“Memanda menteri, apa yg berlaku ni? Negeri beta huru-hara ‘akibat perlakuan menteri-menteri memanda menteri. Apa yang berlaku sebenarnya” kemarahan Sang Raja tidak dapat dibendung. Matanya merah menahan marah, mungkin jua menahan kantuk ‘akibat tidak tidur sepanjang malam bahana menonton perlawanan bola sepak EURO 2008 sepanjang malam. “Ampun Tuanku. Ceritanya begini Tuanku. Seperti yang Tuanku maklum, menteri2 seliaan hamba terdiri dari pelbagai kasta dan peringkat. Berbeza latar-belakang, bangsa dan juga berbeza ilmu serta tahap kepimpinannya. Jika di dalam mesyuarat, ada yang hanya pandai berkata-kata zero gerak-kerja,, ada yang kurang bijak mencanai pendapat namun pantas dalam gerakan memulihkan dan menjaga kebajikan masyarakat, ada yang positif dalam kedua-duanya dan ada juga yg hanya selesa menjadi pemerhati,” keluh memanda menteri pula. “Ohh..begitu rupanya. Apakah cadangan memanda menteri untuk menyelesaikan masalah ini. Beta tidak mahu negara beta tergadai hanya kerana kegagalan memanda mengendalikan menteri2 memanda,” Sang Raja memberi kata dua. Bendahara, Laksamana, menteri2 kanan Raja yang lain malah pengawal yg menjaga di depan pintu masuk bilik mensyuarat, masing-masing menundukkan pandangan. Suasana hening seketika.
Tiba2, Laksamana di sisi memanda menteri bangun memberi cadangan. “Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Hamba fikir adalah baik kiranya kita memberi kursus khas bagi menteri2 yg tidak menjalankan tugas mereka. Mungkin ada di kalangan mereka tidak nampak apa yang perlu mereka lakukan kerana kebanyakan mereka dipilih oleh rakyat, bukan kita. Jadi, kemungkinan mereka masih tidak memahami bidang kuasa mereka adalah tinggi. Ampun tuanku,”. Memanda menteri mengerlingkan matanya kepada Laksamana, yang jarang berkata-kata namun apabila berkata-kata, segala buah fikirannya amat berguna. Cadangan Sang Laksamana seolah-olah pisau yang menghiris hatinya kerana dia juga tergolong dalam golongan yang diperkatakan oleh Sang Laksamana. “Ahh..siapa dia untuk memberikan pendapat?” getus hati Memanda menteri. “Hamba tidak bersetuju dengan saranan tersebut Tuanku. Ia tidak relevan. Tidak patut dilaksanakan. Hamba tidak nampak keperluan untuk memberikan kursus khas kepada mereka. Menteri2 yang tidak menjalankan tugas sepatutnya didenda atau diberi amaran sahaja tuanku. Memberi latihan dan kursus kepada mereka hanya membazirkan perbendaharaan negara, melambatkan proses membangunkan Negara, malah membebankan menteri2 hamba.” bantah Memanda menteri dengan suara yang keras. Lupa sebentar dia akan adab2 perbincangan yang telah ditetapkan oleh pihak istana. “Ahh..biarkan. Keputusan mesti berpihak kepada aku. Cadangan Laksamana memang tidak relevan,”. Laksamana hanya mendiamkan diri. mendiamkan diri dengan maksud untuk tidak menimbulkan kekecohan walaupun hatinya tidak bersetuju dengan kata2 Memanda menteri tadi. Masa terus berlalu.
Kedengaran di belakang sana, Menteri di jabatan memanda menteri satu dan timbalannya berbisik-bisik halus, mempertikaikan pendapat memanda menteri dan Laksamana. Masing-masing sibuk berbincang sehingga tidak sedar Sang Raja sedang memerhatikan mereka. “Ya menteri di belakang sana, ada apa2kah yang hendak disampaikan kepada ahli mesyuarat?” Sang raja bertanya dengan semangat inkuiri ingin tahu yg tinggi. “Erk, ampun tuanku. Tiada apa2 tuanku,” Hanya jawapan itu yg kedengaran. “baiklah, beta bersetuju dengan pendapat memanda menteri itu. Kita laksanakan perintah tersebut,” akhirnya sang Raja membuat keputusan. Dia berbuat demikian kerana berpendapat program kursus itu hanya akan membazirkan wang negara. Jika bnyk wang negara yang keluar, apa yang tinggal untuknya? Dia tidak akan berpeluang bercuti ke luar Negara, berbelanja mewah mahupun memakai pakaian yang mahal jika cadangan Laksamana itu dilaksanakan. Lagipun kedudukan memanda yang rapat dengan dirinya menyebabkan dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap memanda berbanding Laksamana. Keputusan tersebut diterima baik oleh kebanyakan menteri kerana mereka tidak mahu kepentingan peribadi mereka terjejas jika wujud ketidaksefahaman di antara Sang Raja dan diri mereka. Laksamana pula hany amendiamkn diri walaupun dia sebenarnya mempunyai data2, fakta2 dan idea yg lebih bernas untuk membanteras masalah tersebut. “Tidak mengapa, akan aku laksanakannya sendiri!!” azam Laksamana di dalam hati…
Ahhh…keluar dari dunia istana. Haha..Ntah pe yang aku merepek kat atas ni. Saje duk taip bende2 merepek. Me’release’kan otak sebentar. Menulis/menaip bisa menenangkan fikiranku. Betul ke? Hehehe..sesungguhnya perbuatan tu hanya perantaraan. Ketenangan itu sebenarnya kurniaan dari-NYA yang berkuasa penuh terhadap hati ini. Allahu Akbar!!
Arr..dah beberapa hari tak jengah blog sendiri. Of course coz masalah intenet kat kampus yang x menentu. Nak carik info ttg fyp ngn assignment pun susah. Xpe2, de hikmahnya. Lagipun dah bbrpa hari asyik xde kat bilik je. So, takdelah beri kesan sangat kan? Hehehe..pebende yg aku merepek lagi ni. Ish3
Mmm…..Hari sabtu malam, aku pegi program interaksi school EE and then pegi plak mtg projek. Macam2 dgr dari mtg tu. Macam2 gelagat gak aku tgok sebab kbnykan ahli mtg aku baru kenal (kecuali yg muslimat). Masing2 dengan cara sendiri dan pendekatan sendiri (memangla. Kat dunia ni macam2 org ada!!). Mmm..itulah ilmu yang takkan kalian dapat kat dalam kelas. Ilmu untuk deal dgn orang yang pelbagai ragamnya (termasuk aku yang kadang2 perangai pelik2 ni. Ohhoo…)
Menyentuh ttg meeting ni, aku nk bawak kat sini adab2 dalam bermesyuarat. Guideline ni aku dapat dalam satu mesyuarat yang aku hadiri. Mmm…tgok cam senang je bila baca tapi bila nk aplikasi, memang memerlukan mujahadah yang tinggi. Ohh..ye ke? Ok, jom kita baca dulu.
Adab-adab ketika bermesyuarah
Ahli Mesyuarat
1. Bersedia dari segi penumpuan dan fikiran dalam membincangkan sesuatu masalah. Yakin bahawa melibatkan diri dalam mesyuarah adalah satu ibadah.
2. Sentiasa membuka majlis dengan Al-Fatihah, tahmid kepada Allah dan selawa ke atas Rasulullah SAW. Setiap ahli hendaklahberniat ikhlas di dalam perbincangan.
3. Berasa bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap segala permasalahan yang dihadapi.
4. Tidak bersikap menghadiri majlis mesyuarah hanya untuk mendengar dan tidak berusaha untuk menyediakan diri untuk tujuan tersebut.
5. Bersikap sederhana dalam memberikan atau mempertahankan pendapat.
6. Tidak meninggikan suara dalam meninggikan pandangan (kecuali kalu suara dia memang tinggi nadanya)
7. Tidak bersikap untuk mematahkan hujah orang lain semata-mata dengan tujuan untuk memenangkan pendapat peribadi.
8. Bersikap tawadhu’ dengan pendapat sendiri.
9. Jika berbeza pendapat dengan ahli lain, maka haraplah kebenaran itu akan datang daripada pendapatnya. Tetapi jika pendapatnya tidak tepat, maka haraplah Allah akan memberikan hikmah kepadanya di masa-masa akan datang.
10. Tidak mengulang-ulang sesuatu perkara yang telah jelas difahami oleh ahli lain kecuali jika dengan cara mengulang-ulang itu boleh membawa kebaikan kepada mereka.
11. Tidak meleret-leret membincangkan sesuatu perkara sehingga habis waktu dibuang terhadapnya.
12. Meluahkan segala pendapat di dalam majlis perbincangan tanpa memendam perasaan dan mengungkit-ungkit kemudian namun perlu disampaikan dengan cara yang bersesuaian.
13. Mentaati sesuatu keputusan walaupun kepututsan itu bercanggah dengan pendapat peribadi.
14. Tidak mengambil tindakan selain daripada apa yang dipututskan semata-mata kerana keputusan itu tidak secocok dengan pendapat peribadi.
15. Tidak bertindak mempengaruhi ahli2 lain demi memenangkan pendapat peribadi sehingga menyebabkan mereka melanggar keputusan tanzim.
16. Tidak memutuskan sesuatu perkara yang bidang kuasanya telah ditetapkan oleh tanzim kepada pihak atau ahli-ahli lain.
17. Tidak sewenang-wenang membatalakan atau memandang rendah sesuatu keputusan yang dibuat oleh sesuatu pihak lain di dalam tanzim sebelum mendapat penjelasan sebenar melalui saluran2 yang telah ditetapkan.
Mmm..banyak sebenarnya adab2 lain. Tapi cukuplah setakat ni dulu. Rasanya kena sambung lain kali. Rasa nak pegi study plak. Bukan senang perasaan “rasa nak study” ni datang. Hehehe…So manfaatkan sepenuhnya. Mmm.. cukuplah setakat ni. Hadamkan apa yang tertulis kat atas ni dulu. Nnti rasa2 dh boleh nak terima yg baru, baru kita sambung. InsyaAllah kalu org yang menulis ni dibenarkan untuk menghirup udara hari2 yang mendatang.
2 comments:
Salam...
sajer nak menyinggah n menyibuk ni...
hari2 meeting erk?
perkongsian adab2 meeting yang bagus tuk sumer org yg selalu bermeeting...
rasa rindu plak nak bermeeting,heheheh
selamat bermeeting yer....nnt kalu dah x masuk meeting langsung, mesti rasa rindu...hehehe
Rindu bermeeting??? Hahaha...
Post a Comment