Alhamdulillah. Telah masuk bulan Syawal. Berlalu sudah 7 Syawal. Menjengah 6 Syawal, aku sudah berada di bumi Pulau Pinang. Harini pula cuti umum. 16 september 2010. Ulangtahun penubuhan Malaysia. Cuti lagi. Nampaknya aku akan ‘berpose bercakap’ selama beberapa hari. Sepanjang 48jam yang lepas, hanya 1 ayat sahaja yang keluar dari mulut aku, iaitu “Beli air seringgit kak,”. Itupun sebab aku g jalan2 kat pasar malam. Jalan2 kat pasarraya kompem la x bukak mulut bercakap. Sekadar senyum, mungkin. Jari2 sahaja yang banyak berbicara. Menaip ntahpape. Ahlul bait x balik lagi dari kampung masing2. Seronok beraya, maybe.
Hari raya disambut meriah. Setakat ni x penah x meriah kot. Alhamdulillah, tahun ni pakcik-makcik belah mak aku berkampung kat rumah aku. Konon2nya kami buat rumah terbuka. Sedikit makan2, dan bacaan tahlil utk datuk, nenek serta saudara mara yg telah pergi. Alhamdulillah. Mekasih jugak buat sahabat2 dari sekolah lama aku, SMK Tun Mamat yang sudi hadir, walaupun datang waktu malam. Bagus gk depa mai malam, kalau x kompemla aku tak bleh ikut depa beraya kat umah kawan2 yg lain. Ekin, Ika, Sarah, Nisa’, Mimi, Mad, Zil. Lama x jumpa korang. Best jumpa korang. X bleh nak habaq gembira dia tu camna. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh-Nya utk jumpa korang. De jodoh kita jumpa lagi. Tahun ni berjaya jugak dapat kebenaran g umah housemate aku, kak Rahmah, kat Yong Peng, Johor. Ngeh3. Aku angkut sume adik2 aku p sana. Mengabihkan kuih dan ketupat di rumah k.rahmah. Tobat pasni dia x bagi datang lagi umah dia. Ape taknye, datang siap bawak bala tentera. Yang sihat2 plak tu. Huhu..Jalan2 di Batu Pahat sampai sesat. Ahhaa..sudah merepek jauh neh..
Kebanyakan orang pun punya masa gembira (happy moment) time raya ni. Ya, seronok memang seronok. Tapi dalam kegembiraan tu, ada sahaja berita yang kurang menyenangkan. Kecoh sekarang ni tentang pembunuhan. Rasanya dah tahu pembunuhan siapa. Kes buang bayi masih tak reda lagi, timbul lagi satu kes yang lebih dahsyat. Time dengar mula2 dulu, aku rasa cam tengah baca novel/cerita2 thriller plak. Cam cerita2 dalam filem plak. Ingatkan kes2 camtu hanya dalam imaginasi je, rupa2nya ada di dunia reality. Astaghfirullah. Manusia seakan lupa yang dirinya akan kembali kepada Yang Kekal. Bunuh orang cam bunuh ayam itik. Senang2 je bunuh. Huhu..Semoga dengan perlantikan KPN yang baru ni, kes2 jenayah dapat diselesaikan dengan lebih cepat. Jangan sampai dah ramai orang hilang dan kena bunuh, baru nk buat siasatan secara serius. Nasik dah jadik bubur+basi la kalau camtu. Huhu..
Okla, tengah mood2 raya ni, aku bukak cite bunuh2 plak. Tapi bila tengok kes2 jenayah sekarang ni, memang x bleh nk percaya la berita yang kata indeks jenayah kat Malaysia ni dah turun. Ooo..sapa mau percaya bila hari2 pun berita kat TV cerita pasal bunuuh2, buang2, dan kelar2 orang nih. Yang kes curik, rompak, langgar lari tu tak yah cerita dah. Tu bukan cerita sensasi sekarang neh. Huhu..
Sekadar mencoret sedikit buat mengisi blog yang lama tak berisi ni. Ramadhan tahun ni dah berlalu, syawal dah datang. Setiap bulan, Allah sentiasa menawarkan ganjaran yang menarik buat hamba2-Nya. Mari sama2 puasa sunat syawal plak. Yang tak cukup pose Ramadhan tu, baik disempurnakan dahulu qadha’ pose ramadhan tu yer. Tiap2 tahun mesti ada yang tanya pasal kes2 puasa 6/sunat syawal ni. So, penerangan lanjut bleh la baca kat sini. Aku amik dari blog adik ni. Baca, faham, dan aplikasi dan kalau boleh, sebarkan pada yang lain jugak. Memang banyak pendapat berkenaan isu ni, namun bagi mereka2 yang suka kepada sesuatu yang terbaik utk agamanya, sudah pasti dia akan memilih yang terbaik utk amalannya, kan? Sama2 kita lakukan yang terbaik dan doakan yang terbaik buat kita. Hehe...
Ok, Selamat Hari Raya buat semua. Mohon ampun kalau ada silap salah, samada aku buat secara sedar atau tak. Pada yang aku tak sempat jengah umah tu, insyaAllah aku datang len kali. Bak kata kawan aku, nak datang umah bila2 pon bleh, x yah tunggu syawal je. Raya kan sepanjang tahun.. Huhu.. Ok, assalamu’alaikum.
**Mendapat beberapa buah buku baru sebelum raya haritu. Duduk sorang2 ni, bagus kalau baca buku. Jom baca buku, sambil2 beraya tu. Huhu..
2 comments:
betol2, dtg rumah xperlu rr tggu raya.. oleh sbb itu, bln depan mari rr rumah nadzif yer.. ehehehe
Haha..bulan depan jadual dh full dgn jemputan kawen. Kena tunggu bulan2 depan2 lg. Hehe..
Tunggulah sampai nadzif dapat adik lg, baru saye p umah akak. Heeeee.....
Post a Comment