RSS

Friday, September 19, 2008

Serampang Dua Mata...



Tengahari td, menghadiri satu perjmpaan kecil bersama para pengendali usrah muslimat kat tempat aku belaja ni. Banyak isu, masalah2, pendapat dan tidak kurang jugak berita2 semasa diperbincangkan. Kebnyakan isu2 berbangkit, namun pelbagai pendapat penyelesaian diutarakan. Dalam banyak2 isu yang dibincangkan tu, terdengar satu komen yang ada benarnya berkenaan solat jemaah. Jika dilihat dari bahagian tangan kiri, mungkin pendapat ini salah, dan jika dilihat dari tangan kanan, pendapat ini amat2 betul. Tapi aku cuba berada di tengah2, di mana terletaknya otak yang sinonim dangan ‘aqal dan dipandu oleh iman (insyaAllah) yang diwakili oleh hati. Aku teringat satu kisah yang aku baca dlm lambakan email2 aku. Alhamdulillah, ambik masa tak sampai 10 mint, dapat jumpa email tu slps selongkar inbox email yang tak pernah terurus tu. Hanya cerita pengalaman seorang sahabat, tapi amat berkaitan dengan isu yg timbul ketika dalam perbincangan tadi. Jom hayati jap!!

____________________________________________________________________________


Dengan perlahan dia melipat sejadahnya. Dan dengan langkah yang tenang, dia mengorak langkah ke surau asrama yang terletak selang 2 buah dorm dari dorm kami. Aku mengekori tiap langkahnya dengan ekor mataku. Mmm..begitulah rutin harian kakak seniorku ini. Tidak pernah ketinggalan untuk solat fardhu secara berjemaah di surau. Namun apa yang menjadi persoalan aku sejak aku menjejakkan kaki ke sini ialah kebiasaan kakak seniorku ini. Dia akan bersolat sunat rawatib (sebelum atau selepas solat fardhu) di dalam dorm. Seusai solat sunat, dia akan menyapa kesemua ahli dormku. Sapaannya ringkas, hanya bertanya tentang apa yang kami sedang lakukan. Selepas selesai rutinnya itu, barulah dia menuju ke surau asrama.

Bulan pertama aku di asrama, aku masih malu untuk menegurnya, memandangkan dia tidak banyak bercakap. Disebabkan itu, segala persoalan mengenai amalannya itu hanya berlegar-legar di kepalaku sahaja. Walau bagaimanapun, pada suatu hari, peluang itu muncul. Aku berkesempatan untuk solat subuh secara berjemaah dengannya, dengan dia menjadi imamnya. Kebetulan pula, hari itu adalah hari cuti. Selepas membaca Al-Quran, aku bergerak ke rak-rak buku agama yang terletak di belakang surau. Secara kebetulan, dia juga berada di situ. Melihat kehadiranku, dia tersenyum. Dia memulakan bicara. Walaupun kami tinggal di dalam dorm yag sama, kesempatan untuk berbual-bual amat terhad. Kelapangan waktu pada pagi itu memberi ruang kepada kami untuk berbicara panjang. Pelbagai topik yang kami bualkan. Dari hal pelajaran, asrama, sukan, persatuan, keluarga hinggalah kepada soal alam sekitar.

Tiba2 aku teringat tentang persoalan yang selama ini menghantui diriku. Keramahannya membuatkan aku tidak lagi terasa malu untuk bertanya. Aku bertanya mengapa dia melakukan solat sunat di bilik, mengapa menyapa ahli2 bilik tetapi tidak pernah mengajak mereka untuk solat di surau. Dan beberapa soalan lain yang aku kira tidak pantas jika dinyatakan di sini. Namun jawapannya amat mudah dan aku tidak dapat menyangkalnya. Mudah tapi tidak ramai yang mengamalkannya dengan istiqamah. Berikut adalah jawapannya (telah diolah mengikut kefahaman aku)

"Dalam kita menyebarkan dan membina sesuatu yang baik tu, kita mesti tahu yang mana perlu didahulukan, yang mana mempunyai hak yang lebih berbanding yang lain2. Rasullullah selalu menekankan supaya apabila membina sesuatu yang baik itu perlulah bermula dari sesuatu yang kecil dahulu. Bermula dari dalam diri, kemudian orang2 yang terdekat (keluarga), selepas itu masyarakat sekitar (kampung, daerah, mukim) dan skop itu semakin lama semakin besar, semakin luas. Dalam konteks kita berada di dalam asrama ni, ahli2 dorm adalah ahli keluarga kita, asrama adalah kampung/negeri kita, dan sekolah ini merupakan negara kita. Ahli2 bilik kita mempunyai hak terhadap apa yang kita lakukan berbanding orang2 lain."

"Ok, soalan adik tadi. Kenapa akak solat rawatib di bilik, bukannya di surau, seperti solat fardhu?? Salahkah?? Adakah nas2 yang menghalangnya?? Kalu ada, harap dapat ajukan pada akak. Akak masih mencari dan masih cuba memahami Islam itu sendiri. Kalau kita fikirkan, jika semua solat kita lakukan di surau, apa yang tinggal di bilik kita? Apa yang akan jadi pada ahli2 bilik kita? Memang solat berjemaah di masjid itu tidak diwajibkan ke atas muslimat, namun kita berpeluang untuk membuatnya, tanpa sebarang halangan. Solat jemaah amat dituntut oleh Islam dan ganjarannya amat besar, tapi adakah kita nk kaut ganjaran2 tu sorang2? Apa yang akan kita jawab nanti di hadapan Allah jika pada "hari tersebut" kawan2 kita mengadu yang mereka tidak dapat pahala solat berjemaah, pahala solat di awal waktu, kerana kita tidak pernah mengingatkan mereka? Ok, macam ni. Kalau adik tengok ahli bilik kita, adakah semuanya solat pada awal waktu? Adakah mereka akan segera bingkas bersolat apabila terdengar seruan azan, atau mereka lebih mementingkan kerja2 harian berbanding solat??"

"Akak bukan seorang yang berani apalagi bijak menyusun kata untuk menegur, tapi akak lakukan apa yang akak mampu dan pasti dapat lakukan secara berterusan. Dengan solat sunat rawatib di bilik, secara tak langsung kita dapat mengimarahkan dorm kita dengan solat2 sunat. Pada masa yang sama dan tidak langsung, kita dapat mengajak ahli2 dorm kita untuk solat di awal waktu. Sekurang-kurangnya mereka sedar, waktu solat telah masuk, perlu tunaikan solat segera. Bukan bermaksud akak solat di dorm semata-mata kerana sebab2 tersebut. Tidak bermaksud akak nk menunjuk-nunjuk. Tapi apa yang akak niatkan, akak buat ni sebagai salah satu medium untuk berdakwah. Akak lebih suka menyampaikan apa yang akak nk sampaikan melalui perbuatan dan tingkah laku, sebab akak tak pandai bercakap. Kalau akak cakap, mungkin maksud yang akak nak sampaikan tu disalahtafsir oleh penerima. Dengan cara ni, akak dapat solat fardhu berjemaah di surau, dan pada masa yang sama tidak mengabaikan rakan-rakan sebilik. Solat fardhu secara berjemaah amat penting. Hidup kita ni terlalu singkat, jadi rebutlah ganjaran2 bonanza yang Allah tawarkan."

"Berkenaan dengan menyapa mereka sebelum bergerak ke surau pula, macam yang akak cakap tadi, akak tak pandai nk berbicara. Kekuatan juga kurang untuk mengajak, apalagi menegur rakan2 sebilik. Sekurang-kurangnya, dengan menyapa rakan2 di dalam bilik, dalam keadaan kita bertelekung dan telah siap untuk ke surau, mereka sedar, sudah tiba masanya untuk mereka bersolat. Kerja-kerja mereka perlu ditinggalkan sebentar. Kadang2 tak perlu kata2, "Jom pergi solat jemaah", "Dh masuk waktu ni, tinggalkan kerjamu sebentar,", "Dh2, jom solat,". Tak perlu nak desak2 mereka. Kebanyakan orang tidak suka dengan desakan, terutama mereka yang baru menjejakkan kaki ke alam remaja. Rimas. Oleh itu, aplikasikan pendekatan dengan cara menegur dalam keadaan mereka tidak sedar, mengajak dalam bersahaja, tapi dengan cara yang betul dan benar2 berkesan. Action may speaks louder than words."

“Kita cuba berfungsi seperti serampang dua mata. Untuk diri dan orang2 sekitar. Jangan biarkan penyataan menunaikan hak rakan2 sedorm, atau masyarakat sekitar menghalang kita untuk berlumba memenangi peluang solat berjemaah di surau. Di asrama, kita masih bebas untuk melakukannya. Kalau di rumah, apabila kita dewasa kelak, ada sesiapa yang boleh membri jaminan peluang ini akan datang lagi?? Selagi mana ia ada, try to grab that opportunities. Our life is short, don’t make it shorter by letting any opportunities gone.”


Jawapan tersebut benar2 membuka hatiku. Walaupun tiada nas2 AQ atau hadith yang diketengahkan, namun pendekatan logik aqal yang akak ini gunakan amat sesuai dengan tahap penerimaan aku, seorang yang baru merasai keindahan amalan2 Islam itu sendiri. Benarlah katanya, kadang2 kita terlalu mengejar ganjaran2 yang Allah janjikan secara bersendirian, dan apabila kita nampak akan kepentingnanya terhadap kita. Tp kita sering lupa akan hak2 orang2 di sekeliling kita, keluarga kita, jiran2 kita, masyarakat dan umat Islam amnya mendapatkan perkara yang sama juga. Kewajipan berdakwah, method2 berdakwah juga perlu dipelbagaikan mengikut kemampuan masing2. Jangan jadikan kelemahan diri, kekurangan diri sebagai alasan untuk kita mengabaikan dan mengkesampingkan kewajipan yang telah diamanahkan oleh Allah terhadap kita. Wallahua'lam..

____________________________________________________________________________

Satu artikel yang nampak ringkas, tapi amat bermakna. Diharap dapat merungkai beberapa persoalan yang bermain-main di fikiran masing2. Kesimpulan mudah yang aku boleh simpulkan di sini:

  • Pelbagaikan method dakwah dan istiqamah dalam melakukannya.
  • Jangan jadikan dakwah itu sebagai satu beban, tapi jadikannya ia seronok dengan melakukannya mengikut cara yang kita selesa, suka, dan mampu lakukan (selagi mana tidak melampaui batas2 syara')
  • Jangan jadikan tidak mampu, masih belajar, diri tidak baik/perfect, masih banyak cacat cela dalam diri, tidak mempunyai kekuatan untuk menegur, sebagai alasan untuk "lari" dari kewajipan berdakwah. Sesungghnya kekuatan itu tidak akan datang sendiri, ia perlu dibina.
  • Jangan "makan" sorang2. Ajak orang lain "makan" sekali.
  • Ambil berat nasib/perihal jiran tetanggamu.


1 comments:

Anonymous said...

salam...emm,ana setuju.dakwah bukan hanya tertumpu pd 1 method tp kita boleh pelbagaikan mengikut kreativiti dan cara kita sendiri..yg penting kita tak ketinggalan utk merebut bonus2 yg Allah janjikan..:)