RSS

Thursday, December 11, 2008

Manusia Mudah Lupa


Menekan tetikus, membaca akhbar2 harian, mengikuti perkembangan reaksi alam terhadap perbuatan manusia, aku tertarik dengan pendapat jurunilai hartanah Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn Bhd, Ganesh Chinnappan; “"Pada pendapat saya, harga hartanah di sana (kawasan sekitar Bukit Antarabangsa) akan susut dengan ketara tetapi tidak dapat menjangkakan peratusannya. Namun, saya percaya fenomena ini tidak akan berpanjangan," (Berita Harian, 10/12/2008)


"Pada hakikatnya, persekitaran Hulu Klang menjadi kawasan perumahan pilihan kerana suasana persekitaran dan iklim yang selesa. Masyarakat kita mempunyai daya ingatan yang pendek, kawasan terbabit terus menjadi pilihan walaupun sudah berlaku beberapa kejadian tanah runtuh,”

(Ganesh Chinnapan)


Mungkin benar apa yang dikatakan oleh beliau. Beliau merujuk kepada tragedy Highlands Towers. Manusia tidak mahu berumah di tanah tinggi. Berisiko. Ada yang mengatakan ini peringatan dari Tuhan. Lantas sejadah dibentang, memohon keampunan dari-NYA. Alhamdulillah, keinsafan itu hadir dengan izin-NYA. Namun malang sekali. Perasaan ‘insaf’ hadir hanya seketika. Hanya pabila bencana melanda, hanya pabila diri dalam kesusahan. Bila kesenangan mengambil alih, sedikit demi sedikit ‘keinsafan’ itu hilang. Maka, berputar semula roda2 masa. Berulangkali masuk ke dalam lubang yang sama.


Masih mahu menyangkal kebenaran ini? Ok, mari kita soroti peristiwa2 yang lain, yang menunjukkan bahawa manusia ini sering lupa dan amat perlu akan peringatan/tazkirah. Peringatan yang bagaimana? Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2-NYA.


Tsunami.

Ramai yang mengatakan itu signal dari Allah. Peringatan terhadap maksiat2 yang berleluasa. Kesan daripada kebobrokan akhlak manusia. Natijah permusuhan sesama saudara. Akibat dari kerakusan tangan2 manusia yang merobek hak alam tanpa belas ikhsan. Seluruh dunia sibuk mencari penyelesaian. Satu persatu cadangan diberi, digubal dan dilaksanakan. Masa terus berjalan dan 4 tahun telah berlalu. Keadaan seperti sudah kembali kepada keadaan sebelum berlakunya Tsunami. Tidak percaya? Bandingkan sendiri.


Banjir Besar di Johor (Sbb aku orang Johor. Hua3..)

(Paras air di sungai belakang rumahku pada 10 Zulhijjah. Tambah lagi 1 kaki, insyaAllah banjir umah aku. Huhu..)


Bukan sahaja Johor, Melaka N9, sebahagian Pahang & tmpt2 lain yang biasa banjir. Ramai mangsa banjir (terutama yang 1st time jadi mangsa banjir) menyatakan keinsafan. Sedar bencana itu adalah peringatan dari Allah. Menunjukkan bahawa tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Masjid2 penuh tatkala solat 5 waktu. Alhamdulillah. Namun, semuanya tidak kekal lama. Tidak sampai setengah tahun, masjid2 dan surau2 sudah kembali seperti sediakala. Kosong. Hanya Imam dan bilal yang setia pada setiap solat waktu. Mana pergi yang lain? Ghuyub….


Dan sekarang, tanah runtuh pula menjadi liputan utama. Ayah aku kata, peristiwa2 ni balasan angkara ketidak syukuran manusia terhadap nikmat2 yang Allah kurniakan. Sebab2 yang ayah aku berikan memang betul dan aku boleh terima kecuali kes tanah runtuh di Selangor. Haha..maaf, perbualan tersebut tidak dapat disiarkan di sini. Abaikan yang tu. Apa yang aku nak focus kat sini adalah sikap manusia yang sering lupa. Lupa akan peringatan2 yang telah diberikan, lupa akan ‘lubang’dan ‘jerat’ yang pernah menyebabkan tubuh merana, lupa akan janji2 yang pernah dilafazkan, dan seringkali menjadi seorang hamba yang lupa.



uhh..kantukku sudah tidak mampu ditahan. Tidak mampu untuk mengulas lebih panjang. Perjalanan pulang ke kampus pada hari ini yang lari dari apa yang dirancang benar2 mencabar minda dan fizikal. Mmm..mungkin juga ini salah satu ‘peringatan’ buatku. Supaya tidak alpa dengan nikmat2-NYA. Astaghfirullah…

wassalam…



0 comments: