Kadangkala diri seakan hilang punca.
Apa yang dilakukan seakan tiada tujuan
Tiada hasil.
Sia-sia.
Teman yang diharapkan bisa membimbing diri ini,
Seolah-olah semakin jauh.
Jauhh..
Tika itu, diri merintih,
Meratap,
Merayu,
Namun tidak tahu ke mana harus diluahkan segala-galanya.
Teman?
Mampukah mereka memahami gelora hati ini?
Ibu dan ayah?
Ahh..terlalu banyak diri ini mengundang masalah kepada mereka.
Murabbi?
Mampukah diri ini membuka mulut,
Mengatur bicara tika berhadapan dengannya?
Gundah hati memikirkan
Tiada tempat mengadu.
Tiada tempat dituju,
Namun hati ini sering lupa.
Sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah
Kerana Dialah yang memegang hati ini.
Menangislah,
Merataplah,
Merintihlah,
Merayulah kepada-NYA,
Kerana Allah tidak akan menghampakan hamba-hamba-Nya,
Yang benar-benar ikhlas memohon kepada-Nya.
Ikhlas. Mudah diperkata, sukar direalisasikan. “Ikhlaskan diri, kalau tak, anda tidak akan dapat apa2,”. Ayat itu seringkali didengar. Ya, pernah ditanya dan bertanya, bagaimana rupa ikhlas itu? Bagaimana mahu menghadirkan keikhlasan di dalam diri, di kala hati seolah-olah tidak dapat menerima apa yg berlaku?
Sedikit perkongsian, bagaimana utk menghadirkan keikhlasan di dalam diri. Sumber dari buku “Berguru kepada Sahabat Nabi SAW”, karangan Sayid Muhammad Nuh.
Apabila nafsu kita membisikkan sesuatu selain keikhlasan, maka kita harus mengingatkannya dengan beberapa perkara.
- Ingatkan kepada nafsu, Allah Maha Mengawasi, Mengetahui, Mendengar dan Melihat.
- Ingatkan kepada diri, orang yang riya’ dengan amal perbuatannya/membicarakan amal kebajikannya kepada orang lain pasti akan menerima aib di dunia sebelum mendapat celaan di akhirat.
- Ingatkan kepada diri, kekalahan yang menimpa umat Islam sekarang adalah akibat perbuatan tangan kita sendiri.
- Ingatkan kepada diri, ketidakikhlasan dapat menghilangkan pahala amal perbuatan, baik sedikit atau banyak amalan tersebut.
- Ingatkan kepada diri, orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang pertama sekali dibakar dalam api neraka.
- Ingatkan kepada diri, pada hari Kiamat nanti, orang-orang riya’ akan berkumpul di neraka jahannam.
InsyaAllah yang lain akan disambung selepas2 ni. Mahu pulang sebentar ke kampung halaman. Mohon ampun atas segala dosa yg aku lakukan ke atas kalian. Assalamu’alaikum
0 comments:
Post a Comment