RSS

Tuesday, September 16, 2008

Jaga Kesihatan


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kamijelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri."
(Surah Al-Hadid:22-23)

Hari Isnin tiba dengan pelbagai perkara yg tidak diduga. ‘Eksperimen’ yg aku cadang nk wt arini terpaksa ditangguhkan ke hari lain. Bukan eksperimen kat lab, tapi eksperimen di dunia reality. Hehe..abaikan.


“Segera membuat pemeriksaan kesihatanmu, segera mengambil rawatan apa jua penyakit yang kamu hidapi. Mengambil berat terhadap faktor2 kekuatan diri, penjagaan jasmani, dan menjauhi segala apa yang boleh melemahkan badan”

(Kewajipan yang diperlukan oleh petugas Islam, seperti yang dinyatakan oleh asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


1st time baca benda ni dulu rasa cam pelik gk. Perkara ni merupakan perkara ke-3 yg ditekankan oleh Imam Al-Banna. Kepelikan melanda diri. Tapi skrg aku baru tau (lama betui nk sedar! Huhu..). Kesihatan bisa melambatkan dan membantutkan gerakkerja, dan apa jua benda.


“ ‘Aqal yang sejahtera lahir dari tubuh/jasmani yang sejahtera ”


Pesanan Ust Lah, guru kelas aku time kat kolej dulu, ditujukan wat budak2 kelas aku coz suma ‘amat rajin’ nk beriadah (kecuali aku, tp slalu tak turun gk coz takkan aku nk p riadah sorang2?? Huhu..). Sebenarnya ni kata2 dari bhs arab, aku tak pandai bahasa arab, so aku translate terus jelah ke bahasa melayu.



Tubuh yang sihat lahir dari ‘aqal yang sihat


Nampak cm sama tapi agak berlainan. Kesimpulan ni aku wat selepas beberapa peristiwa yang terjadi kat aku dan beberapa org kawan aku. Hehe..eksperimen telah dilakukan, result dianalisis dan sedikit discussion telah dibuat. Hasilnya, kesimpulan seperti yang telah dinyatakan di atas. Hehe..adakah aku terlalu terpengaruh dengan kaedah kejuruteraan?? Abaikan..



Untuk ke-2 kalinya sem ni, demam lagi (dalam masa tak sampai 2 bulan). Makin lemah antibody diri. Mmm…terlalu banyak dosa ni, sebab tu Allah bagi peringatan, betapa nikmat kesihatan perlu digunakan sebaik-baiknya, jangan kufur nikmat. Astaghfirullah…


Tekanan akan melemahkan badan. Tapi tak semua orang la. But malangnya aku termasuk di dalam kalangan ‘orang itu’. Haha..kalu dulu org btau kat aku cmtu, aku tak percaya. Tapi bila arini aku cek2 balik, maybe betul kot. Berdasarkan beberapa peristiwa yang lepas. Antara testimony yg leh dijadikan rujukan:

· Time sekolah, slalu demam time nk dekat2 exam final year (PMR ngn SPM takdela demam, maybe coz dh bersedia kot. Haha..). Dari form 1 – form 5. Stress??? Haha..

· Aku demam time aku ikuti kursus kepimpinan bersama akak2 senior G4 (atr kursus kepimpinan yang betul2 menguji kesabaran, keimanan dan fizikal kot. Hehe..). Kalu nk dibandingkan dengan kursus kepimpinan time batch aku (G5), bak kata org cam atap rumah dengan lantai. Atra sebab mengapa aku selalu menyangkal pendapat yang mengatakan kekerasan dan tekanan dikenakan dalam kursus kepimpinan batch aku.

· Aku hampir pitam time slot muhasabah, kursus asas kepimpinan batch aku. Huahua..nsib bek de sahabat kat sebelah, kalo tak dh lama aku tergolek kat tepi pantai tu. Haha...Tapi takdela sampai demam coz bg aku takdelah berat sgt dia punya pengisian. Mmm…

· Tak sihat bila terlibat dengan projek2 besar. Cth: Demam time E-scosa 07 (suma org dh balik umah time tu. Huhu…)


Cukup kot testimony. Yg lain tu biar tinggal dalam fail. Tapi kelebihan demam ni ialah demam ni cepat kebah. Bisa kebah dalam masa 1 hari kalu kena cara, Alhamdulillah. Caranya? Banyakkan istighfar. Cek balik pe yg dh dibuat, muhasabah diri (bukan bermaksud bila sakit je perlu muhasabah diri, but perbnyakkan lagi coz slalunya bila sihat orang takkan Nampak kesalahan yg dibuat) ...insyaAllah cepat kebah sakit tu. So, tak yah la nk pening2 sangat. Peace!!



Cara2 untuk Menghindari



(Stress terhasil kerana perasaan kecewa, marah dan bimbang)


“Prevention is better than cure”. Ayat yang amat glamer, kalu mana2 budak U yang cakap dia tak pernah dengar, memang ada sedikit unsur2 penipuan la..Ok, kembali ke topic asal. Camna nk prevent dari tewas dengan tekanan ni?? Setelah berfikir sepanjang hari ni, dapat la buat sedikit cara, yg agak sesuai utk diri sendiri, utk orang lain tak pasti plak tp maybe leh try
.

· Elakkan berasa kecewa yang keterlaluan dalam perkara2 yg telah lepas. Fikirkan dan aplikasikan hasil pemikiran tersebut supaya perkara yg sama tidak berulang. Sesungguhnya hari esok menghidangkan sesuatu yg baru.

· Tido kalu tengah marah/tertekan (b4 that bawak2la solat sunat, mntk tenangkan hati). Cara ni agak berkesan. Slalu dipraktikkan dan kesannya amat memuaskan hati. Tapi agak bahaya dipraktikkan time nk exam. Tak pasal2 asyik tido je, dgn alasan nk kurangkan stress. Huhu..

· Jangan sempitkan pemikiran dengan sesuatu yang tidak pasti dan tidak penting.

· Jika terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan/dirasakan penting, susunlah ia mengikut keutamaan. Kekeliruan dalam menyusun perkara mana yg perlu didahulukan akan menyebabkn stress berlaku.

· Elakkan rasa terlalu bimbang dengan apa yang akan terjadi. Serahkan segala2nya pada Allah, bertawakal, tp dengan syarat dh usaha untuk selesaikan benda tu/ buat yang terbaik. Ni semua org tau, just kurang praktik kot.

· Bijak memotivasikan diri sendiri. Perkara2 yang leh memotivasikan diri sendiri bergantung kepada diri masing2. Aku?? Haha..de ar..tak perlu dikhabarkan di sini.


Hehe..bnyk lagi nk taip tp dh lewat plk. Kepala dh berat balik. InsyaAllah kalu dipanjangkan umur, dpat la benda2 tu terupdate kat cni. Mmm…


*Mimpi bleh mempengaruhi emosi gak ke?? Sebab semalam aku mimpi kena penjara kat mana ntah (kesan aku baca pasal ISA + Guantanamao sebelum tido kot) dan dikenakan hukuman mati dengan cara ditembak dengan revolver. Tapi tak mati la walau kena tembak di kepala. Dh namanya pun mimpi. Tapi kalau betul2, dh sediakah aku untuk menghadapinya?? Astaghfirullahal’azim. Sesungguhnya janji-NYA PASTI!!!



3 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

huhu ganas sungguh mimpi.. erm bese je demam... selalu x de sebabpun bley demam.. n da best.. kalau jumpa dr.. mesti dpt mc.. haha.. org lain jeles.. sebab senang sangat dapat mc.. caranya mudah... huhu... bodek2 sikit dr... huhu... moga sembuh...

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

eh satu lagi.. waktu nyaris pitam tu.. ad x sahabat yang betul2 dah pitam??.. huahua

Sifrulmind said...

Betul2 pitam?? Memang de... Baru start dh pitam. Ntahpape. Hehe..