Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Ingatan ayah dan ibu
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkn sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Oh pejuang
Di mana pun ada ketenangan
Di mana pun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaannya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, ayah dan ibu
kepada Allah
* P/S : Ubati segera sebelum terlewat. Huhuhu...
2 comments:
salam barakah sahabatku...
jemputlah singgah di blog ana n kalu ada sedikit komentar amat dialu-alukan..
Post a Comment