Hari Isnin, hari pertama berpuasa, sedang enak duduk di bilik sambil menyiapkan kerja2 yang tertangguh, tibe2 tepon bunyik. Panggilan dari rumah. Aku senyum tapi tak lama. Perbualan paling ringkas pernah dibuat jika dibandingkan dengan perbualan2 sebelum ini. Ringkas tapi menghasilkan satu keputusan yang tidak diduga. Aku perlu pulang hujung minggu ni. Walaupun proposal tak siap lagi, asement pun lom siap, minggu depan de test, dan beberapa meeting yang penting, aku tak de pilihan. Terpaksa menyusahkan beberapa orang sahabat atas keputusan ini. Maaf aku pohonkan dari kalian.
Dan malam ni, kul 10mlm insyaAllah aku akan bertolak ke Johor. Ada perkara yang perlu ku selesaikan di sana. Namun ku pasti, rencana-NYA adalah yang terbaik buatku. Subhanallah walhamdulillah....
*Bicara pendek sebelum meninggalkan kampus seketika, insyaAllah...
0 comments:
Post a Comment