"Sungguh akan terjadi satu kaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab Asyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad)
Jam menjangkau jam 3pagi tp mata masih gagal dilelapkan. Lepas hampir 10mint bergolek-golek kat katil, dan mata tak menunjukkan simptom2 untuk tido, aku bangkit kembali, menghadap pc. Dan tika itu, tangan terus menekan papan kekunci. Tap tap tap tap….
Memorandum
Secara jujur, aku tidak pernah kenal apa itu memorandum. Bukan sebab tak pernah jumpa, tapi aku memang jenis tak suka ambik pusing pasal benda2 ni (benda2 berbentuk penulisan berformat). Ahh...pedulikan. bukan format yang aku nk bincgkan. Tapi antara isi2 memorandum yang dibuat td. Salah satu perkara yang aku tertarik nk kongsi kat sini ialah isu memainkan alat-alat muzik bertali. Perbncgn ttg benda ni actually dah lapuk ditelan dek zaman namun tidak salah jika kita refresh balik maklumat2 tu. Otak kita ni pun kadang2 cam computer, kena refresh baru nmpk segar. Hehehe…
Aku budak sekolah agama (walaupun selama ni aku menafikannya sebab sekolah aku xde perkataan ‘agama’ pun), dan sejak aku mengenal kepentngan ber’amal dgn ‘amal Islami, aku telah disogok dengan kalimah => “Segala alat muzik bertali haram dimainkan”. Dan hadith kat atas tu antara hadith yang dijadikan nas untuk mengukuhkan pendapat tersebut. Dan aku yang baru mengenal apa itu biah solehah, tarbiyah, ukhuwwah, dgn mudah menerima hukum tersebut. Dan sehinggalah pada suatu hari aku balik kampong dan otw balik tu aku terbaca satu artikel tentang gambus. Dan dari situ aku terfikir, “ Gambus juga sebuah alat muzik bertali, tp ia dicipta oleh seorang ahli sufi, takkan la dia tak tau hukum? Takkanlah….” Dan dari situ aku terus mencari untuk mendapatkan kepastian. Dari gambus aku beralih ke gitar, ke biola, piano dan juga alat2 muzik yang tidak bertali spt serunai, gendang, kompang dan lain2. Hasil pencarianku itu (ceh3, cam pegi merantau jauh je nak carik ilmu ni. Keh3...), akhirnya kuketahui bahawa hadith di atas tidak boleh dijadikan hujah hukum kerana kecacatannya dalam jalur periwayatannya kerana terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Kenyataan ni dikeluarkan oleh Ibn Hazm dan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448. So, leh ke tak main gitar/alat2 muzik bertali ni???
Akhirnya aku mendapat satu kesimpulan mudah, yang digarap oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, dalam Fiqh alGhinaa' wal Musiqi, maktabah Wahbah, 2001.
Situasi diharamkan apabila bunyi gitar atau muzik itu melalaikan/membawa/meransang/memankin manusia sehiga melupakan syariat.
Gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa? Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram secara mutlak. Menjadi haram jika disalhguna. Ia sama spt dadah atau gendang. Keduanya harus dan halal untuk tujuan perubatan (dadah) dan member semngat ketika di medan perang (gendang. Leh rujuk sirah2 Rasulullah ketika pergi berperang). Tapi jika dadah itu digunakan utk menganiaya diri, utk membuat maksiat, utk digunakan dalam mendendangkan lagu2 dangdut yang melalaikan, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, Ditekankan sekali lagi, utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa? Apa yg ingin dijelaskn oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi tidak tertakluk kepada gitar sahaj, malah semua alat muzik. Nahh..jelas bukan?
Jika dilihat pula hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumuddin), ada 3 faktor penting yang mempengaruhi hukum muzik, iaitu masa, tempat dan aktiviti yg dilakukan. Mari kita soroti satu persatu.
Masa: Samada muzik itu melalaikan diri dari beribadah. Fikir2kan jika anda melewat-lewatkan solat hanya kerana asyik mendengar lagu2 nasyid. Nmpk apa yang aku nak sampaikan? Fikir sendiri…
Tempat: Suasana, situasi, upacara di mana muzik itu dipersembahkan. Adakah perlu suasana tersebut terhadap muzik tersebut? Tidak salah jika ia bertujuan untuk menceriakan suasana spt perayaan tetapi aspek2 lain perlu diambilkira. (Cth: Rasulullah membenarkan muzik dimainkan tatkala menyambut ‘idulfitri)
Aktiviti: Tidak mendedahkan muzik tersebut kepada kejatuhan moral atau tercetusnya maksiat.
Rasanya tidak perlu dipanjang2kan lagi. Jam hampir pukul 4pg tp mata tak mengatuk lagi. Apa perlu dibuat? Mari kita menghadap-NYA sebentar. Walaupun ada yang berpendapat mendengar muzik akan menenangkan jiwa, ketahuilah kalian bahawa;
“…ingatlah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”
(Surah ar-Ra’d : 28)
0 comments:
Post a Comment