Assalamu’alaikum
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh-NYA utk meneruskan hidup di bumi-NYA ini. Alhamdulillah, selepas melalui malam yang terlalu panjang aku rasakan, pagi ini terasa seperti hilang semangat utk memulakan hari. Seperti mayat hidup. Namun, Alhamdulillah, sekali lagi limpahan rahmat-NYA yang sesungguhnya tidak mampu aku dustakan. Tika diri terasa tidak bersemangat, namun digagahkan jua utk meneruskan kerja2 yang terbengkalai semalam. Laptop dibuka, radio online dibuka dengan niat utk menyegarkan pagi. Alhamdulillah, topic pagi yang sungguh bermanfaat, sekaligus menyegarkan kembali diri. Diri seakan disuntik satu semangat yang hadir tentunya dari Allah, melalui perantaraan rancangan radio tersebut. Tajuk topic Warna Pagi di IKIM pada hari ini ialah "IKTIBAR DARI HIJRAH: ERTI PERSAHABATAN SEJATI" dan diakhiri dengan bual bicara bersama Bapak Tenas Affendy!! MasyaAllah!! Walaupun siaran radio pagi ni putus2 (slalu elok je. Mmm..TM problem lg ka?), Alhamdulillah, masih mampu menangkap setiap butir bicara yg disampaikan oleh Bapak Tenas Effendy. Siapa yang pernah mendengar bait2 kata yang pernah disampaikan oleh Bapak Tenas, tentu sahaja akan faham mengapa aku begitu teruja tatkala mendengar namanya diumumkan oleh juruhebah sebagai tetamu pada pagi ini.
Menarik, tersusun, kemas, lembut dan yang paling menarik bait2 kata yg tersusun itu keluar dengan lancar dari mulutnya bak air yang mengalir tenang. No jagged ok!! Erk, aku bukan melebih2 puji dia, tapi kagum je. Kagum dengan kebolehan yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang seorang ini. Bapak Tenas selalu menyatakan, zaman sekarang ni, banyak ungkapan2 melayu ini diambil sekerat2 sahaja. Antara contoh yang aku ingat ialah;
Kalau kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga
Kalau kecil kurang berbekal
Jangan disebut hendak berjaya.
Kita selalu dengar 2 ayat yang pertama, namun jarang dengar 2 ayat yang seterusnya. Banyak lagi contoh2 yang diberikan oleh Pak Tenas, namun aku tidak mampu mengingati kesemuanya. Ya, aku berkecimpung di dalam bidang kejuruteraan namun aku agak berminat dengan bidang kesusasteraan. Minat sahaja, namun tiada bakat di situ. Haha..
Ok, sepertinya tajuk post kali ini tidak sesuai dengan cerita yang aku sampaikan. Tapi sebenarnya aku cuma ingat berkongsi, salah satu cara untuk mengembalikan semangat untuk membuat kerja atau untuk membuat apa sahaja, adalah dengan melakukan apa yang kita suka, mendengar apa yang kita minati, atau melihat apa yang mampu menenangkan hati kita. Mendengar lagu2 yang tersusun liriknya, harmoni melodinya, adalah antara cara yang aku biasa gunakan. Mendengar kata2 atau pandangan yang baik dari orang lain, adalah sesuatu yang bisa mencetuskan kebaikan dan ketenangan di dalam hati juga. Dan seperti mana hati kita tenang mendengar kata2 yang baik, mendengar ayat2 Al-Quran juga merupakan salah satu cara yang baik untuk membina kembali semangat diri, kerana sesungguhnya ayat2 Al-Quran adalah kata2 dari Allah, yg indahnya, puitisnya dan keunikannya diakui oleh sasterawan dari zaman turunnya Al-quran di muka bumi ini. Banyak kan pilihan yang kita ada? Hanya terpulang pada kita memilih cara yang terbaik utk membina semangat kita, terutamanya di pagi hari.
Baiklah, mari kembali menyambung kerja, sementara semangat masih membara. Ayuh!!
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment