RSS

Friday, July 18, 2008

Jernihkan Pemikiran...



“Katakanlah kepada hamba-hambaKu Yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, sama ada Dengan merahsiakan pemberianNya itu atau Dengan terbuka; sebelum datangnya hari Yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)”.[Ibrahim 14:31]

Sedar tak sedar dh hampir sebulan tak meng’update’ blog. Sibuk? Takde sibuk sangat pun tapi kegagalan diri mengatur masa dengan baik menyebabkan masa yang telah diperuntukkan tidak dapat dipergunakan seoptima yang mungkin. Dan semalam, untuk ke-2 kalinya dalam sem ni, aku ponteng kelas wlaupun kelas baru start 2 minggu. Mmm..kesihatan yang tak bape nk clear. Maybe kaffarah dari dosa2 yang aku buat. Astaghfirullahal’adzim.

Pagi ni, di celah2 kerja2 yang masih lom selesai, aku melawat jap blog sendiri yg x terurus ni. Mengalih perhatian kepada sesuatu yang lain sebentar, melegakan mana2 yang tegang, menenangkan mana2 yang kacau, merehatkan mana2 yang letih. Xpe2, harini cuti.

Mmmm…Dalam sibuk2 memulakan sem baru ni, (permulaan sem yg paling bercelaru setakat ni), tak perasan plk dh masuk bulan Rejab. Itu pun selepas adik aku tanya kat aku, “weh, bila ko nak beli baju raya?” Erk, dah nak pose ke? Ooohh..cepatnya masa berlalu. Serasa nafas yg ditarik belum sempat dilepaskan, berbulan-bulan dh berlalu. Salah satu tanda semakin hampirnya kita dengan hari yang dijanjikan.

"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"

Hadith yang amat popular, yg aku dengar sejak dari zaman sekolah dulu. Aku tidak pernah mempertikaikannya kerana ilmu aku terlalu dangkal. Huhuhu…Actually, berkenaan bulan Rejab, banyak kelebihan2 yang dihidangkan dan diwara2kan. Antaranya:

  • "Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" – hadith Dha;if.
  • "Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - hadith Mawdhu'
  • "Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadith Dha'if.
  • Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? –Hadith Mawdhu' (palsu)
  • Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. –Hadith Dhaif
  • · Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berputus asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. –Hadith Mawdhu' (palsu)

“Ahhh..ape yang ko cuba nk terangkan ni? Tadi kata kelebihan, ni kata sume tu bukan hadith sahih plak. Ko nk btau yg ‘amalan2 kitorg tak betul selama ni? sesat? Bid'ah?” Huhuhu..jgn salah anggap. Aku bukan bermaksud nk memperlekehkan ‘amalan sesiapa pun, mahupun menghukum mana2 pihak, kerana aku manusia biasa, yang ilmunya hanya beberapa zarah je kalau nk dibandingkan dengan lautan ilmu-NYA. Aku just nak btau, kebanyakan kelebihan2 bulan Rejab diungkapkan oleh hadith2 yang dhaif atau lemah tarafnya. Hadith pertama yg aku utarakan tu pun hadith yang dhaif dan sesetengah ulama’ menganggapnya sebagai hadith palsu. Sekali lagi aku katakan, Aku bukan bermaksud nak mempertikaikan ‘amalan2 saudara2 seIslamku yg berpuasa pada bulan Rejab, mahupun memperbanyakkan ‘amalan pada bulan Rejab, tak salah berpuasa pada bulan Rejab. Tak salah memperbanyakkan ‘amalan pada bulan Rejab. Tapi apa yg aku nk state kat sini ialah pengkhususan ‘amalan2 tertentu pada hari2 tertentu shj dgn ganjaran yg kadang2 hiperbola di dlm buln Rejab kerna tiada nas yg jelas menerangkan ttgnya. Ziarah kubur, puasa pada/dengan bilangan hari2 tertentu, qiam pd mlm2 tertentu, solat2 khas. Mari kita teliti hadith di bawah:

· Diriwayatkan oleh Musnad Ahmad : "Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

· Rasulullah saw bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)) ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram))


Memetik kata2 Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab.

"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf. Kelebihan ber’amal ketika bulan Rejab adalah sebab bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram (selain dari bulan Muharram, Zulqaedah dan Zulhijjah). Tiada ganjaran2 istimewa (wallahua’lam) yang dijanjikan secara sahih/mempunyai nas2 yang sahih bagi hari2 tertentu dalam bulan Rejab. Sepanjang hari pada bulan Rejab adalah sama. Tiada hari2 tertentu yang istimewa. Sheikh Atiyah Al-Saqr, Ketua Lujnah Fatwa al-Azhar telah menyatakan:

"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'"

Ibnu Hajar Al-Asqalani Ibnu Hajar(Ulama` hadith) juga menegaskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan, kecualai memang benar telah sahih akan nas2nya. Seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadhilat-fadhilat yg sama. Pendapat ini juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh. Nah, mahu disangkal apa lagi? Kita sering memperbnyakkan 'amalan pada bulan Rejab shj, bagaimana plk dengan bulan Muharram, Zulqaedah, Zulhijjah?

Sekali lagi aku ingin katakan, bukan soal hukum sesuatu ‘amalan yang ingin aku ketengahkan tp soal menerima atau menggunapakai sesuatu hadith atau maklumat yang berkaitan dengan sesuatu ‘amalan. Sumber, kesahihan dan ketulenannya perlu diteliti. Ulama’ kontemporari, Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadith yg diberikan kepada kita. Alasan tidak tahu rasanya dah tak boleh digunapakai kerana lambakan maklumat/buku2 yang ada di pasaran. Terpulang pada kita utk memanfaatkannya. (Ingatan dan teguran kepada diri sendiri juga. Huuu…). Jangan melenting jika kita dikatakan menyebarkan bid’ah, kerana mungkin ia tercetus dari kelalaian kita meneliti sumber sesuatu ‘amalan. Lagi satu, ber’amallah dengan ilmu dan kefahaman, bukan taqlid buta semata-mata. Dan ikhlaskanlah niat dlm ber’amal, jgn ber’amal hanya kerna memburu ganjaran2 yg diperkatakan (bukan bermaksud tidak yakin pada janji Allah, Astaghfirullah), tetapi b’amallah hanya kerna-NYA. InsyaAllah Allah tidak pernah menghampakan hama2-NYA yang ikhlas dalam mencari redha-NYA.

Whateverpun, teruskan ber’amal dan jangan larang orang lain untuk ber’amal kerana orang yang sibuk ber’amal tidak akan punyai masa untuk menghalang orang lain ber’amal. ‘Amalan yang kabur perlu diperbetulkan, dijernihkan, bukan dicantas dan dikuburkan.

Wallahua’lam.

P/S: Jika terdapat kepincangan/kesalahan maklumat dalam tulisan ini, teguran amat dialu-alukan utk sama2 menjernihkan yg keruh, merungkai yang kusut.

0 comments: