- Bersifat wara’ dari melakukan perkara2 syubhah.
- Menjauhkan diri dari melakukan perkara yang haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara yang syubhah.
2. Menundukkan pandangan.
- Menutup pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
3. Memelihara lidah.
- Memelihara lidah daripada perkataan yang tidak memberi faedah, keji, kotor, mengumpat dan mengadu domba.
4. Malu.
- Malu dalam semua keadaan tapi tidak menghalangnya daripada memperkatakan kebenaran.
5. Lemah-lembut dan sabar.
- Berbicara dengan manusia sesuai dengan ‘aqal mereka dan berusaha utk memenangi hati setiap golongan.
- Sanggup menahan risiko dan bijak menangani masalah yg timbul dengan behikmah.
6. Bersifat benar dan jujur.
- Tidak berdusta, menyatakan yang hak sekalipun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusia demi kepatuhan kepada Allah.
7. Tawadhuk.
- Rendah diri, tidak meletakkan diri pada sifat takabbur
8. Menjauhi perbuatan buruk sangka, mengumpat, menjejak keburukan orang lain.
9. Pemurah.
- Mengorbankan harta dan dirinya kepada Allah.
10. Qudwah hasanah.
- Setiap tindak-tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip2 Islam, dari semua segi.
(Sumber: Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Fathi Yakan)
Menundukkan Pandangan
Kawan aku pernah tanya, kenapa aku jarang bercerita tentang sekolah lama aku? Ada memori dukakah di sana sehingga kadangkala aku begitu sukar untuk mengaku aku pernah menuntut di sana? Aku ke sana kerna terpaksakah? Result SPM aku teruk ka? Hehe…xde pape sebab pun. Saje tak nak cerita. Coz pabila menceritakannya, hati aku dipagut rindu teramat sangat dengan biah di sana. Okla, arini rasa cam mood baik sikit, dan after g kelas nuqaba’ rabu lepas, de beberapa term yang membuatkan aku rasa cam nak cerita something about my previous school. 5 unique things in KISAS; TARBIYYAH, BIAH SOLEHAH, UKUWWAH, TEACHERS AND FRIENDS. Tak kisah la kat sekolah lain pun ada, aku just nak btau pe yang de kat sekolah aku tu (Takde lah orang cakap aku ni lupa daratan. Huhuhu..) but di sana merupakan salah satu tempat yang menjadi saksi kepada turning point kat dalam sejarah hidup aku ni. Hehe..ntahpape je ayat.
Ok, satu kejutan budaya tatkala aku menjejakkan kaki di sana ialah pengamalan Baabul-liqa’. Pebende babul-liqa’ ni? Kalau ditranslate terus dari BA-BM, akan bermaksud perjumpaan pintu (Sahabat2 yg terer BA, mintak betulkan kalau salah). Tapi kalu ditranslatekan kepada situasi sebenar ialah perjumpaan antara muslmin & muslimat yang dibuat secara berhijab (means tidak secara terus. Aku tak nampak muka ko, ko x nampak muka aku, just dgr suara ja). Dan maybe dipanggil babul-liqa’ coz kebiasaannya pintu kelas yang jadi hijab (sape yg tgok cite Ahmad Albab, mesti ingat word “Al-bab = pintu”). Kebiasaannya dilakukan apabila terdapatnya urusan penting atr muslimin dan muslimat yang tidak melibatkan jumlah yang ramai. Kalau ramai tu, wat mtg cam biasa jelah…
Ramai yang menganggapnya pelik (aku tak terkecuali time mula2 dulu). Apa barang main sembunyi2 belakang pintu? Jumpa jelah terus. Takde guna jaga pandangan mata kalu hati tetap tak dijaga. Huh…ayat2 itulah yang sering merajai diri dan menipu kita. Seringkali ayat “YANG PENTING HATI MESTI BAIK, TAK KISAHLAH LUAR CAMNA PUN” meniti di bibir. Tak dinafikan, menjaga pandangan ini bukan hanya menjaga pandangan secara fizikal sahaja. Orang selalu kata, dari mata turun ke hati, tapi de jugak yang advanced, dari telinga turun ke hati. Dalam pada menjaga pandangan mata, pandangan hati juga perlu dijaga. Takda guna kalau wat babul-liqa’ ka, tirai liqa’ ka, cakap dari bilik yang lain2 ka, tapi hati tetap bermain-main dengan perasaan tatkala mendengar suara di pihak satu lagi. Persoalan hati memang sukar nak diselesaikan. Aku bukan Dr Hati yang pandai nak bagi ayat2 penenang hati ni, just positive side yang aku nampak dari amalan Baabul-liqa’ ini adalah ia salah satu langkah untuk mengurangkan masalah hati. Prevention is better than cure. Benda ni mmg susah nk diamalkan kat tempat lain. Dan aku tak sure, skang ni de lagi ke amalan babul-liqa’ ni kat sekolah aku tu. Huhuhu…
>> Ni just pandangan aku, jangan plak pukul rata dengan menganggap suma lepasan sekolah aku berfikiran sepertiku. <<
Memelihara Lidah
“Siapa yang banyak bercakap, banyaklah salahnya, siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya, maka neraka adalah yang paling utama baginya”
(Umar Al-Khattab)
Bibir Merah (The Fikr)
Lantunkan ayat Al-Quran
Jalan naluri kekasihku gemuruhnya api cemburu
Merah bibirmu yang selalu banyak selawat
Yang tiada luntur oleh air mata yang selalu jatuh
Membasahi bibir merahmu
Bibir merahmu bakal jadi saksi
Ketika engkau pulang nanti
Neraka apakah bahagianmu
Ataukah syurga tempatmu
Bibir merahmu yang indah
Tak mungkin membujuk mereka
Malaikat Munkar Nakir dalam kubur
Bibir merahmu untuk Ar-Rahman
Bibir merahmu kan jadi saksi
Saat engkau pulang nanti
Ya Allah
Hiasi bibir kami dengan zikir munajat Mu ya Allah
Istiqamahkan kami dengan lisan yang selalu ingat pada-Mu ya Allah
Ya Allah
Selamatkan lisan kami ya Allah
Janganlah kau angkuh dan sombong
Kerna bibir merahmu seperti bibir ratu Balqis
Jaga kekasihmu, jaga bibirmu
Jangan samapai tubuhmu hancur kerna lisanmu
So, untuk mengelakkan lebih banyak benda tak sepatutnya aku cakap, lebih baik berhenti di sini.
Wassalam…
1 comments:
Salam ziarah... Akh ni kisasian jugak? syukran visit ana punyer blog yang tak seberapa. Anyway this post make me miss tarbiah at kisas.
Post a Comment