RSS

Tuesday, October 13, 2009

Selamat Menghadapi "Ujian Dunia"

Hari Selasa tiba. aku fikir hari ini hari Isnin, rupa2nya sudah beranjak ke hari Selasa. Masa berlalu tanpa sempat aku check namanya. Berlalu lagi satu hujung minggu selepas datangnya Syawal. Seperti biasa, bila hujung minggu, aku tidak lekat di rumah. Walaupun mengikut perancangan awal (rancang time puasa lagi tu. huhuhu..), aku sepatutnya bermusafir ke Perlis pada hujung minggu ini, namun terpaksa ditukar kerana kesihatan sahabatku yang sepatutnya bermusafir bersamaku tidak mengizinkan. Dan pada minggu lepas, merancang satu lagi permusafiran, namun terpaksa jua dibatalkan atas sebab beberapa tugas yang mendatang. Owh, sesungguhnya aku terlalu banyak berjalan ke sana ke mari selepas ‘tamat’ belajar ni. Tidak mengapa, selagi punya masa dan kesempatan, ciptalah pengalaman seadanya. Bak kata Albert Camus, “Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.”


Hari ini menghadiri satu program motivasi utk adik2 yang kebanyakannya baru aku kenali. Menarik pengisiannya (walau bagaimanapun, aku ‘tewas’ dalam slot ke-2 sebab sudah menjadi kebiasaan aku tidur time tu. Qailullah. Huhuhu..). Walau bagaimanapun, semoga yang lain mendapat manfaat dari program tersebut. Kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Jangan terus null ya!!


Owh, satu sem hampir berlalu. Tak terasa masa berlalu. Pejam celik, pejam celik (dengan kadar yang banyak dalam masa satu hari), sudah hampir 6 bulan aku ‘menamatkan’ study degree aku. Dan sekarang, masih ‘menganggur’ dengan terhormat kot. Huhuhu.. Belum register utk further study master (masih dalam stage pra-master), menghabiskan duit geran supervisor aku dan duit CEDEC dengan merosakkan mesin dan equipment, meng’tension’kan technician sebab balik2 tengok muka aku buat experiment yg sama sejak 5 bulan yg lalu, takde nk berkembang apalagi beranak ke peringkat seterusnya dan macam2 lagi. Tub2, bila tanya kat adik2 junior, “Bila exam?” “less than 3 weeks.”. Owh, begitu pantas. Rasa cam baru bulan lepas depa register utk sem ni. Hahaha…


Owh, apakah yang aku repekkan ni? Sebenarnya nk focus kat tajuk atas tu, tapi dh melalut p mana2 ntah. Oklah, back on track. Minggu lepas, aku berjumpa dengan mantee2 aku yang dah lama aku tak jumpa secara f2f (face to face). Kesemuanya adalah adik2 2nd year dari skul EE. Mereka adalah mantee2 yg berkaliber, namun malang mendapat mentor yg hampeh macam aku ni. Di awal2 penglibatan aku sebagai mentor depa ni, depa yg lebih banyak amik inisiatif nak jumpa aku berbanding aku yang perasan busy time tu. Owh, kisah lama. Lupakan2… Housemate aku kata, perangai sebahagian besar dr depa, same je dengan perangai aku. Depa kata, aku berjaya menumpahkan kuah ke nasi walaupun tidak sekata. Dah namanya pun ‘tumpah’ bukan bubuh elok2, mestilah tak sekata. Tapi lebih baik tumpah ke nasi dari tumpah ke lantai. Eh, stop2, merepek lagi. Huhu..(kalau benda baik tu xpelah, tapi ni macam sebaliknye je). Owh, abaikan jua yg itu. ter’melalut’ lagi utk ke sekian kalinya. Ok, sebenarnya, untuk post ni sebenarnya just nk wish all the best utk adik2 dan ‘kakak2’ yang nak amik exam tak lama lagi. Masa semakin suntuk tapi masih ada masa. Kalau rasa macam blur je (ala2 orang rabun) dalam satu2 subjek tu walaupun skang ni dah sepatutnya masuk zon clear samada dgn bantuan cermin mata atau contact lens (pobondo ni??), janganlah putus harapan. Bak kata orang, berjuang hingga ke titisan darah terakhir.


“…Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"

(Surah Yusuf: 87)


Dan semalam aku terbaca satu kata2 dari orang yg dikatakan founder utk theorem pythagoras, iaitu si Pythagoras tu sendiri, yang berbunyi;


“Wahai orang muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.”


So, de sapa2 yang ingin merelakan dirinya merasai kepahitan akan kebodohan dirinya sendiri? Jika ada, silakan2, tiada siapa yang ingin menghalang. Bak kata orang tua, pisau di tangan kanan, dan mentimun di tangan kiri. Terserah kepada kita nk potong/corak tu macammana (Aku lebih suka kalau timun tu ditukar kepada tembikai. Mmmm..)


Buat adik2 4th year, 3rd year, 2nd year, dan 1st year, dan tak lupa pada Wani, Zaini, La, Sue dan Anis, All the Best utk exam kali ni. Masa yang dh lepas, biarkan ia berlalu. Kenang ia utk diambil pengajaran, bukan untuk diratapi. Masa yang berbaki ni pergunakan sebaik-baiknya. Kejayaan itu bukan sesuatu yang mustahil, kerana tiada satu apapun yang mustahil jika kita yakin kepada-NYA. Peace!!



*Arr..utk my mentees, sapa2 dapat pointer lebih/sama dengan 3.00, leh jumpa akak tuntut hadiah. Hadiah dia rahsia setakat ni sebab x fikir lagi. Masih bleh tawar menawar. Hahaha..



3 comments:

Anonymous said...

ooo........
akak pun tido gak ke...
samalah dgn mantee2 akak....
sememang nya kuah tumpah ke nasi..
hehehehe.........
thanks akak, doakan kejayan kami ye....

Sifrulmind said...

Uits, tertido pas nmpk mantee tido. Berjangkit. Huhu

Anonymous said...

yelah tu.....
blh pulak macam tu jadinya.....
klu mantee berjangkit dari mentor baru betul rasanya......
nie terbalik lah pulaknya....
hehehe....