Pagi ni, insyaAllah jam 930am aku akan bertolak pulang ke Johor. Cepat sungguh masa berlalu. Seminggu selepas exam dihabiskan dengan berlibur,minggu ke-2 disambung dengan kerja2 FYP. Aku fikir, masa selepas exam bolehlah kiranya kuisi sesuatu di dalam blog ini, rupa2nya jangkaan aku meleset sama sekali. Baru malam ni berupaya menari-narikan jari di atas keyboard, menge’post’ something before balik kampong. Malam? Eh, silap, awal pagi. Perancangan awal akan bercuti sehingga 13hb, tp melihat kepada situasi semasa, kena rombak balik jadual. Mm..xpa la, yg penting, 10 Zulhijjah, aku mesti de kat rumah. =)
Final Year Projek (FYP)
Perkembangan FYP aku yang terlalu lembab. Based on my Garnt Chart yg aku buat time anta proposal aritu, sepatutnya sekarang ni dah masuk fasa test hardware. Tapi skang masih dalam fasa design lagi. Aiyakk..sudah tertinggal 2 fasa. Lambat2..baru sampai ‘B’, sepatutnya dah melangkah ke ‘O’. Huhu..jangan putus asa. Gunakan sepenuhnya masa yang ada. Tadi jumpa Prof Syed, dan merasa agak bangga kerana aku dan sorang lagi kawan aku merupakan ‘dua-dua’nya student yang jumpa Prof sepanjang cuti ni. Hehehe… dan petang tadi, baru sahaja berjaya design antenna yang kuharapkan, namun kegembiraan tersebut hanya sementara. Belum sempat aku menekan kekunci untuk save design tersebut, tiba2 server down. Aku yg menggunakan software yang kena connect dengan school utk license secara online, memang la terkesan bebenor dengan fenomena server down ni. Malangnya selepas server dah ok, still tak leh connect ke server di school. Marah? Hanya mereka2 yang mempunyai tahap keimanan yang tebal dan tinggi sahaja akan tersenyum tatkala perkara ini menimpa diri mereka. Aku?? Astaghfirullah….
Seringkali perancangan tidak menjadi seperti apa yang kita rancangkan. Jika tersasar sedikit, masih boleh membetulkan stereng untuk kembali di atas landasan. Jika tersasar banyak, masih boleh kembali ke atas landasan, just masa yg lebih lama diperlukan. Yang penting ada kesedaran untuk kembali ke landasan utama. Bagi yang bertaruh dengan masa, elakkan diri dari tersasar sama sekali. Tersasar bisa membuat kita penasaran.
Ok, nk siap2 utk balik. Cuti dalam ertikata cuti hari, bukan cuti segala-galanya. Huhu…Owh, selamat menyambut 'idul Adha pada semua. Ok, wassalam
0 comments:
Post a Comment