RSS

Friday, August 28, 2009

Bila Masing2 Nak Jadi Hakim..


“Kartika ni orang mana? Orang Indonesia ke?”

“Eh, takdelah. Orang Malaysia, orang Pahang rasanya coz dia dibicara kat Pahang,”

“Owh, ingatkan orang Indonesia sebab nama ayah dia Sukarno.”

“Heeeee…..”


Sejak seminggu dua ni sibuk orang cakap pasal si Kartika ni, sebab Kartika menjadi wanita pertama dikenakan hukuman sebatan akibat minum arakfs29. Ada yang sokong, ada yang bangkang. Ada yang kata diskriminasi pada wanita coz ramai je lelaki yang minum tapi tak dikenakan hukuman sebat (sebenarnya ade je lelaki yang kena hukuman sebat tapi tertangguh hukuman sebab dia buat rayuan. Lama kan proses rayuan??), de plak yang bangkang sebab katanya hukuman ni “terlalu kasar”, tiada unsur2 mendidik, de plak yang kata hukuman cam tu takde dalam perlembagaan hukuman syriah di Malaysia di Negara tercintaku ini iaitu Malaysia. Ada jugak yang kata hukuman tu tak adil. Waaa..macam2. Semua dengan pandangan masing2. Ada yang berdasarkan fakta, namun banyak yang dipengaruhi nafsu.


”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)


Hukuman yang dikenakan adalah denda dan sebat 6 kali. 6 kali amat jauh bilangannya jika nak dibandingkan dengan hukuman yang sepatutnya, iaitu sekurang-kurangnya 40sebatan dan tak lebih 80sebatan. Hukuman ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali, yang bermaksud;

“Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai."

Riwayat Muslim


Kesan buruk dari minum arak, tertlalu banyak. Manfaat? Sesiapa yang boleh bagi dia punya manfaat, sila bagitau aku. Apabila ada sesetengah umat Islam yang menyatakan arak itu adalah ubat, ketika mula2 arak diharamkan, Rasulullah telah menjawabnya;


"Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit"

(riwayat Muslim).


Memang hukuman yang dikenakan ke atas Kartika tu bukan hukuman hudud (sebab kalu nak kenakan hukuman hudud, sekurang2nya 40 sebatan, bukan 6 sebatan) tapi hukuman takzir (atas budi bicara hakim), apa yang aku nmpk ini adalah salah satu cara untuk membanteras masalah minum arak dalam kalangan umat Islam. Lagipun Kartika sendiri dan mengaku dan bersedia untuk menjalani hukuman tersebut. So, kenapa orang lain begitu sibuk nak mempertikaikan keputusan tersebut? Dalam menetapkan hukuman, tak kira soal jantina, tak kira pangkat, tak kira soal nama. Kalau dirasakan hukuman tersebut tidak adil, hukuman bagaimana lagi yang sesuai? Kalau kesan buruk ketagihan dadah boleh difikirkan secara logic aqal yang membawa kepada hukuman mati kepada pengedarnya, kenapa hukuman minum arak yang lebih ringan ditetapkan oleh mahkamah ini dipersoalkan? Berkaitan dengan persoalan kenapa si Kartika ni je yang kena, orang lain yang melambak-lambak minum arak tu tak kena, fikirlah elok2. Dalam kehidupan seharian, ramai sahaja orang yang menjadi pencuri, tapi cuba fikir, kenapa hanya sesetengah pencuri sahaja yang masuk mahkamah dan kena dikenakan hukuman? Sebab depa tak kena tangkap dengan polis, dan bila tak ditangkap dengan polis, takde kes, secara aotumatik tak masuk mahkamah dan tak kena hukum. Sama jugalah macam kes Kartika ni. yang lain tak kena tangkap (Samada takde pihak berkuasa yang nak tangkap atau orang lain buat2 tak tau je.). Soal penangguhan hukuman tu aku tak mahu sentuh, yang pasti hukuman perlu dijalankan. Kalau pasni hukuman ditangguh lagi, baru lah aku nak membebel lagi. Aku rasa, kalau Kartika ni buat rayuan, mungkin bertambah banyaklah “mahkamah sendiri” yang wujud, yang buat keputusan ikut kepala sendiri. Nasib baik Kartika ni tetap dengan pendirian dia nk jalani hukuman tu. Semoga dia bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya dan tidak mengulangi kembai kesilapannya itu. Semoga Allah melindungi dan merahmatinya, insyaAllah. Sama2 kita doakan untuk dirinya, di kala bulan Ramadhan ni.


"Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya."
(Hadis riwayat Thabarani)


Pada yang lain2, tak payahlah nak menggatai nak minum arak ni. Banyak lagi minuman2 yang sedap dan halal. Cam tak minuman lain je nak minum. Time sekolah dulu, de sorang kawan aku tanya, pe rasa arak ni. Bila kitorang cakap tak tau, bleh la plak dia ajak rasa sebotol. Nasib baiklah yang lain2 tu waras lagi. Lepas bawak dia jumpa Ustaz wa bawak dia jumpa sorang budak yang pernah minum (bukan malay la, seorang Chinese), baru la dia normal balik. Ish, budak2 yang sentiasa mempunyai semangat inkuiri ingin tahu yang amat tinggi ni, susah jugak kadang2 nak layan.


"Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? "

(Surah Al-Maidah: 91)


Bulan2 pose ni orang kata syaitan terikat tapi “syaitan dalam diri (nafsu)” masih bermaharajalela. Semoga dengan berpuasa ni, dapat menjinakkan nafsu dalam diri tu. Hentikanlah dari melakukan perkara2 yang tidak berfaedah. Kalau tak mampu stop on the spot, berubahlah sedikit demi sedikit. Ya, aku tahu, Tamadun Rom tak dibina dalam satu hari, tapi bak kata aku, sehari sekeping papan, sebulan insyaAllah siaplah reban ayam tu. Wallahua’lam. sengihnampakgigi

Monday, August 24, 2009

Jom Menang Hadiah Besar!!

Sebuah keluarga menuju ke sebuah temasya yang khabarnya menghidangkan pelbagai jenis bentuk hiburan dan hadiah yang menarik. Si ayah mula membayangkan akan hadiah kereta besar yang disediakn pihak penganjur untuk pengunjung2 yang mengambil bahagian dalam acara menembak. Si ibu pula mengidamkan ketuhar terbaru yang menjadi hadiah untuk pemenang pertandingan memasak. Si anak, iaitu si abang meluru ke tempat pertandingan gusti lengan kerana dia dimaklumkan hadiah wang tunai menanti para pemenangnya. Ya, memang benar hadiah itu ditawarkan. Bagi si kakak, tempat pertandingan menggubah buah-buahan dan bunga pula menjadi tumpuan. Hadiahnya bukan calang2. Satu set barang kemas, untuk tempat pertama. Juga disediakan hadiah saguhati. Si adik lelaki, merengek-rengek meminta si ayah membawanya ke tempat melukis kerana permainan yang menjadi idamannya selama ini dipertaruhkan untuk pemenang. Mereka semua punya angan-angan dan keinginan untuk mendapatkan hadiah2 yang ditawarkan. Namun, semua mereka hanya pergi ke tempat2 tersebut dan berlalu sahaja. Terasa ingin mendapatkan hadiah tersebut, namun tidak mahu menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan. Satu demi satu tempat pertandingan mereka lawati, dan akhirnya, tibalah waktu untuk mereka pulang. Temasya tersebut hanya berlangsung selama satu malam sahaja. Esok dan lusa tiada lagi temasya tersebut. Keluarga tersebut meninggalkan temasya dengan hanya makanan2 dan minuman2 ringan yang dibeli untuk menghilangkan rasa dahaga dan kebosanan ketika dalam perjalanan pulang. Pendek kata, mereka pulang dengan tangan kosong.


Ibaratkan keluarga itu adalah diri kita. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, adalah anggota badan kita. Temasya tersebut, adalah temasya ibadah yang Allah sediakan untuk kita. Bulan Ramadhan, bulan temasya ibadah. Semua orang telah maklum. Pelbagai ganjaran Allah sediakan untuk kita bagi sesiapa yang menginginkannya. Perasaan “INGIN” sahaja tidak cukup untuk merangkul segala macam “HADIAH” yang Allah sediakan. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya, dan melalui cara yang betul/benar. Setiap anggota badan kita berpeluang untuk memenangi hadiah yang Allah tawarkan. Peluang sahaja tidak cukup jika tidak diiringi dengan tindakan untuk mendapatkan peluang tersebut. Keinginan, peluang dan usaha. Jika berusaha pula, jangan mengharapkan “Grand Prize” jika usaha hanya sedikit, setaraf hadiah saguhati. Sunnatullah, siapa yang berusaha lebih, dia akan dapat lebih. Man jadda, wajada. Man zara’a, yazra’. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, mari berusaha tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan. Tinggalkan amalan2 yang membawa kepada perkara2 yang tidak baik, apatah lagi perkara2 maksiat. Ajakan kepada semua dan diri ini terutamanya.

  • P/s buat sahabat2 yang de kat sekitar aku, ingatkan aku bila aku terlupa/melaghokan diri time bulan posa ni (Bulan2 lain pun tolong ingatkan jugak ek..)
  • Ikhlaskan niat ketika beribadah/beramal. Setting betul2 niat, supaya sentiasa berada di siratol mustaqim (jalan yang benar).

Thursday, August 20, 2009

Makna sebuah titipan

Makna sebuah titipan


Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,


kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,
Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"


(Allahyarham WS Rendra)


1) Yaa..sedang pusing dengan beberapa titipan yang tidak kutahu siapa penerimanya. Bagaimana aku boleh terima titipan tersebut ya??

2) Ramadhan bakal menjelma. Jika tidak esok, insyaAllah lusa. Kurang 48jam. Belum tentu lagi kita mampu tiba ke masa tersebut. Sudah siapkah persiapan untuk menyambut Ramadhan?

3) Persoalan2 berkenaan ibadah puasa dan ibadah2 yang berkaitan kembali berlegar-legar di sekitar. Tidak salah bertanya, malah digalakkan amat. Tapi tanyalah pada orang yang sepatutnya menjawab persoalan tersebut, bukan main dengar2 shj. Lapangkan dada terima perbezaan.

4) Owh, Selamat Berpuasa kepada semua. Seruan utk diri dan sahabat2, tingkatkan amalan, ikhlaskan diri, raikan bulan yg dikhaskn utk kita ni sebaik-baiknya.