Chinese), baru la dia normal balik. Ish, budak2 yang sentiasa mempunyai semangat inkuiri ingin tahu yang amat tinggi ni, susah jugak kadang2 nak layan.
"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "
(Surah Al-Maidah: 91)
Bulan2 pose ni orang kata syaitan terikat tapi “syaitan dalam diri (nafsu)” masih bermaharajalela. Semoga dengan berpuasa ni, dapat menjinakkan nafsu dalam diri tu. Hentikanlah dari melakukan perkara2 yang tidak berfaedah. Kalau tak mampu stop on the spot, berubahlah sedikit demi sedikit. Ya, aku tahu, Tamadun Rom tak dibina dalam satu hari, tapi bak kata aku, sehari sekeping papan, sebulan insyaAllah siaplah reban ayam tu. Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment