Bila hati berbicara
Bicaranya tanpa suara
Bila hati berbicara
Hanya perilaku yang mentafsirkan segalanya
Hati
Bila hati disirami iman dan taqwa
Insan itu
Insan itu pasti mulia dan merdeka
Tapi
Bila hati dipalit dosa dan dosa
Damainya hilang, kelu kesah,
Jiwa pula meronta
Abu Hurairah berkata "Hati adalah raja dan seluruh anggota tubuh adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baik pula pasukannya. Jika rajanya buruk, buruk pula pasukannya."
Sepotong hadith, riwayat Imam Ahmad, "Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah. Jika ia baik, baiklah seluruh kepribadiannya, jika ia rusak, rusaklah seluruh kepribadiannya. Ingatlah, segumpal darah itu adalah hati."
Dan di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman, "Sesungguhnya bukan mata itu buta tetapi yang buta ialah hati yang didalam dada" (Al Hajj:46).
Musnahnya umat terdahulu, kerna mengikut kata hati yang tidak dibimbing oleh iman, tidak mahu menerima kebenaran yang dihamparkan di hadapan mereka. Bejatnya akhlak masyarakat hari ini, kerna hati tunduk kepada kata-nafsu yang sentiasa inginkan kenikmatan yang sementara. Beraninya kita melanggar hukum-hakam Yang Maha Satu, kerna hati lupa akan hakikat Negara yang dipimpinnya itu akan kembali kepada Penciptanya. Tak salah mengikut kata hati walaupun orang kata, ikut hati mati, namun perlu bersyarat. Bukan mengikut membabi-buta. Tanyakan dahulu kepada hati, khabar imannya. Tanyakan kepada hati, khabar taqwanya. Tanyakan kepada hati, khabar amalannya. Tanyakan kepada hati, khabar saudara-saudaranya. Tanyakan kepada hati, khabar masa depannya. Tanyakan kepada hati, khabar perkara yang ingin dilakukannya. Tanyakan kepada hati, apa ang telah dilakukannya sebagai khalifah di bumi Allah ini? Tanyakan kepada hati, tanyakan kepada hati, tanyakan kepada hati. Jika semua itu beres, dan diyakini akan sentiasa beres sehingga tamatnya riwayat Negara yang dipimpinnya, silakan. Ikutlah kata hatimu. Namun, siapa berani untuk tampil ke depan, memberi jaminan, terhadap kesuksesan itu?
Fitrah hati, sentiasa inginkan ketenangan dan sesuatu yang mengembirakan. Tiada hati yang ingin negerinya tersepit di celah-celah kesempitan dunia. Namun, hati kan menjadi lebih tenang, lebih bahagia jika kebahagian abadi yang dikejar oleh negerinya. Sayyidina Abu Bakar tidak pernah mengeluh walaupun hidupnya tidak pernah senang. Allah dan Rasulullah sahaja yang ditinggalkan untuk keluarganya tatkala dirinya menghadap Allah. Kerna hatinya mengejar keredhaan dari-Nya. Sayyidina Umat Al-Khatab tidak pernah gentar menjadikan dirinya sebagai benteng pertahanan Islam sepanjang hidupnya, walaupun akhirnya dia pergi di pembaringan. Kerna hatinya rindu kepada Dia yang menjanjikan nikmat mati syahid. Sayyidina Uthman bin Affan tidak pernah kesal dengan mengorbankan harta2nya yang bisa mendatangkan kesenangan kepada dirinya, hanya semata-mata untuk Islam. Kerna hatinya yakin kemewahan abadi yang dijanjikan oleh-Nya. Sayyidina Ali, seawall umur remaja, telah mengabdikan dirinya kepada Islam, dengan sebenar-benar pengabdian. Kerna hatinya terlalu cinta kepada-Nya.
Dalam mengejar yang abadi, kekadang negera ditimpa ‘musibah’. Hati yang memerintah Negara terkesan kerna hebatnya ujian yang melanda. Mengapa perlu ujian ini diturunkan kepadanya? Namun, itulah tarbiyyah dari-Nya, mengukur kekuatan hati, menambah kekuatan hati, menguji kekuatan hati, samada benar2 cinta kepada-Nya. cendekiawan barat pernah berkata, “Tea shows it flavor in hot water“. Tapi lebih selesa kukatakan, jadilah seperti cordial, yang bisa menunjukkan rasanya walaupun “air sejuk” yang digunakan. =)
Lantaran hakikat kehidupan ini
Kekadang amat getir untuk dilalui
Amat getir untuk ditempuhi
Bukanlah mudah
Bukanlah mudah memujuk hati
Agar tersenyum meniti sabar
Agar hening menyambut resah
Redha walau di saat susah
Namun, mujurlah,
Mujurlah bila bibir, lidah, jiwa, hati dan perasaan
Membisikkan kerinduan ini
Segala kesakitan pun terpadam
Segala keperitan pun menghilang
Hatiku, hatiku kini tenang
Hatiku kini damai
Kerna yang kudambakan
Hanyalah cinta pada Tuhan
“Ya Muqallibal Qulub, thabbit quluubana ‘ala deenik wa ‘ala to’atik”
0 comments:
Post a Comment