RSS

Tuesday, September 29, 2009

Dah 10 Hari Syawal Tiba


10 Syawal 1430H

Pejam-celik, dah 10 hari pakcik kat atas tu buat pengumuman raya. Ramadhan berlalu dengan pantas sekali. 1 Syawal disambut dengan meriah. Sebelum pulang ke kampong, aku tersalah beli tiket. Ketika pulang ke kampong, aku tertinggal telefon di rumah sewa. Oleh itu, ampun dan maaf aku pohon bagi mana2 sahabat yang menghantar sms ucapan selamat pada aku. Selamat Hari Raya dan mohon ampun atas segala-galanya.


Keseronokan bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak ketemu, menjamah makanan yang pelbagai, mendapat duit raya (ehemm..aku masih dapat duit raya. Haha..), bermain mercun dan bunga api, kadang2 melekakan kita akan tujuan sebenar kedatangan 1 Syawal itu. Pelbagai kemungkaran yang “dihentikan sementara” lantaran kedatangan bulan Ramadhan, dilakukan kembali pada bulan Syawal, malah kadang2 lebih teruk daripada sebelum kedatangan Ramadhan. Sehinggakan ada yang mengibaratkan Syawal ini adalah bulan “pesta bagi syaitan” selepas dibelenggu selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Astaghfirullahal’azim. Bulan Syawal yang sepatutnya menjadi anugerah kepada umat Islam selepas menempuh ujian bulan Ramadhan dicemari dengan pelbagai perkara2 yang tidak sepatutnya. Aku tak mahu membebel kat sini sebab rasanya dah banyak orang peringat sebelum Syawal tiba, akan perkara2 yang tidak sepatutnya berlaku ketika bulan Syawal. Namun disebabkan Syawal pun belum habis dan ada beberapa perkara yang masih boleh dielakkan, boleh klik sini untuk mendapatkan makluamt yang lebih lanjut. Terima kasih..


“Saya tahu, awak bermujahadah untuk menjadi baik time bulan puasa, tapi bila bulan puasa abis ja, ishh…”


Hehe..ayat seorang sahabat yang terpacul keluar dari mulutnya malam tadi benar2 membekas di hati. Teringat-ingat sampai ke hari ini. Owh, jangan salah sangka. Aku tidak marah padanya (aku dah belasah dia malam tadi. Hahaha..). Malah berterima kasih (sorila, cara ‘nak bagi kasih’ aku memang pelik sikit. Hahaha..). Ayatnya itu membuatkan aku terfikir, akan Ramadhanku yang lepas. Dan aku teringat sebuah lagu yang aku dengar sehari sebelum Ramadhan berakhir.


Muhasabah Ramadhan

Munsyid : Unic


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki


Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki


Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Ilahi


Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama


Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara


Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir


Adakah output untuk bulan Ramadhan iaitu melahirkan insane yang bertaqwa benar2 menjadi reality. Lihatlah diri, dan hisablah diri. Hanya kita yang tahu pada tahap mana kita berada. By the way, marilah sama2 kita teruskan ibadah2 yang kita amalkan ketika bulan Ramadhan tu sementara menunggu Ramadhan yang akan datang. Semoga kita istiqamah. Ameenn..

*Dilanda kebuntuan untuk menulis sejak 2-3 bulan ni. Huhu…

4 comments:

nonaro said...

isk2 bos ni ganas gak ye, suka je membelasah org.daku buleh agak sapekah org malang tu.kih2
bos buntu ke nak tulis kt blog ni?
isk patut rajin jek duk g nempel ngomen di blog daku

nonaro said...

p/s: patut la bos ni xbls msg ucapan slmt raya ku time cuti ri tu.isk2.

dan patut la balik usm je bos kalut2 je memohon maaf selamat hr raya dgn ku.

Sifrulmind said...

uITs, sampai dua komen bos bagik. Nak 'balas dendam' coz daku suka tempek komen kat blog bos ka? Haha..

Bos tau ka siapa 'housemate belasahan' daku tu? Hua3. Nampak sgt dia selalu kena belasah.

*Sape2 nak pindah masuk kat umah ni, harap bersedia fizikal dan mental. Hohoho..

Anonymous said...

*Sape2 nak pindah masuk kat umah ni, harap bersedia fizikal dan mental. Hohoho..

p/s : sape2??