RSS

Tuesday, September 1, 2009

7591-80-13

1 september 2009. Masa terlalu pantas berlalu. Semalam negaraku 1 Malaysia ni menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 52. Muda 3 tahun dari umur ayah aku dan 3 tahun lebih tua dari umur mak aku. Tahun ini sambutannya tidak seghairah tahun2 yang lepas, kerna tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Aku bukan tidak punya semangat patriotic, namun kekadang sedih dengan cara penyampaian semangat patriotic yang sering tersasar dari landasan yang sebenarnya.


Malam merdeka, aku meluangkan sedikit masa melihat reality sebenar kehidupan masyarakat di luar sana. Dengan perancangan saat akhir utk ke sana (lepas maghrib baru tergerak hati wa bincang ngan housemate utk pegi. Huhu..), kami bergerak dengan kete housemate aku lagi sorg yg tengah balik kampong time tu. Disebabkan housemate aku yg lain2 tak leh drive malam, aku terpaksa drive. Huk3. Dan oleh kerana kami tak tau jalan, kami follow je mana2 kete yang kami kenal (sampaikan nk masuk pelabuhan pun kami follow gak. Huhu..). Akhirnya kami tiba di tempat yang dituju. Terkejut? Agaklah, sebab aku tak pernah g tempat2 camni time waktu2 camni. Owh, tempat tu nama Pantai Bersih. Parking kereta penuh. Kete yang parking kat tepi jalan pun dh berlapis-lapis. Tanda tanya mencurah2 sampai melimpah-limpah keluar dari kepala aku. Tp yang paling aku nk tanya, pe diorang buat ramai2 kat sini? Cam de fiesta. Dan akhirnya housemate aku btau, “Depa nak tengok bunga api kot,”. Aiyakk..boleh la plak camtu.


Actually, pe tujuan aku g tempat ni? Hehehe..sebenarnya pada malam tu, pihak PUMPP (kalau salah, sila betulkan) mengadakan operasi Ops Sayangi Remaja. Ini merupakan operasi yang diadakan setiap malam hari2 sambutan tertentu (Merdeka, Tahun Baru) yang bertujuan utk membasmi aktiviti kurang sihat yang dilakukan oleh golongan remaja. Tahun lepas operasi ini de dilakukan, tapi aku tak dapat nk join sebab ade komitmen lain. Alhamdulillah, tahun ni dapat g dan dapat timba sedikit pengalaman. Operasi yang bermula lebih kurang jam 12.30pg dan sepatutnya berakhir sekitar jam 3pagi, tapi aku terpaksa balik lebih kurang jam 2pg coz kami parking kete kat tmpt yang org lain tak parking dan agak membahayakan kalu just kami je yg g kat tmpt tu. So, mekasih kat sebuah kete yang kami duk follow tu walaupun kadang2 jalan yang ditunjuk tu bukanlah jalan yang benar. Kami pun lebih kurang sama.


Dalam perjalanan pulang, aku tanya kat sahabat aku, “Apa yang awak dapat malam ni?”. Haha..sebenarnya soalan itu ditujukan kepada aku sendiri. Yelah, dalam membuat sesuatu perkara, ia adalah sia2 jika kita mengambil/mendapat apa2 daripadanya. Yea, walaupun tak lama aku terlibat dlm operasi tu, banyak jugaklah yang aku dapat, tapi aku tak tau nak cerita macammana. Dalam hati memikirkan, inikah sahaja erti kemerdekaan Negara kepada kita? Bunga api, kibar bendera (tapi merempit sana sini), melepak sehingga santak pagi, masa paling sesuai utk bertemu buah hati, and so on. “Alaa..biaselah tu. Bukan selalu,”. Owh, sudah lupa dengan pepatah Melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekalai-kali?? Mmm..bila benda yang tak baik dh jadik biasa, benda baik akan jadik luar biasa. Contoh mudah. Berdua-duaan lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara maksiat, namun dianggap biasa. Tapi cubaan menegur mereka untuk tidak melakukan perkara tersebut adalah perkara yang baik, namun dianggap pelik. Nampak cam remeh, tapi itulah hakikatnya. Mm..tak nak membebel panjang2. Papepun, de satu yang betul2 berbekas kat hati ni hasil dari operasi tersebut. PERBAIKI DIRI DALAM SEMUA ASPEK & JANGAN MUDAH SALAHKAN ORANG LAIN (Eh, cam de 2 points plak). Mmm..nampak cam biase je, tapi itulah pengajaran “terhebat” yang aku dapat malam tu.


Tiba di rumah sekitar jam 315pg selepas gagal dalam cubaan mencari minyak kereta dambaan pemilik kereta. Huhu..selepas tidur lebih kurang 30minit (terjaga selepas mimpi dibelasah oleh Aiman dengan buah durian. Huu..), bangun utk memulakan hidup baru. The End.

*Psstt..arini minyak dah naik harga. Rasa2, pasni tiket bas naik harga lagi tak? Mmmm…

*Arr..no kat title tu, bukan no ekor ye. Harap maklum.



2 comments:

Hanya Penumpang said...

So, mekasih kat sebuah kete yang kami duk follow tu walaupun kadang2 jalan yang ditunjuk tu bukanlah jalan yang benar <---- jalan menuju jalan yang benar seringkali dianggap lurus.. padahal banyak juga halangan2 dan simpang2 yang perlu dilalui... hakikatnya begitulah... ahaks... port Penang?...

Sifrulmind said...

Hohoho..yolah tu.