RSS

Tuesday, November 29, 2011

Tolak-ansur

Assalamu’alaikum

Minggu lepas aku pulang ke kampung sempena cuti awal Muharram. Owh, selamat tahun baru. Ramai yang memperkatakan tentang hijrah. Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah. Mana2 yang berazam utk berbuat demikian, tahniah diucapkan. Moga istiqamah di dalam perubahan tersebut, kerana kita boleh berubah dalam sekelip mata, namun untuk istiqamah dalam perubahan tersebut, memerlukan mujahadah yang tinggi. Semoga kita diberikan kekuatan utk terus istiqamah. Teringat kata2 Dr Asri. Katanya, tidak perlu tunggu tahun baru utk berubah. Perubahan ke arah kebaikan itu tidak perlu ditangguh2kan kerana kita tidak mampu utk menangguhkan masa kematian kita.

Berbalik kepada perjalanan pulang ke kampung. Bas bertolak ke Muar kira2 pada jam 10.30mlm. Sebaik sahaja naik ke dalam bas dan mendapat tempat duduk, aku terus sahaja cuba utk merebahkan sedikit belakang kerusi yang aku duduk. Bagi perjalanan selama lbh kurang 7 jam, adalah menyakitkan pinggang jika kerusi berkedudukan 90° di sepanjang perjalanan. Namun, usaha utk aku merebahkan belakang kerusi tersebut gagal. Beberapa kali aku tolak, masih tiada perubahan. Selepas beberapa kali cubaan gagal, aku sedikit mengalah. Kubiarkan kerusi tersebut dalam kedudukan asal sehinggalah bas bergerak dan berhenti di Slim River. Hampir 3jam perjalanan. Badan mula terasa sengal2. Di hentian tersebut, aku cuba sekali lagi utk merebahkan belakang kerusi tersebut. Aku tolak beberapa kali, masih tidak bergerak. Akhirnya, dalam mood hampir putus asa, aku tarik sedikit belakang kerusi tersebut dan kemudian menolaknya kembali. Alhamdulillah, kerusi tersebut berjaya direbahkan dengan mudah. Senyum lebar aku dibuatnya.

Sepanjang perjalanan, aku terfikir. Kerusi itu memberi sedikit pengajaran kepada aku. Memberi peringatan kepada aku. Ada ketikanya, kita perlu beralah dalam beberapa perkara, walaupun kita berada di pihak yang benar. Ya, aku benar dengan menolak belakang kerusi tersebut utk merebahkannya, namun kerusi tersebut enggan. Namun, apabila kutarik sedikit belakang kerusi tersebut dan kemudian menolaknya, dengan mudah kerusi tersebut memberi kerjasama tatkala aku menolaknya utk direbahkan. Itu baru kerusi yang aku rasa tidak punya perasaan. Kalau manusia, responnya tertulah lebih pelbagai. Oleh itu, perlunya tolak-ansur dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kadangkala, kita terlalu ego utk mengalah sedikit dalam beberapa perkara. Mengalah bukan bererti mengalah. Mengalah sebentar, samada utk membina kembali kekuatan, ataupun memberi keselesaan kepada pihak lawan, supaya kita boleh ‘berlawan’ dengannya dengan nada yang lebih lunak kerana dia sudah selesa dengan kita. Lumrah, kita akan lebih mudah menerima pendapat/perlakuan orang yang baik perlakuannya terhadap kita berbanding orang yang melayan kita dengan buruk, walaupun pendapat/tindakan yang diambil oleh kedua-duanya adalah sama. Bak kata orang, kalau hati dah x suka, dia buat baik macam mana pun, nampak cam buruk ja. Huhu..Dalam beberapa perkara, mengalah itu lebih baik daripada menang, namun kampung tergadai. Namun, perlu diingat, tiada tolak ansur dalam melaksanakan syariat Allah.

Ok dah panjang merepek ni. Peruntukan masa utk menulis juga dah habis. Moga ada sedikit pengajaran yang kita peroleh. Jumpa di lain masa, insyaAllah.

Wassalam.

2 comments:

ain j said...

Subhanallah..kadang2 lupa untuk beralah..

Siti Sifir said...

beralah sedikit, menangnya akan lebih banyak!

*hebbat! kerusi boleh dijadikan objek dakwah