RSS

Tuesday, September 9, 2008

Bila Pulang ke Kampung Sekali-sekala...

Cerita Satu

Di satu petang jumaat yang mendung dan sejuk,,

“Arek mareng ndi?”

“Mareng muar, arek tuku teket,”

“Kapan arek moleh?”

“Isuk,”

“Huh, gasik temen neng ngumah. Rong dino wae neng ngumah, ish. Moleh dino ngahad wae la. Dak eneng wong neng ngumah. Sopo seng arek ndelok Aiman? Mak'e dak eneng neng ngumah.”

“Erk…mmm..Cannot la mom. Actually I’ve to pass up my fyp proposal on Monday and the proposal not complete yet,”

“Ish, boca kiye. Orang cakap betol2, die cakap omputeh plak. Macam la mak paham..”

“Hehe…”

Ntahpape punye anak! Contoh yang tak boleh diikut. Sebenarnya cuba mencover betapa terkilannya hati coz x dapat nak penuhi permintaan ibu untuk kesekian kalinya. Huhuhu….memang, manakan boleh cuti 2 hari mencover 2 bulan masa ketiadaanku. Banyak yang mak cite kat aku sepanjang 2 hari kat umah tu. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Dari satu masalah ke masalah yang lain. Dari satu gossip ke gossip yang lain. Opss..biasa arr tu. Begitu ceria. Jika hari jumaat adikku yg berada di UUM turut berada di rumah untuk berkongsi mendengar cerita tersebut (setelah aku paksa dia balik & terpaksa support perjalanan pergi balik dia dr kampus utk balik ni dan balik raya nanti. Huhuhu..), ari sabtu aku bersendirian. Tapi wajahnya tetap ceria. Ahh..rasa bersalah teramat sangat ketika kaki melangkah masuk ke dalam bas utk pulang ke kampus. Walaupun wajah cerianya mengiringi kepulanganku, manakan kutahu apa yang ada di hatinya. Hanya ucapan maaf yang dapat kulafazkan sebelum mengatur perjalanan pulang ke kampus. Alhamdulillah, dia membenarkanku pulang ke kampus. Huhuhu..

Abdullah bin Umar r.a. berkata;

Seorang datang kepada Nabi SAW. dan berkata; “Saya ingin berjihad(Perang fisabilillah). Nabi SAW. bertanya; “Apakah kedua ibu-bapamu masih hidup?”. Ya kedua-duanya. Sabda Nabi SAW.; “Di dalam melayaninya harus berjihad”.





*Sape tak paham perbualan kat atas tu, pandai2la carik sendiri makna dia. Saje nk menghidupkan bahasa warisan bangsa, walaupun sebenarnya bukan tau sgt pun. Huhuhu....


Cerita Dua

Pagi Sabtu yang tak kurang sejuknya jugak coz hujan cam nk turun…

“Raye dh beli tiket?”

“Dh. 24hb malam, insyaAllah,”

“Aik, awalnye?”

“xpe ar. Dh tahun akhir kat sana. Sebelum ni slalu balik sehari sebelum raya atau pagi raya. So, tahun ni nak balik awal sikit. Lagipun xde orang kt umah dh skang. Xde sape nk tolong2. Hehehe…(gelak gaya2 anak mithali. Kui3..)…”

“Haa..bagus ar. Leh tolong abah cat umah tahun ni. Luar dan dalam. Hahaha…Ok, nk cat warna ape? Nanti abah beli,”

“Erk..cat umah? Mmm…kalau yang luar warna asas die bg warna puteh, pastu lukis mural sikit. Yang dalam plak bg warna itam. Biar x nampk kotor bila si Aiman conteng dinding,”

“Ish, ade ke pulak. Ingat ni nk cat penjara ke, men lukis2 mural, cat itam plak tu. Ish3…”


(Gambar hiasan. Rumahku tidak secantik ini. Hehe..)

Ntahpape sekali lagi! Orang mintak idea die g men2 plak. Nak wt camne, anakmu ini memang suka bermain-main. Huhu.. Cat umah. Kerja rutinku sejak kecik2 dulu. Tapi dh 3 tahun aku tak wt keje ni coz slalu balik umah lambat. Pernah skali sampai umah pagi raya dan pagi tu suma org x g beraya coz aku tido slps kepenatan kononnya menempuh perjalanan yg jauh. Bila g beraya, suma org tanya, “Pukul bape ko bangun tido td?” Adoilaa….kantoi...

Mmm..disebabkan dalam family aku sebelum ni xde anak lelaki (skg dh de ar, abang ipar aku dh de 3 orang, tapi takkan nk harapkan depa je kot. Depa de family masing2...), aku ngan adik aku slalu tolong ayah aku wt keje2 kat umah tu. Ye ar, kalu sume tolong nk mak, sape nk tolong ayah kan? Hehe…Tolong mana yang termampu dek kudrat yang terhad ni la.


Hehe…dan tahun ni utk pertama kalinya adik2 aku suma xde kat umah dan balik lewat, so mmg xde org kat umah. So, sekali lagi, untuk mencover terkilannya aku tak dapat nk penuhi permintaan mak aku, aku balik seminggu lebih awal dari biasa. Bukan raya yang aku kejarkan, tapi kesempatan untuk aku berbakti kpd kedua org tuaku selagi mana aku berkesempatan untuk berbuat demikian kerana sekali lagi aku nyatakan, aku tidak tahu bila janji-Nya yang pasti, akan datang kepadaku. Allahu Akbar..

“Dan Kami perintahkan kepada man

usia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah bertambah-tambah, dan menyapihkan dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu”

(Surah Luqman: 14)

*menyapihkan = menyusukan

Kesimpulan 'aqal pendek => Jangan duk jauh2 dari umah mak ayah.
Kesimpulan 'aqal panjang=> Mmm..fikirkan sendiri sbb kalu fikir sendiri akan lebih ingat. Rajin2lah berfikir time bulan Ramadhan ni. :-)


3 comments:

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

ceh lagi awal baliknya... huhu

Sifrulmind said...

Lagi awal? Haha..nk wat camne, tiket utk hari2 seterusnya dah abis, so 'terpaksa (dalam gembira)' beli tiket awal.

bicarahatiey said...

wah...dapat balik awal erk...tahniah2! gunakan masa di tahun akhir ni sebaiknya...

pss....seronok la baca cerita pertama tu...jarang anak2 muda yang dapat berkomunikasi dalam bahasa jawa tu skang ni....termasukla akk ni, walaupun mak abah mmg jawa juga..hehehhe