“Orang yang berjihad itu tidakkan kalah dengan ancaman orang yang mengancam, tidakkan kalah dengan kekuatan lawan, tetapi akan kalah dengan kelalaian diri sendiri…”
Hujung minggu yang lalu, bait-bait kata tersebut menerjah gegendang telingaku, lantas tertancap kemas di kotak ingatan, menerbangkan fikiranku pada perumpamaan yang dibuat oleh Ustaz Rahmat Abdullah di dalam filem Sang Murabbi; Jika diibaratkan pejuang dakwah itu monyet dan angin itu pula ujian yang datang menimpa, akan berpaut kuatlah monyet itu tatkala angin taufan atau putting beliung melanda dirinya. Akan diperkemaskan pegangannya pada dahan pokok tempatnya berpaut. Tetapi jika angin sepoi2 yang bertiup, nyaman, monyet itu akan dibuai kelekaan dan ketika itulah monyet itu bisa lupa pada pegangannya di dahan pokok lalu jatuh menyembah bumi (Setelah diolah menggunakan ayat sendiri. Huhu..)
Dush!! Bukan tamparan, tetapi tumbukan yang hinggap ke muka. Terasa?? Bukan sahaja terasa, tetapi ‘makan dalam’ sungguh perumpamaan tersebut, berbekas di hati. Mahu disangkal, apakan daya kerna itu satu kebenaran. Masih berdalih? Selaklah lembaran2 sejarah. Keruntuhan Andalusia, kejatuhan kerajaan Abbasiyyah, empayar Rom, kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, berlaku tatkala pimpinan dan rakyatnya asyik dan leka dgn nikmat dunia. Owh, sejarah mungkin berulang. Tumpasnya diri sendiri? Pada kealpaan, kelalaian, tiupan nyaman angin kenikmatan mainan dunia.
“Jika dengan tersenyum anda boleh mendapat kebahagiaan, mengapa tidak melakukannya sekarang? Tersenyumlah sekarang supaya anda menjadi orang yang bahagia..”
Yang pasti, seperti telah terlepas satu bebanan di benak fikiran aku tatkala mendapat khabar keputusan telah keluar. SubhanAllah, indahnya kurniaan-Nya. ketenangan dari-Nya tanpa sebarang bayaran. Keputusannya? Siapa aku untuk mempersoalkan apa yang telah ditentukan untuk aku? Daripada bermuram durja, melayan perasaan runsing, berkeluh –kesah meratapi apa yang telah berlaku dan tidak boleh diulang kembali, lebih baik gunakan masa tersebut untuk menyusun apa yang perlu dibuat dan diperbaiki pada masa-masa akan datang. Hidup ini singkat, dan jangan singkatkannya lagi dengan bersedih. =)
“Kegelisahan itu kembar kepada keputusasaan.” (Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)
Owh, tulisan beliau banyak mempengaruhiku. Huhuhu…Telah dua sem aku menyahut cabaran seorang sahabat utk mengatasi keputusannya, namun masih gagal memenuhi cabaran tersebut. Owh, aku bukan belajar kerana dia, ataupun kerana cabarannya, tapi itu sekadar penggalak/motivasi kepada diri aku untuk perbaiki keputusan aku. Walaupun akhirnya keputusan dia yang bertambah-tambah cemerlang (Tahniah coz sem 7 dapat masuk dalam dean list! Salute!!), untuk aku putus asa, masih terlalu awal. Ada 1 sem lagi. Sem terakhir untuk merealisasikan cabaran tersebut, insyaAllah. Aku yang dulu dah kembali!! (Saje merepek. Orang2 tertentu je yang akan faham..)
Oklaa..Selamat kembali pada sahabat-sahabat university APEX yang akan memulakan sem ke-2 bagi sesi 08/09 pada 22hb ni. Semoga rehatnya kalian pada cuti yang lepas bukanlah rehat yang melemahkan jiwa dan semangat, namun diharapkan ia adalah charger untuk memulakan segala-galanya dengan lebih bermakna. Biarkan rehat itu menjadi masa untuk menyeka peluh masam di raut wajah, merawat luka yang parah, mengelap darah hanyir di mata pedang, supaya langkah ke hadapan lebih gagah, lebih berani dengan pedang tajam terhunus di tangan!! Jangan biarkan luka2 dalam perjuangan yang lepas terus berdarah, bernanah kerna ia bukan sahaja menyukarkan langkah kalian, malah akan menimbulkan kesulitan yang berpanjangan.
Bagi yang berjaya melalui perjuangan lepas dengan bendera kemenangan, usah terleka dengannya. Jangan biarkan diri menjadi ‘monyet’ yang terjatuh akibat tenangnya angin yang bertiup, tidak juga jatuh kerna leka menikmati buah yang masak ranum. Bagi yang terjatuh dan telah merasa peritnya jatuh ke tanah, jangan terus menangis di perdu pokok. Pokok itu akan tetap menanti supaya dijadikan medan perjuangan. Pilihan ada di tangan dan kaki masing-masing, dengan berpaksikan pada hati yang dipandu dengan iman. InsyaAllah…
“Aku bahagia menjadi seorang yang serba sederhana. Kemahuanku sederhana, kesihatan dan kehidupanku pun sederhana. Aku mempunyai banyak perkara walaupun hanya serba sedikit. Tetapi aku mempunyai SEMANGAT BESAR. Sedang semangat itu adalah hidup itu sendiri. Semangat yang ada dalam diri kita adalah penggerak utama kehidupan kita. Semangat merupakan bahan bakar yang mampu mengolah sesuatu menjadi kebahagiaan.”
(Mustafa Mahmud, pujangga Arab)
Wassalam…
0 comments:
Post a Comment