Ila Syabab
"Kami mahu selepas ini
untuk mengembalikan bendera Allah berkibar di atas kawasan ini
yang telah mengecapi bahagia dengan Islam suatu ketika
dan telah bergema di dalamnya suara mu'azzin dengan takbir dan tahlil,
kemudian dikehendaki baginya kesusahan yang telah berlaku
untuk hilang daripadanya cahaya Islam
lalu kembali kepada kekufuran selepas Islam.
Andalus, Sicili, Balaqan, Selatan Itali, Jazair, Laut Rome,
semuanya adalah jajahan Islam yang mesti dikembalikan ke pangkuan Islam.
Mesti dikembalikan Laut Putih dan Laut Merah,
dua lautan Islam sebagaimana sebelumnya..."
"Kami mahu selepas ini
dan bersama-sama untuk mengishtiharkan da'wah kami ke seluruh dunia
dan menyampaikan kepada seluruh manusia,
meratakan seluruh pelusuk bumi dengannya.
Da'wah ini akan menundukkan semua kekuatan sehingga tidak ada lagi fitnah
dan kepatuhan semua makhluk hanya kepada Allah.
Moga di hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah
dan Allah Amat Perkasa lagi Amat Mengasihani..."
"MEREKA YANG CUAI DAN BACUL (PENAKUT)
akan mengatakan ini satu khyalan yang mendalam
dan perasaan yang menguasai jiwa manusia.
Itulah kelemahan yang kita tidak sedari serta tersembunyi
dan tidak juga diketahui oleh Islam.
Itulah dia WAHAN yang dicampakkan ke dalam hati-hati umat ini
yang membolehkan musuh-musuh mereka menguasainya.
Itulah kemusnahan hati dari iman
yang merupakan sebab kejatuhan orang Islam.
Sesungguhnya kami canangkan dengan jelas dan tegas bahawa
Setiap Muslim yang tidak beriman dengan manhaj ini
dan tidak berusaha untuk mencapainya,
tidak ada saham baginya dalam Islam.
Maka hendaklah ia mencari suatu pemikiran lain
yang dapat ia patuhi dan bekerja untuknya"
(Imam asy-syahid Hassan al-Banna dalam menyatakan batas2 usaha yang patut dilakukan dan ditujukan khas kpd Ikhwan ke arah mendirikan kerajaan Islam)
1 comments:
Takbir sket kt ukhti
Allahuakbar
Post a Comment