Satu hari, dalam keheningan malam hujung minggu, di rumah sahabatku (rumah dia dh jadik cam rumah ke-2 aku. Huhu..), tatkala aku berkunjung ke rumahnya semasa cuti semester yg lepas, terpacul satu soalan yang membuatkan aku terdiam seketika. Sahabat yg kukenali ketika belajar di KMM, mmg suka tanya soklan. Mmm..actually sebelum2 ni pun soklan2 yang shbt ni bagi menyebabkan aku mati kutu. Inilah padahnya kalu ilmu terlalu dangkal. Huhu…
Ok. Apakah soalan beliau? Sebenarnya soalan dia takdelah susah sangat. Berkaitan tentang “hubungan istimewa” muslimin dan muslimat. Ish, senang cakap, “cinta” di kalangan muslimin dan muslimat. Buruk benar bunyinya, macam tak sesuai disebut dan didengar, tapi kita tak boleh lari dari reality. Aku tak nak guna kalimah2 yang nampak cam baik kerana ia seolah2
“Sesungguhnya bangkai tidak akan berbau harum jika ditukar namanya kepada nama kasturi, dan ketahuilah keharuman kasturi tidak akan terjejas walaupun ia dilabel sebagai bangkai”
Jika soalan ini diajukan ketika aku muda2 dulu (Macam dah tua sangat ja, hehe..), jawapan yang aku berikan sudah tentu, “Tidak boleh!”. Eh, ni bukan bermaksud jawapan aku sekarang, “Boleh2, takde salahnya”. Bukan2, jangan salah faham. Jawapan still sama, “Tidak Boleh!” kerana sebabnya semua orang dah maklum dan tahu walaupun ada yang buat2 tak tahu, tapi pemikiran, pendekatan pelaksanaan yang berlainan. Tidak bermaksud pendekatan aku sebelum ini tidak boleh digunakan, tapi maybe tak berkesan ke atas sesetengah orang. Pendekatan yang terbaru ni masih dalam percubaan jugak. Seiring dengan pertambahan kematangan aqal fikiran (Ye ke?? Hehe..), Lain
Baik. Pendekatan yang aku gunakan sebelum ni lebih kepada kaedah yg agak keras. Mm..maybe kerana jiwa remaja yang sedang membara bersemangat dan kadangkala pemikiran yang singkat, hanya melihat apa yang ada di depan mata. Ahh..abaikan sahaja. InsyaAllah akan memberi manfaat jika dijadikan iktibar dan panduan dalam mengharungi hari2 yang mendatang.
Ok berbalik kepada sokln sahabat ni. Dia ceritakan macammana sahabat dia (aku tak kenal pun) terjebak dalam cinta yang dikosmetikkan dengan nama Islam (Astaghfirullah, kupohon keampunan-Mu jika apa yang kuperkatakan ini menimbulkan murka-Mu). Mula2 malas nk komen, tapi bila tindakan yang diambil tu menimbulkan fitnah pada Islam itu sendiri, rasa marah meluap-luap plak, walaupun muka rilek semacam dan bleh gelak2 lagi time membicarakan isu ni. Ahh...kadang2 apa yg terpancar di muka bukan apa yg hadir di hati. Bukan caraku untuk berdiam diri tatkala ad-Deenku dipermain-mainkan. Apa yg dilakukan, tidak perlu aku nk cerita kat sini. Tanganku tak sanggup nak menaip pe yg telah dilakukannya. Astaghfirullah. "Ya Allah, jauhkan diriku, saudara2ku dari perkara2 tersebut".
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada jua berkuasa, maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”
(Riwayat Muslim)
Tuan empunya diri menafikan namun pada masa yang sama menggunakan kecanggihan teknologi yang ada untuk menjadikan hubungan tersebut sesuatu yang halal. Menyatakan bahawa tiada hubungan istimewa tapi frust sungguh2, tatkala diri tidak dipilih untuk dijadikan teman hidup. Dan yang paling tidak boleh kuterima, menjadikan
Aku tak nafikan, perasaan tu memang sesuatu yang abstrak, dan merupakan kurniaan terhadap hamba2-Nya yang sempurna.
Pepohon cintaku kian berimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu, mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku tuk menolak cinta
Yang hadir dijiwa tanpa dipaksa
(seterusnya)
*Tiba2 teringat plak lagu Inteam, Kalimah Cinta, lagu yang banyak meninggalkan nostalgia. Eh, bukan nostalgia bercinta, tapi nostalgia bagaimana lagu ini berjaya menimbulkan minat salah seorang sahabatku untuk sama2 menjadi ansarullah. MasyaAllah. Namun sesungguhnya hidayah itu datangnya dari Allah, lagu ini hanya pengantara shj.
Berbalik kepada kes tadi. Mmm…jangan jadikan fitrah itu alasan untuk membenarkan kita melayan perasaan tersebut, walaupun Farah Fauzana menjadikan “Layannn..” sebagai trademark (Huh, xde kaitan pun). Apa2pun, semuanya terpulang kepada diri masing2 menggunakan pendekatan yg terbaik bg diri masing2 untuk menghindarkan diri dari perkara yang dilarang Allah ni. Jika dirimu keras jiwanya tidak salah menggunakan pendekatan yang keras untuk membentuk diri. Jika jiwamu tidak bisa menerima yg lembut, jangan dibuang terus yg lembut itu kerana batu yang keras pun bisa terkesan dengan lembutnya air. Walauapapun pendekatan, jangan abaikan prinsip dan hukum Allah. Yang halal itu jelas, dan yg haram itu jelas. Jangan sesekali berdalih dalam usaha untuk menegakkan agama-NYA. Yg penting, kembalikan focus kita kepada matlamat sebenar kita dihidupkan di dunia ini. Astaghfirullahal’adzim…
Kusedar
Hadirnya bukan kupinta
Hadirnya jua bukan paksaan
Hadirnya adalah satu fitrah
Anugerah yang Maha Esa
Namun
Wajarkah fitrah dijadikan alasan?
Dijadikan penghalal bagi yang haram?
Dijadikan pemurni bagi yang jelek?
Dijadikan saksi bagi kesaksian yang sementara?
Dijadikan kosmetik bagi yang palsu?
Wahai hati
Mana mungkin cinta manusia yang kau dambakan
Tika cinta Ilahi masih jauh dari dakapan
Layakkah dirimu dikasihi
Tatkala kasih yang suci dan murni
Tumpah pada yang bukan hakiki
Sedarlah wahai diri
Hadirmu di dunia ini bukan untuk selamanya
Kau akan pulang suatu hari nanti
Bila, di mana dan bagaimana?
Engkau tidak layak untuk bertanya
Apa yang kau perlu tanya
APAKAH ENGKAU TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA???
1 comments:
salam...
alhamdulillah satu penulisan yang agak menarikkkk....diselitkan juga dgn jenaka yg mencuit hati....hihi..rindulah kat akak....may Allah bless you...wslm =)
Post a Comment