Assalamu’alaikum.
Hujung minggu yang lepas, diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai kembali zaman sekolah. Diminta oleh seorang guru utk berkhidmat sementara untuk mengendalikan slot motivasi di sekolah. Sasarannya adalah calon2 SPM. Oleh kerana kekurangan fasilitator ketika itu, aku dan beberapa orang sahabat lain telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil, utk sama2 berkongsi sedikit pengalaman bagaimana utk menghadapi SPM yang bakal tiba tak lama lagi.
“Tak cukup masa la kak. Tak dan nk buat homework, nk study. Cikgu bagi homework banyak..”
“Ha ah kak. Kelas pon banyak. Berebut2 cikgu nk buat kelas. Kadang2 terpaksa bahagi2 org utk p kelas2 yg cikgu ni buat..”
“Bosan la kak. Bila belajaq ja rasa bosan. Asyik mengadap buku ja..”
Dan banyak lagi feedback yang aku terima bila aku tanya apa masalah yang diorang hadapi skg ni. Aku hanya mampu tersenyum. Ya, sebahagian daripadanya pernah aku lalui dahulu, ketika di bangku sekolah. Sudah 8 tahun aku meninggalkan bangku sekolah (lamanya...). Terasa rindu pada sekolah..
“Ok2, kalau nak cerita masalah, memang banyak masalah, memang banyak halangan utk study ni. Tapi, pernah x adik2 fikir, untuk jadikan semua halangan tu sebagai satu peluang??”
Penerangan yang aku berikan kepada adik2 itu adalah berkaitan bidang pelajran. Bagaimana ingin menjadikan kelas tambahan sebagai satu peluang utk belajar dgn lebih efektif, bukan halangan utk mengulangkaji. Memanfaatkan kehadiran guru di dalam kelas. Bagaimana ingin menjadikan homework lebih mendatangkan keseronokan di samping memberi manfaat, tanpa perlu mengulangkaji dengan gila2. Study smart. Bagaimana nk buat jadual anjal, dll. Berdasarkan kepada pengalaman yg sedikit hasil dari perjalanan hidup sebelum ini. Tapi pe yang aku nak perkatakan kat sini adalah sikap kita dalam nak menjadikan halangan itu satu peluang.
Jika kita lihat sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople, salah satu halangan yang dihadapi oleh baginda ialah hamparan gunung-ganang yang tidak memungkinkan tentera Islam ketika itu menawan kota yang mahsyur itu. Namun, apa yang dilakukan oleh baginda? Baginda melihat halangan itu adalah satu peluang. Peluang untuk menawan Constantinople dengan cara yang tidakkan pernah terlintas oleh aqal biasa. Walaupun ianya sukar, namun ia adalah satu PELUANG. Baginda mengarahkan supaya tenteranya membawa kapal-kapal merentas gunung tersebut. Hasilnya, dengan izin Allah, Constantinople berjaya ditawan.
Menyoroti sirah Rasulullah, kita boleh melihat bagaimana Rasulullah seringkali menjadikan halangan sebagai satu peluang. Sebagai contoh, ketika Perjanjian Hudaibiyah. Umat Islam tidak dibenarkan melakukan haji pada tahun berkenaan. Umat Islam yg lari kepada musyrikin Makkah tidak perlu dikembalikan tetapi tidak sebaliknya. Ketika orang lain memandang perjanjian tersebut sebagai menghalang ibadah orang Islam dan menghalang berkembangnya aktiviti penyebaran agama Islam di bumi Makkah, Rasulullah pula punya pandangan yang berbeza. Walaupun ia merupakan 1 halangan, namun Rasulullah menjadikannya satu peluang untuk menebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk bumi Makkah dengan menonjolkan contoh yang baik dari segi akhlak dan pemikiran. Perjanjian dipatuhi tanpa khianat. Benar, sepertinya perjanjian itu lebih menguntungkan pihak musyrikin Makkah, namun akhirnya terbukti perjanjian itu amat menguntungkan umat Islam.
Sedar tak sedar, kita selalu menghamparkan beribu alas an bila kita diminta untuk melakukan sesuatu yang sukar. Aku tidak terkecuali. Bila gagal melaksanakan sesuatu pekerjaan, jari mudah sahaja menuding jari ke arah orang lain, menuduh kau, kau dan kau yang salah. Jarang sekali jari-jemari digenggam dan diletak di dada sambil menyatakan “aku adalah penyebab utama kepada kegagalan ini..”.
Oleh itu sahabat2, adik2, kurangkanlah memberi alasan. Halangan dan ujian pasti akan datang dalam kehidupan kita ini, apalagi jika kita ingin melakukan perkara yg baik seperti menuntut ilmu. Yang menjadi ukurannya ialah bagaimana kita ingin mengatasi masalah tersebut, usaha yg kita lakukan. Berjaya atau tidak, itu bukan kuasa kita. Usaha sungguh2 dan tawakkal kepada Allah, itu adalah tugas kita. Allahu’alam.
“When MIND is weak, situation is a PROBLEM, When MIND is balanced, situation is CHALLENGE, When mind is strong, situation become OPPORTUNITY - Kak Syarifah”
Assalamu'alaikum
2 comments:
wah hebat, dh lame xjenguk blog besh nih..kalu adik2 spm bace ni mesti dpt ikut jejak langkah kak lilin yg got straight A's ni! gud job dear~
Haha..yolah tu. Kalau depa baca ni, tentu x mau tgok lg dah. Haha..
Post a Comment