RSS

Monday, July 21, 2008

Yang Dinamakan 'Kasturi'

Satu hari, dalam keheningan malam hujung minggu, di rumah sahabatku (rumah dia dh jadik cam rumah ke-2 aku. Huhu..), tatkala aku berkunjung ke rumahnya semasa cuti semester yg lepas, terpacul satu soalan yang membuatkan aku terdiam seketika. Sahabat yg kukenali ketika belajar di KMM, mmg suka tanya soklan. Mmm..actually sebelum2 ni pun soklan2 yang shbt ni bagi menyebabkan aku mati kutu. Inilah padahnya kalu ilmu terlalu dangkal. Huhu…

Ok. Apakah soalan beliau? Sebenarnya soalan dia takdelah susah sangat. Berkaitan tentang “hubungan istimewa” muslimin dan muslimat. Ish, senang cakap, “cinta” di kalangan muslimin dan muslimat. Buruk benar bunyinya, macam tak sesuai disebut dan didengar, tapi kita tak boleh lari dari reality. Aku tak nak guna kalimah2 yang nampak cam baik kerana ia seolah2 cuba melabelkan sesuatu yang buruk dengan nama yang baik.

“Sesungguhnya bangkai tidak akan berbau harum jika ditukar namanya kepada nama kasturi, dan ketahuilah keharuman kasturi tidak akan terjejas walaupun ia dilabel sebagai bangkai”

Jika soalan ini diajukan ketika aku muda2 dulu (Macam dah tua sangat ja, hehe..), jawapan yang aku berikan sudah tentu, “Tidak boleh!”. Eh, ni bukan bermaksud jawapan aku sekarang, “Boleh2, takde salahnya”. Bukan2, jangan salah faham. Jawapan still sama, “Tidak Boleh!” kerana sebabnya semua orang dah maklum dan tahu walaupun ada yang buat2 tak tahu, tapi pemikiran, pendekatan pelaksanaan yang berlainan. Tidak bermaksud pendekatan aku sebelum ini tidak boleh digunakan, tapi maybe tak berkesan ke atas sesetengah orang. Pendekatan yang terbaru ni masih dalam percubaan jugak. Seiring dengan pertambahan kematangan aqal fikiran (Ye ke?? Hehe..), Lain padang lain belalang (leh guna ke peribahasa ni?? Taram jelah!!)

Baik. Pendekatan yang aku gunakan sebelum ni lebih kepada kaedah yg agak keras. Mm..maybe kerana jiwa remaja yang sedang membara bersemangat dan kadangkala pemikiran yang singkat, hanya melihat apa yang ada di depan mata. Ahh..abaikan sahaja. InsyaAllah akan memberi manfaat jika dijadikan iktibar dan panduan dalam mengharungi hari2 yang mendatang.

Ok berbalik kepada sokln sahabat ni. Dia ceritakan macammana sahabat dia (aku tak kenal pun) terjebak dalam cinta yang dikosmetikkan dengan nama Islam (Astaghfirullah, kupohon keampunan-Mu jika apa yang kuperkatakan ini menimbulkan murka-Mu). Mula2 malas nk komen, tapi bila tindakan yang diambil tu menimbulkan fitnah pada Islam itu sendiri, rasa marah meluap-luap plak, walaupun muka rilek semacam dan bleh gelak2 lagi time membicarakan isu ni. Ahh...kadang2 apa yg terpancar di muka bukan apa yg hadir di hati. Bukan caraku untuk berdiam diri tatkala ad-Deenku dipermain-mainkan. Apa yg dilakukan, tidak perlu aku nk cerita kat sini. Tanganku tak sanggup nak menaip pe yg telah dilakukannya. Astaghfirullah. "Ya Allah, jauhkan diriku, saudara2ku dari perkara2 tersebut".

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada jua berkuasa, maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”

(Riwayat Muslim)

Tuan empunya diri menafikan namun pada masa yang sama menggunakan kecanggihan teknologi yang ada untuk menjadikan hubungan tersebut sesuatu yang halal. Menyatakan bahawa tiada hubungan istimewa tapi frust sungguh2, tatkala diri tidak dipilih untuk dijadikan teman hidup. Dan yang paling tidak boleh kuterima, menjadikan medan perjuangan ini untuk menutup niat sebenar di hati. Apa ni??

Aku tak nafikan, perasaan tu memang sesuatu yang abstrak, dan merupakan kurniaan terhadap hamba2-Nya yang sempurna.

Pepohon cintaku kian berimbun

Semakin dicantas makin bertunas

Tidak mampu, mendustai hatiku

Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku tuk menolak cinta

Yang hadir dijiwa tanpa dipaksa

(seterusnya)

*Tiba2 teringat plak lagu Inteam, Kalimah Cinta, lagu yang banyak meninggalkan nostalgia. Eh, bukan nostalgia bercinta, tapi nostalgia bagaimana lagu ini berjaya menimbulkan minat salah seorang sahabatku untuk sama2 menjadi ansarullah. MasyaAllah. Namun sesungguhnya hidayah itu datangnya dari Allah, lagu ini hanya pengantara shj.

Berbalik kepada kes tadi. Mmm…jangan jadikan fitrah itu alasan untuk membenarkan kita melayan perasaan tersebut, walaupun Farah Fauzana menjadikan “Layannn..” sebagai trademark (Huh, xde kaitan pun). Apa2pun, semuanya terpulang kepada diri masing2 menggunakan pendekatan yg terbaik bg diri masing2 untuk menghindarkan diri dari perkara yang dilarang Allah ni. Jika dirimu keras jiwanya tidak salah menggunakan pendekatan yang keras untuk membentuk diri. Jika jiwamu tidak bisa menerima yg lembut, jangan dibuang terus yg lembut itu kerana batu yang keras pun bisa terkesan dengan lembutnya air. Walauapapun pendekatan, jangan abaikan prinsip dan hukum Allah. Yang halal itu jelas, dan yg haram itu jelas. Jangan sesekali berdalih dalam usaha untuk menegakkan agama-NYA. Yg penting, kembalikan focus kita kepada matlamat sebenar kita dihidupkan di dunia ini. Astaghfirullahal’adzim…

Kusedar

Hadirnya bukan kupinta

Hadirnya jua bukan paksaan

Hadirnya adalah satu fitrah

Anugerah yang Maha Esa

Namun

Wajarkah fitrah dijadikan alasan?

Dijadikan penghalal bagi yang haram?

Dijadikan pemurni bagi yang jelek?

Dijadikan saksi bagi kesaksian yang sementara?

Dijadikan kosmetik bagi yang palsu?

Wahai hati

Mana mungkin cinta manusia yang kau dambakan

Tika cinta Ilahi masih jauh dari dakapan

Layakkah dirimu dikasihi

Tatkala kasih yang suci dan murni

Tumpah pada yang bukan hakiki

Sedarlah wahai diri

Hadirmu di dunia ini bukan untuk selamanya

Kau akan pulang suatu hari nanti

Bila, di mana dan bagaimana?

Engkau tidak layak untuk bertanya

Apa yang kau perlu tanya

APAKAH ENGKAU TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA???

1 comments:

FaFa said...

salam...

alhamdulillah satu penulisan yang agak menarikkkk....diselitkan juga dgn jenaka yg mencuit hati....hihi..rindulah kat akak....may Allah bless you...wslm =)