“Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki/penghidupan.”
(An-Naba’:9-11)
“Tengah ada program ke?” Along bertanya. Soalan biasa apabila dia menelefon aku. “Ha’ah. De program dengan adik2 sekolah,” jawapan biasa jugak yang aku beri sebagai jawapan. “Owh, busy sangat dengan program,”. Hahaha…Aku ketawa.
“Tak balik rumah ke minggu ni?” Angah tanya di satu petang. “Mmm..tak bleh kot. Minggu ni nk pergi picnic. Dah on the way ke tempat picnic pun ni. Hehehe…”. “Picnic la pulak budak ni….”. Aku ketawa lagi.
“Ko kat mana ni? Bising semacam je?” Ude plak telefon aku tatkala aku sedang syok duduk dengar ceramah motivasi ‘Keluarga Bahagia’ (kalau aku tak silap laa..) kat Lepai, sempena program USM Bersama Masyarakat (lebih kurang camni la nama dia..). 2 minggu yang lalu, di Alor setar. Dengan bersemangat aku jawab, “Arr..de program USM bersama masyarakat kat Alor Setar ni.” . “Ish, jalan sokmo budak ni,”. Sekali lagi, aku cuma ketawa. Apa nak buat. Kebetulan time akak2 aku telefon, time tu aku tgh berkeliaran di luar kampus. Bukan selalu pun.
“Weekend ni tak pegi mana2 ke?” rumet aku plak bertanya, 2 minggu yang lepas. “Hehe..sat g nk p jamuan.”. “Hah, tu dia. Tak lekat kat bilik bila weekend. Orang bangun tido ja dia dah tak da (hyperbola je ayat dia ni. Mane de tiap2 minggu...)”. Untuk ke sekian kalinya, aku ketawa dengan selamba.
Menara mercu tanda bandar Alor Setar. Jadi penanda time aku ngan akak aku sesat kat Alor Setar 2 tahun lepas.
Dan minggu lepas, aku menghilangkan diri lagi sebelum depa sedarkan diri masing2. Utk kali ke-2, aku ke Alor Setar. Kiranya, dah 2 minggu berturut-turut aku ke Alor Setar bulan ni. Kalau minggu lepas ke Lepai, minggu ni ke Derga (rasa2nya camnilah nama dia…). Memenuhi jemputan salah seorang coursemate aku yang bertunang pada hari tu (sabtu). Menambah ilmu pengetahuan tentang adat2 tempatan yang diamalkan ketika majlis2 pertunangan ni. Banyak benda baru dan agak pelik yang aku baru tau hari tu. Hehehe..inilah bestnya bila belajar kat tempat orang. Dapat tau serba-sedikit tentang adat wa istiadat warga setempat. Walaupun nama ja bangsa melayu, tapi adat yang diamalkan agak berbeza. Inilah hikmahnya Allah menjadikan manusia ni berbeza-beza, supaya mereka saling mengenali di antara satu sama lain. Indahkan Islam ni? =). Owh, tahniah kepada sahabat aku, Norul Shahada binti Roslan atas pertunangan tersebut. Majlis walimah nanti insyaAllah kami datang lagi. Hehehe…
Selepas kenyang mentekedarah kat umah bakal arusah dan sebelum berlepas pulang ke USM, pemandu pelancong kami, cik Kiasatina telah membawa kami berjalan-jalan sekitar Bandar Alor Setar. Kami (Eqin, ‘Arifah wa aku) jadi pelancong hari tu. Actually, pagi tu sebelum ke umah yang dituju, dan sementara menunggu 2 orang sahabat dari Jitra (Farah wa Sarah), kami telah singgah di Souq Albukhari. Sebuah bangunan yang cantik dan menarik tp tak diutilize dengan baik. Banyakla plak kedai2 kosong kat situ. Jumlah pengunjung pun tak ramai walaupun kat situ de pasaraya Giant, yang kebiasaannya mempunyai pengunjung yang ramai di tempat2 lain. Dalam pada tu aku terfikir. Macam nilah jugak agaknya diri kita. Nama yang cantik atau luaran yang cantik tidak menjanjikan orang akan suka pada kita/selesa utk bergaul dengan kita. Apa yang ada di dalam diri kita tu yang menjadikan diri kita ni berharga dan bernilai. Apa yang perlu ada dalam diri kita? Antaramya, akhlak yang baik dan ilmu. Ilmu didapati dengan cara belajar dan membaca. Akhlak yang baik pula hasil dari ilmu yang dipraktikkan. So, timba2lah/jala2lah/pancing2lah ilmu dan amal2kanlah ilmu yang dh penat dicarik tu.
Menara jam. Rasa2nya setiap bandar mesti ada menara jam. Betui ka??
Ok, sambung balik hasil pelancongan. Destinasi pertama selepas bertolak dari rumah kawan aku tu ialah Pekan Rabu. Pusing2 satu Pekan Rabu (disebabkan skg ni tgh takde duit, so jalan2 cuci mata sahaja) sampaila kaki rasa penat. Pastu, pemandu pelancong membawa kami ke Pusat Dakwah utk solat. Time masuk ke perkarangan Pusat Dakwah tu, aku rasa terkejut. Uish, banyaknye moto ngn keta kat dalam Pusat Dakwah tu. Sampaikan kami nk parking pun tak boleh, terpaksa parking kat luar. Senyum bangga jap. Tapi bila aku masuk ke dalam Pusat Dakwah tu, aku sekali lagi pelik. Eh, kenapa tak de orang? Lepas beberapa minit, baru aku perasan, rupa2nya pemilik kenderaan tu bukanlah pengunjung Pusat Dakwah, tetapi pengunjung City Plaza yang terletak bersebelahan dengan Pusat Dakwah tu. Ohhooo… Salah seorang sahabat aku kata, “Alangkah bagusnya kalau pemilik2 kenderaan yang banyak ni adalah pengunjung Pusat Dakwah ni, bukan pengunjung pusat membeli-belah kawasan sekitar”. Walaupun selepas azan Asar berkumandang, hanya sedikit sahaja manusia yang bergegas ke Pusat Dakwah (kat sini ada masjid skali) utk sama2 solat Asar. So, mana pergi yang lain2?
Ok, tutup kes. Pendapat aku tentang RFC kat Alor Setar ni. Lebih selesa kot dari yang kat SP sebab dia 2 tingkat. Hehehe..lagi satu yang aku suka dengan RFC Alor Setar ni ialah (1st impression) perkhidmatan pekerja2 yang lebih pantas berbanding di SP. Jangan marah orang SP. Hehehe…pendek kata, tak payah tunggu lama sangat la. Walaupun kat depan aku ni de lebih kurang 3 org pelanggan, tak sampai 10mnt aku beratur, dah sampai turn aku. Pada masa yang sama, aku dan kawan2 aku pesan bnyak la gak, tapi sekejap je suma dah settle. Menarik kan?? Hahaha...tak tau la time aku p tu, aku bernasib baik kerna dilayan oleh pekerja yang pantas lagi ayu, ataupun memang semua pekerja2 dia memang camtu. Walau bagaimanapun, sapa2 yang p situ dan dapat layanan yang agak lewat, jangan marah aku ok!!!
Ok, abis cerita RFC. Lepas abis tu, balik straight ke USM. Tamat sesi berjalan2 untuk sem ni. Dah masuk minggu peperiksaan. Dan petang tadi aku baru shj selesai menjawab kertas pertama untuk peperiksaan kali ni dan insyaAllah akan menghadapi lagi satu kertas pada 23hb Mei, sebelum aku pulang ke kampong halaman yang telah ditinggalkan hampir 3 bulan. Eh, lupa la pulak. Full report kena hantar jugak sebelum aku balik. So, mari sambung study balik.
Wassalam
2 comments:
salam.tq bos for buying me RFC. hehe
Wslm. Welcome2. Hehehe...
Post a Comment