"Melahirkan Pemimpin yang Bertaqwa dan Berilmu"
Hati dipagut rindu pada tempat itu secara tiba-tiba. Tempat permukiman selama 2 tahun. Sebentar cuma namun mengukir sejarah yang tidak mungkin luput dari ingatan (kecuali hilang ingatan. Hohoho..) Rasa seperti mahu pulang ke sana. Merasai kembali akan biahnya. Mmm…Enam tahun telah berlalu. Aku bukan sesiapa ketika di sana. Bukan KP, apalagi orang2 BADAR. Hanya rakyat jelata. Tapi..ohhooo..perasaan bercampur-baur.
“Kolej ini akan menjadi sebagai satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya. Di kolej inilah terletak tinggi rendahnya, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini”
(Prof Zulkifli Muhammad, pengasas KIM@KIK@KISAS)
Cuba teka, mana satu gambar lama dan mana satu gambar baru?
(amik gambar ni dari blog adik2 junior. Huhu...)
*Post saje2. Mmm...Nape aku tak pernah cerita tentang sekolah aku yg lagi 1? Hahaha...kerna di sana punya sejarah yang lain. Cuma kawan2 dari sana ja tahu.
2 comments:
Sekolah tun Mamat juga hebat.. punya sejarah yang manis di sana... huhu
j0m3 ke dewan peksa....
lalalalalala~~~~~
Post a Comment