Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka. Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka, Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai tuhan yang gagah perkasa, Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
============================================================================
“Nape lame tak update blog?”. Hehe..persoalan bos sebentar tadi menyebabkan tangan ni tiba-tiba tergerak nak tekan icon ‘New Post’ kat taskbar. Membuang ‘sawang labah2’ yang baru nak menempatkan diri di blog ni, menyapu ‘habuk2’, menyapu ‘sampah-sarap’. Hampir dua minggu sem 2 bermula. Jarang menjenguk ke blog sendiri. Tawar hati untuk berblog? Sibuk dengan study? Takde idea nak tulis pe? Hehe..actually dah hampir seminggu pc tak berfungsi. Dua kali masuk workshop atas sebab2 yang sama dan semalam baru dapat beroperasi sepenuhnya. Tambahan pulak, sejak akhir2 ni, internet kat kampus ni tak berapa nak ok. So, better buat benda lain yang lebih aula.
2 minggu berlalu, banyak peristiwa yang berlaku, mewarnai media cetak mahupun media elektronik. Panasnya suasana menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pengharaman lagu yang dicipta oleh bekas mufti Perlis, perkahwinan Mawi ngan Ekin, kewujudan blog2 yang menghina Rasulullah dan didakwa di bangunkan oleh seorang warga Malaysia, penahanan Steven Gerrard ekoran pergaduhan dengan DJ kelab malam, pertukaran tahun hijrah dan masihi. Namun berita serangan puak Israel ke atas Palestin, seolah-olah satu berita yang merobek dengan lebih besar lagi kelukaan yang memang sudah sedia tersayat di hati dunia Islam. Jika sebelum ini serangan2 puak2 Israel ini bukan lagi satu perkara yang asing, dan mungkin bagi sesetengah masyarakat menganggapnya sebagai satu isu taboo, isu lama, namun serangan terbaru rejim Zionis ini telah membuka mata kebanyakan pihak bahawa puak2 ini tidak pernah sedikit pun luntur semangatnya untuk mengambil tanah Palestin. 60 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Kejatuhan khilafah Islamiah yang terakhir telah membuka ruang kpd penubuhan Negara Israel, dan sejak itulah, penderitaan warga Palestin bermula. Tapi kalau di’survey’ secara random, aku pasti, masih ramai lagi yang mengambil langkah ‘tidakpeduli’ atau ‘tidak ambil pusing’ dengan apa yang berlaku di Palestin. Bagi mereka, itu masalah Negara Palestin. Selagi mana periuk nasi mereka terjaga, dapat tidur nyenyak di waktu malam, dapat belajar/bekerja dengan selesa, ataupun duit sentiasa cukup utk bergumbira, mereka tidak perlu berbuat apa2. Adush..adakah kita salah seorang daripada ‘mereka’ itu.
Apa yang perlu kita lakukan??
Aku pernah ditempelak, tatkala bercerita ttg isu Palestin, “Kalau nak sangat mati syahid sangat, pergilah berjuang kat Palestin sana, buat apa duk bising2 kat sini!!” Siapakah dia yang menempelak aku sedemikian rupa? Tidak perlu didedahkan namanya namun cukuplah aku katakan bahawa dia adalah saudara seIslamku. Itu pandangan dia. Kalau nak tolong membebaskan bumi Palestin, perlu menyerahkan batang tubuh ke sana. Kalau mampu, dah lama ke sana =). Abaikan.... Pe yang aku nak btau kat sini, sebenarnya banyak benda yang boleh kita buat utk sama2 menolong saudara2 kita di sana. Aku rasa, mmg dh banyak diterangkan di media2, blog2, ceramah2, liputan2 lain. Sumbangan, samada dari segi material, masa dan tenaga, amat digalakkan. Tidak mampu? Owh, kita sering lupa, umat Islam ini ada satu senjata yang amat ampuh, jika selalu digilap, iaitu doa. Doa itu menunjukkan kebergantungan kita kepada-NYA, menyedarkan diri akan hakikat bahawa diri ini amat lemah dan hanya kepada-NYA sahaja tempat untuk disembah dan memohon pertolongan.
Mari kita sama-sama berdoa utk saudara2 kita di sana!!
*Cuma satu, istiqamahlah dalam membuat sesuatu. Jangan hanya ingatan kepada mereka diberi pabila berita tentang mereka hangat diperkatakan. Sesungguhnya, al-Muslim akhul-muslim, fi kulli makan wa dzaman.
0 comments:
Post a Comment