RSS

Sunday, January 11, 2009

Cacatan Campur2...


Diriwayatkan drpd Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Ada 4 perkara jika sesiapa yang mempunyai 4 perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehingga dia meninggalkannya, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia khianati, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.

(Riwayat Bukhari & Muslim)


Kutemui hadith di atas ketika membelek buku2 yang bersepah di atas meja. Sifat-sifat orang munafik. Sifat ke-3 membuatkan aku termenung sendirian. Janji. Sebaik sahaja lahir ke dunia, aku telah berjanji dengan-NYA dengan satu janji yang pasti. Ketika mengharungi hari2 yang penuh dengan pelbagai cabaran, pelbagai janji dimeterai. Dan aku secara sedar, lebih kurang setahun yang lepas telah membuat satu perjanjian yang dibuat kerna satu perjanjian yang lain. Namun, ia telah banyak mengubah/mencorak keputusanku sejak akhir2 ini, kerna janji tersebut begitu banyak menerima cabaran sejak akhir2 ini. Walaupun kukira orang yang terlibat di dalam perjanjian tersebut mungkin telah lupa mengenainya, aku tetap berpegang pada janji tersebut. Setia? Hehe..takde kaitan di sini. Sebenarnya hadith di atas yang telah menyebabkan aku tetap berpegang kepada janji tersebut, insyaAllah. Walaupun kesannya kadangkala menyebabkan sesetengah pihak berkecil hati/terasa dengan tindakanku. Pentingkan diri sendiri? Aku tak tahu ungkapan apa yang sesuai untuk itu.

Hadiah dari mentee2 aku. Mekasih banyak2 kat korang. Huk3...


Pada minggu ini, kepimpinan MPP USM bagi sidang 2007/08 telah dibubarkan dan berikutan itu, insyaAllah akan diadakan pilihanraya kampus pada 15/1/09 ni, jika ada pertandingan. Kenapa aku cakap “jika ada pertandingan”? Haha..untuk pengetahuan, kampus aku ni selalu je calon2 dia menang tanpa bertanding. Waktu aku 1st year, dengan selamba aku bertanya kat akak aku yang dulu duk sebelah bilik je dengan aku, kenapa kat kampus ni tak de pilihanraya, tak macam kampus2 lain, walaupun pada hakikatnya aku tak tau pun pe fungsi sebenar MPP time tu. Akak aku pun terangla camni dan camtu. Kali terakhir pilihanraya dibuat 2 tahun lepas, time aku 2nd year dan aku jadi salah seorang calon yang bertanding. Dan aku akui, pilihanraya time kat matrik dulu lebih membuka mata daripa pilihanraya kat kampus ni (teringat pengalaman melarikan diri dari SPR coz tak nak jadik calon. Huk3..).


Abaikan, kisah lama. But sepanjang hampir 4 tahun duk kat sini, pe yang aku perasan sungguh2 ialah kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan PRK (Pilihanraya kampus) yang teramat kurang. Kebanyakannya tak tau pun tarikh PRK ni. Pernah dua tahun yang lps, tatkala hari PRK, lecturer memaklumkan kelas akan ditunda ke waktu yg lain kerana memberi laluan kepada proses pengundian, salah seorang penghuni di kampus aku ni berkata, “Eh, hari ni hari mengundi ke? Tak tau pun,”. Aku tak tau nak salahkan dia or sape, tapi itulah hakikatnya. Mungkinkah keadaan yang selesa di kampus ini menyebabkan mahasiswa terleka dan tidak sedar akan perlunya suara mahasiswa kepada dunia luar? Macam yang aku btau kat post sebelum ni, selagimana tidur mereka nyenyak, makan pakai mereka cukup, mereka tidak memikirkan orang lain, tidak memikirkan apa yang dialami oleh orang2 di luar dari kampus. Aku tidak nafikan, mahasiswa hidupnya di kampus dan persoalan hidupnya kebanyakannya berkisar di kampus. Pernah digertak, mengapa perlu mengambil tahu dan terlibat dengan masalah masyarakat di luar, pergolakan yang berlaku di luar, sedangkan tanggungjawabmu ialah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan segala pelaburan yang dibuat sebelum ini tidak menjadi sia2. Aku akui tanggungjawab seorang pelajar adalah belajar, namun apakah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim? Tidak mahukah kita menjadi muslim yang terbaik, muslim yang ideal? Hanya mahu hidup bergoyang kaki sahajakah?


“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan utk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

(Ali-Imran : 110)


Mana mungkin kita mendabik dada, kitalah umat yang terbaik jika tuntutan yang dituntut untuk menjadi umat terbaik dikesampingkan dalam kehidupan seharian? Belajar adalah satu perkara yang dituntut di dalam Islam. Namun belajar tidak bermakna kita perlu melupakan apa yang berlaku di sekitar kita. Antara tujuan kita belajar sesuatu adalah untuk diaplikasikan ke dunia sebenar. Ilmu di buku tidakkan nampak manfaatnya jika hanya dihafaz dan dimuntahkan di kertas peperiksaan. Maybe bermanfaat untuk dapat result yang baik, tetapi manfaat untuk umat sekitar? Owh, cara aku tulis macam cakap akademik ni tak penting pulak. Bukan itu yang aku maksudkan. Aku just nak mention kat sini, dalam kita menuntut ilmu fardhu kifayah ni, jangan sampai kita lupa pada tuntutan fardhu ain. Perkara2 fardhu kifayah ni memang senang nampak kesannya di depan mata, tak macam ‘amalan fadhu ain, namun kebijaksanaan ‘aqal dan panduan iman diperlukan untuk membantu diri membuat keputusan, yang mana lebih penting. Bukan maksud aku nak suruh korang tak yah belajar terus ilmu2 fardhu kifayah ni. Ish3, susah jugak nak terang kat orang dalam bentuk tulisan ni. Hehehe…


Diriwayatkan dari Abu Musa r.a :

Ada beberapa orang yang bertanya kepada Rosulullah Saw."Siapakah muslim yang paling baik ?" Rasulullah Saw menjawab,"Muslim yang tidak merugikan muslim lainnya dengan lidah maupun dengan kedua tangannya,"


Bagaimanakah kita nak pastikan muslim lain tidak rugi dengan lidah mahpun tangan kita? (Merasa aman/selamat dari gangguan lisan dan perbuatan kita). Adakah dengan sikap “aku tak nak ambil tahu”, atau “aku dah dapat apa yang aku mahu”, mampu mendidik kita untuk menjadi muslim yang terbaik?. Fikir-fikirkanlah sendiri jawapannya kerna aku tidak suka memberi jawapan kepada persoalan2 yang jawapannya abstrak, tiada satu jawapan yang spesifik. Lainlah kalu soklan math. Hehehe…


Jika diimbas sejarah pendidikan Negara, sekitar tahun 70-an, 80-an, suara mahasiswa amat digeruni oleh pemimpin Negara, suara mahasiswa bisa membawa gelombang besar di dalam dunia pendidikan mahupun isu2 semasa, namun sekarang berlaku sebaliknya. Suara2 mahasiswa hanya gah bergema di kampus, namun sirna tatkala menjengah ke luar kampus. Suara2 mahasiswa dipandang remeh oleh kepimpinan Negara, tidak memberi sebarang impak kepada apa2 isu yang cuba dibangkitkan. Di manakah silapnya? Siapa yang patut dipersalahkan? Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Mengapa perlu ada satu langkah diatur untuk mengatasi masalah tersebut? Jawapannya ada di benak fikiran masing2. Hanya perlu dikeluarkan dari simpanannya. Buruk atau baik ‘pendapat’ tersebut, bergantung kepada cara tuan empunya pendapat ‘mencorakkan’nya.


Seminggu berlalu. Dan minggu ini, mengikut tahun masihi, angka umurku bertambah setahun lagi, walaupun pada hakikatnya umur yang diperuntukkan untukku oleh-NYA semakin berkurang. Melihat ke belakang, menyelusuri perjalanan hidupku, menghisab diri,melihat apa yang telah aku lakukan selama ini, membuatkan diri terasa amat malu untuk terus menghirup udara-NYA. Terlalu banyak suruhan-NYA yang aku abaikan, terlalu banyak larangan-NYA yang aku ingkari, terlalu banyak kurnia-NYA yang aku kufuri. Astaghfirullah, bagaimana untuk aku menghadap-NYA nanti? Astaghfirullah, astaghfirullah wastaghfirullah…


Walau bagaimanapun, terima kasih yang tak terhingga buat sahabat2 yang telah membuat majlis yang penuh bermakna sempena ketibaan hari lahirku ini di bilik 2138 (promote bilik SUKII PMIUSMKKj. Hahaha…). Dalam kesibukan masing2, sempat lagi duk wat majlis tu. Tiada ungkapan lain yang mampu kuucapkan selain daripada ucapan terima kasih. Syukran jazilan. Arigato wa muchas gracias. Sob3…Speechless.


Jangan terkejut!!


Pada hari lahirku jua, buat pertama kalinya aku memberi hadiah kepada diriku sendiri. Aku lulus dalam ujian JPJ utk bawak kereta. Walaupun hanya berkesempatan belajar sebanyak 5 kali sahaja, dan bermula dengan tak tahu pape, Alhamdulillah, berjaya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Allahu Akbar!! Hari lahir terakhirku di USM, memberi 1001 makna dalam hidupku.


Selamat hari lahir kepada diriku, walaupun dah lewat beberapa hari. Hehe..Ops, lupa plak. Selamat hari lahir jugak dekat Along Ajid (Abg ipar aku) yang tarikh lahirnya sama ngan aku. Kalau kami berjumpa, tak pernah kami tak bergaduh. Haha..abaikan yang tu.


Sebelum aku tamatkan catatan ringkas ni, mari kita hadiahi Al-Fatihah buat saudara2 kita di Palestin. Sesungguhnya kekejaman puak2 Israel terlalu melampau. Adakah kita masih mahu berpeluk tubuh? Lakukan sesuatu, biarpun sedikit. Wassalam…


============================================================================

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka. Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka, Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka. Wahai tuhan yang gagah perkasa, Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


1 comments:

mama safura said...

tu dia kek otomen...
mmg terkejut sgt3...!
=D